mie: January 2011

31 January 2011

106 Pertandingan Ratu Cantik Kanak-Kanak

 Salam 1 Malaysia!! Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti dan selamat bekerja kepada yang gigih bekerja. Ratu Cantik!! Kenapa perlu diadakan pertandingan Ratu Cantik? Benarkah semuanya cantik-cantik? Ataupun hanya sekadar seksi.

Kali ini, ada pula Ratu Cantik khas untuk kanak-kanak. Kecil-kecil juga telah didedahkan. Nasib baik bukan di Malaysia. Jom kita lihat calon-calon peserta yang comel ini.

30 January 2011

97 Senaman Membina Perut Six Pack Dirumah

 Salam 1 Malaysia!! Mulakan hujung anda dengan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan. Sudahkan anda mencuba senaman mengurangkan perut boroi? pasti ramai dah berjaya memiliki perut idaman. Apa kata kita mencuba pula untuk membina six pack di perut.

Jangan lupa tips kempiskan perut dari Kevin Zahri. Jom mulakan senaman untuk mendapatkan perut six pack.

29 January 2011

114 Kecantikkan Dan Keunikkan Gibraltar

 Salam 1 Malaysia!! Hujung minggu ni, mesti ramai sibuk nak pergi membeli cheongsam. Tak kira Chinese, Melayu mahupun India. Maklum la, ramai yang bercuti panjang sempena Chinese New Year kali ini. Selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya.

Gibraltar!! mempunyai asal usulnya tersendiri yang berkaitan dengan kedatangan Islam ke Andalusia. Lihatlah gambar kecantikkan "Rock of Gibraltar" dari pandangan laut. Credit to Pinto, my batchmate ataupun sifu photography. Tapi ada keunikkannya tersendiri.

28 January 2011

106 Biodata Pelaut Terlampau

Salam 1 Malaysia!! Sudah lama rasanya tak menyertai tag-tag blog. Kali ini, di paksa oleh "Scha Heart Adil" untuk buat tag. Ini sebagai membalas budi buah hatinya yang menggantikan aku semasa aku nak sign off. Boleh di terima tak alasan ni? hehe..

Bila hendak berkenalan, pasti raut wajah saja ditunjuk. Apakata kita ubah trend, berkenalan dengan hanya menunnjukkan kaki sahaja? Sia-sia saja la aku buat senaman punggung ni!! hahaha. Jom kita tengok jawab soalan-soalan yang agak peribadi.

36 Air Asia Last Minute Deals Promotion

 Salam hari Jumaat!! Jualan "last minutes Air Asia" kembali lagi. Dapatkan dengan harga RM18 sahaja ke Penang, Brunei, Macau, Bandung dan banyak lagi. tempahan bermula dari 26 Januari hingga 6 Februari. Penerbangan pula pada 1 hingga 28 Februari 2011. [BOOKING]

"Fabulous Fly Day" untuk hari ini sahaja ke destinasi terpilih seperti Mumbai, Hangzhou, Hat Yai, Langkawi, Singapore dan banyak lagi. Tempahan bermula pada 28 Januari bermula 11AM hingga 4PM. Penerbangan pula pada 14 Februari hingga 30 March 2011. [BOOKING]

27 January 2011

105 Tingkatkan Trafik Blog Dengan Apesal!!

Salam 1 Malaysia!! Ramai blogger mahu meningkatkan trafik blog. Pelbagai cara telah digunakan. Adakah semuanya berhasil? Kini ada lagi satu kaedah mudah untuk meningkatkan trafik blog walaupun anda tidak update dalam tempoh tertentu.

Ini bermakna, entry lama juga masih dikunjungi. Info ini aku dapat semasa sesi membalas komen di Blog Rie. Website ini, baru juga ditubuhkan tapi trafik melimpah ruah. Apa salahnya jika kita mencuba!! Hendak tahu caranya? Mudah dan senang.

26 January 2011

82 Cara Membuat Kad Ucapan 3D

 Salam 1 Malaysia!! Special untuk gadis-gadis yang suka membuat kraf. ini ada benda menarik untuk di kongsi. Terutamanya, kad ucapan untuk kekasih yang meminati dunia permotoran. Terutamanya, Mamairfan!! hehe. Agak mencabar tapi hasilnya terbaik.

Untuk download part boleh rujuk >;Papercraft 3D< Terdapat juga cara memasang seperti panduan dibawah ini. Selamat mencuba dan jangan berputus asa. Adios!!

25 January 2011

122 Alamak!! Page Rank Dah 3

Salam 1 Malaysia!! Banyak pula blog yang update tentang Page Rank ni. Sebenarnya, aku pun kurang paham juga konsep Page Rank ni. Tapi nampak gayanya macam permainan SEO juga. Tahap Page Rank bermula dari 0 hingga 10. Page Rank aku dah 3. Boleh dikatakan tinggi juga tu. haha!!

Tapi apa yang seronoknya? Seronok bila bermain dengan Search Engine Optimization (SEO) dan keyword. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel "Google Page Rank 2011" olahan Denaihati. Sudahkah anda periksa  Page Rank blog anda? Kalau berminat boleh >Periksa Page Rank<

24 January 2011

110 Warna Warni Pengunjung Blog

 Salam 1 Malaysia!! Pedih pula mata melihat warna warni gambar diatas ni. Ini adalah pengunjung-pengunjung blog yang menempatkan link rakan-rakan blogger. Adakah rakan-rakan blogger aku berasal dari Bangladesh, Puerto Rico, Brazil etc. Israel pun ada?

Entry kali ini, bukan untuk mengenalkan asal-usul blogger. Tapi untuk mengetahui, yang mana satu menggambarkan diri anda sebagai blogger? Maklum la, dunia blogger ini semakin berkembang. Sampaikan Redmummy juga boleh menjadi jutawan. Jadi, yang mana satu menggambarkan diri anda?

23 January 2011

85 Paskal Selamatkan MT Bunga Laurel

 Wow!! Satu lagi kapal hak milik MISC nyaris diserang lanun. Semestinya, di Gulf Of Aden. Tempat kelahiran lanun yang kian terkenal. Aku juga pernah melalui saat cemas di GOA tapi berjaya dipatahkan oleh pasukan PASKAL yang menyertai konvoi melalui Gulf Of Aden.

Lihatlah wajah-wajah keriangan bila helicopter PASKAL datang untuk turut serta dalam konvoi. Terasa selamat daripada lanun-lanun Somalia. Tahniah diucapkan buat pasukan PASKAL yang telah menewaskan cubaaan lanun  untuk merampas kapal MT Bunga Laurel

22 January 2011

102 Pekerjaan Extreme Semakin Menjadi Pilihan

 Salam 1 Malaysia!! Sudahkah anda mempunya pekerjaan yang tetap? Adakah cukup untuk menampung keperluan hidup untuk masa depan? Itulah persoalan yang sentiasa tertanya-tanya bila sudah mendapat segulung sijil, diploma, ijazah dan sebagainya.

Apa kata cuba untuk melakukan salah satu pekerjaan yang extreme. Pastinya lebih lumayan dan risikonya lebih tinggi. Apakata mencuba untuk menceburi perkejaan berkaitan "High Voltage". Jangan lepaskan peluang terutamanya pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Selamat mencuba!!

20 January 2011

126 Kek Pilihan Untuk Ulangtahun Kelahiran

 Salam 1 Malaysia!! Birthday kurang indah kalau tiada kek. Itulah tradisi nya!! Kadang-kadang, bila tiba saja birthday salah seorang keluarga aku, pasti ada kek walaupun "birthday boy/girl" tidak ada di rumah. kek pilihan intuk bulan ini adalah dari "Secret Recipe"

Pelik juga rasanya, kenapa ramai mengidam dengan kek dari "Secret Recipe". Nak kata sedap, memang la sedap. Tapi kek-kek lain tidak kurang sedapnya. So, dikesempatan nak ucap terima kasih untuk member yang wish birthday samada di Facebook mahupun Blog.

52 Keputusan Dan Pemenang Mini Contest

Salam 1 Malaysia!! Mini Contest telah berakhir dan pemenang nya juga telah ditetapkan. Ada jawapan tepat dan ada yang samar-samar. Walaupun tak ramai yang join tapi rata-ratanya yang pernah melawat blog ini. Terima kasih semua.

Siapakah yang bertuah itu? Sila lihat jawapan dan pemenangnya. Dan buar para pemenang, jangan lupa email alamat dan no telefon untuk proses penghantaran hadiah pada email berikut.
Image Hosted by ImageShack.us

19 January 2011

58 Mini Contest!!

Salam 1 Malaysia!! Mini contest seperti yang dijanjikan. Mudah dan hanya untuk 1 hari sahaja. Cuma teka dan jawab dibahagian komen. Tarikh tutup pada 20 January, jam 0001. Hadiah adalah barangan diatas ini untuk 2 orang pemenang.

Soalan 1
Apakah kegunaan dua benda (elmo & cookies monster) diatas? 
( 1 Pemenang dengan jawapan yang tepat dan terawal )

18 January 2011

111 18 January!!

Words of Birthday wishes...

" Let's take birthday photo. Smile while you've still got the teeth "

" What have you got to lose at your age? Other than hair, hearing, eyesight, flexibility, memory.. "

17 January 2011

89 Penemuan Harta Karun

Berita tergempar!! Penemuan harta karun yang tidak dituntut. Seperti biasa, bila aku merantau, pasti ada rakan-rakan yang pesan ini dan itu. Tapi bila sudah dibeli, tidak pula dituntut. Disebabkan aku malas nak menghantar, akhirnya semua barang ini tersorok.

Sempena cuti kelmarin, sempat juga kemas bila yang sudah bertahun tak dikemas. Tiba-tibe terjumpa pula dengan harta karun ni. Niat hati nak buang saja tapi sayang. Membazir itu kan amalan syaitan!! So, tengah pikir la nak buat apa dengan benda-benda ni.  Ini sebahagian harta karun yang ada.

16 January 2011

76 Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah

Daulat Tuanku!! Hari ini, 16 Januari merupakan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-83. DYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum tuanku Sultan Badlishah merupakan Sultan yang memayungi negeri Kedah pada masa kini.

Banyak sambutan telah disediakan sempena Hari keputeraan Sultan Kedah. Contohnya seperti Istiadat Perbarisan Kehormat, Istiadat Pengurniaan Bintang dan macam-macam legi. Untuk mengetahuinya, boleh rujuk di Acara Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah.

15 January 2011

77 Teknik SEO dan Pertukaran Link

 Salam 1 Malaysia!! Hujung minggu, pasti ramai yang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Sampaikan hendak blogwalking pun tidak ada masa. Selain blogwalking, trafik blog juga boleh ditingkatkan melalui teknik SEO. Pasti ramai yang sudah tahu mengenainya.

Jika masih belum paham, boleh rujuk di MARIBINABLOG. banyak tips2 yang menarik. Boleh juga kunjungi beberapa website yang sentiasa memberi tips mengenai SEO. Kadang-kadang, aku ada juga mencuba teknik SEO yang di ketengahkan. Memang berbaloi-baloi. Ada satu teknik SEO yang menarik.

14 January 2011

106 Iphone vs Android vs Blackberry

Salam hari Jumaat!!! 
mana satu yang menjadi pilihan?
"Iphone" "Android" "Blackberry"
Ataupun ada lagi yang terbaik?

13 January 2011

136 Seronokkah Menjadi Pelaut?

 Salam 1 Malaysia!! "Seronokkah Menjadi Pelaut? Itu persoalan yang tiba-tiba muncul bila aku online saja Yahoo Mesengger. Maklum la, asyik menyembunyikan diri saja. haha!! Serba salah pula nak menjawab. Nak kata tak, tapi seronok. Nak kata seronok, memang seronok.

Kalau tak percaya, cuba la melawat blog-blog awek, tunang, isteri dan makcik Pelaut. Macam-macam benda yang diluahkan. Ada suka, ada duka. Kali ini, kita cerita tentang keseronokkan saja la. Tak mahu hilangkan mood orang nak meminang Pelaut.

12 January 2011

74 Hard Rock Hotel Penang Diterjah

 Salam 1 Malaysia!! Sudah merancang tempat honeymoon anda untuk masa akan datang? Jika belum, apa kata mencuba menginap di Hard Rock Hotel Penang.  Hard Rock Hotel terletak di pantai Batu Feringghi, Penang. Lokasinya agak strategik dan berhampiran dengan tempat menarik di Penang.

Hasil penerjahan ke Hard Rock Hotel Penang, memang seronok. Memang tepat dengan tagline Hard Rock Hotel "Love All - Serve All". banyak gambar menarik boleh dijadikan kenangan disana. Untuk keterangan lanjut, boleh lawati >>HARD ROCK HOTEL<<.

11 January 2011

78 Maher Zain Live Concert In Malaysia

 Konsert Maher Zain kembali lagi. Kini akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 dan 26 February 2011. Konsert bermula pada 8:30 malam dan berakhir pada lebih kurang 11:30 malam. Jom sama-sama memeriahkan konsert ini.

Konsert yang turut menampilkan kumpulan InTeam (Malaysia), Irfan Makki (Canada) dan Mesut Kurtis (Macedonia). Harga tiket untuk konsert Maher Zain bermula dari RM53, RM103, RM203, RM253, RM297.

10 January 2011

85 Klasik Ataupun Moden, Pilihan Anda?

 Salam 1 Malaysia!!Hari ni, sudah masuk hari ke sepuluh untuk tahun 2011. boleh countsown untuk 8 hari akan datang. Apakah? Ok la! antara klasik ataupun moden, yang mana menjadi pilihan? Lain orang lain fikiran, tetapi perlukah menggunakan barangan moden hanya kerana mengikut trend?

Boleh lihat dari peredaran masa kita membesar. Contohnya, dulu ramai berminat dengan tudung bawal tapi kini shawl pula menjadi pilihan. Peringatan!! Ini adalah contoh semata-mata. Kalau bab fotografi, yang tradisional tu lah yang lebih dititik beratkan. Kenapa pula?

9 January 2011

6 GiveAway Edy : Awak Busuk!

 Edy datang lagi!! dengan giveaway terbarunya. Kerap benar buat giveaway ni, patut la follower saban hari makin meningkat. Kali ini kena tag dengan "Mr Fuyoo". Yang bestnya tentang giveaway Edy ni, simple tapi hadiah lumayan. Jom sama-sama sertai.

Senang saja giveaway ini. tapi kalau nak tahu lebih lanjut, klik saja pada banner atas ni ataupun >>click here<< Cepat, tarikh tutup makin hampir. So, mangsa tag yang mungkin akan memenangi hadiah lumayan ni adalah.

8 January 2011

92 Bas Sekolah VS Truck Askar

Salam 1 Malaysia!! Tiba-tiba teringat pula zaman muda remaja dulu. Semasa aku masih sekolah rendah di Tapah, Perak. Sesiapa yang tinggal di Tapah, pasti tahu kem tentera yang menghala jalan ke Kuala Woh. Di situlah tempat aku membesar dan memulakan status sebagai pelajar sekolah rendah.

Yang menariknya tinggal di Kem Tentera ni, pergi dan balik sekolah diangkut dengan menggunakan truck askar. Macam-macam pengalaman ada, tidak kira pahit ataupun pun manis. Yang pastinya, pengalaman berdepan dengan "si pinky berhidung comel" semasa tunggu truck askar, memang sentiasa dalam ingatan.

7 January 2011

56 Teknik Senaman Yoga Star Wars

 Salam 1 Malaysia!!! kalau sebelum ini, sibuk dengan senaman punggung dan senaman untuk kuruskan badan saja. Kali ini, kita cuba pula teknik senaman yoga versi star wars. Kalau tengok pada cara senaman yang fleksibel ni, mesti mampu untuk mengurangkan perut boroi ataupun buncit.

Boleh juga dicuba bila-bila masa. Janji dengan pakaian yang bersesuaian. Happy Yoga!! Betulkah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bersara hari ini?

6 January 2011

75 If I Were The Green Hornet

Green Hornet!! Tiba-tiba terasa ingin menjadi superhero pula. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita ada cara untuk mengekalkan adat warisan pahlawan kita. Walaupun tidak menggunakan senjata api, seni silat dan keris pusaka adalah lambang kepahlawan kita.

If I Were The Green Hornet, aku adalah Pahlawan "Green Hornet" Melayu terakhir. yang tidak perlu mengotorkan bumi ini dengan darah dan melanggar segala ketentuan demi menegakkan keadilan. Dengan hanya mengekalkan pakaian pahlawan hijau. Inilah "Green Hornet" ciptaan aku.

5 January 2011

36 Blog Review 2011 By Nurulchumel

 Salam 1 Malaysia!! Kali ini rasa macam nak join blog review la pula. Baru saja lepas review blogger, nak juga rasa di"review". Tambah-tambah dari si gadis come "nurulchomel". Lagipun, minta pendapat orang lain lebih molek. Kalau nak kritik diri sendiri, jangan haraplah.

So, harap berpeluang di"review". Untuk maklumat lanjut, klik je banner bawah ni.

4 January 2011

48 Rakyat Malaysia Mencari Hiburan Dan Kesihatan

 Salam 1 Malaysia!! Keyword bulan lepas menyaksikan pencarian yang berunsur hiburan dan kesihatan. Bagus juga rakyat Malaysia ni. Walaupun leka dengan hiburan, penjagaan kesihatan juga penting. Keyword yang paling hot adalah Ujibakat Akademi Fantasia 9

Agak-agaknya, berapa ramai la pergi ujibakat AF 9 kali ni. Siapa agaknya yang terpilih dan dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 9. Itu tak penting, yang paling penting hadiahnya. haha!! Dadali band juga dalam pencarian. Ini mesti ekoran entry twitter dengan vokalis Dadali Band.

3 January 2011

68 Blog Review: Mappiau Dan Teh Ramuan

 Salam 1 Malaysia!! Penumbuhan blog semakin berleluasa sekarang ini. Dengan menjadi blogger pun kita boleh glamour, contohnya seperti Hanis Zalikha. Tapi, betulkah blogger-blogger di Malaysia ini mengejar glamour? ataupung mengejar pendapatan Nuffnang? Sila jawab!!

Rasanya aku tak pernah review mana-mana blog. Pasti dianggap sebagai blogger sombong!! Kali ini, saja-saja nak review blog yang memang akan aku buka bila online. Sebenarnya ada banyak, cuma nak pilih dua dahulu. Iaitu Blog "Mappiau" dan "Teh Ramuan"

2 January 2011

50 Bonus RM25 Dari Celcom Dan Roadblock

 Wow!! Dapat bonus RM25 dari Celcom. Tapi perlu dihabiskan dalam masa dua hari. Agak-agak, boleh tak tukar dengan nilai untuk beli accessories Blackberry?Tidak pun, untuk barangan Nestle yang berkhasiat itu. Tak kisah la, janji sudah dapat RM25 dari Celcom. Mahu bergayut dengan sapa ye? haha!!

Tengah-tengah syok dapat bonus, ada pula roadblock di sepanjang jalan. Nasib baik la, aku ni pemandu dan pengguna jalan raya yang berhemah. Lesen update sampai tahun 2013!! pasti polis-polis tu kagum. haha!! Biasa la, polis pun kena la menjalankan tugasnya. Dengan itu, "Berhati-hati di jalanraya"

1 January 2011

30 Ucapan Khas Sempena Tahun Baru

Salam 1 Malaysia!! malas pula rasanya nak update blog ni. Penat menyaksikan pesta bunga api walaupun ada bunga api yang tak meletup. Mungkin dah masuk angin. Sempena tahun 2011, Pastikan mempunyai azam agar kita mempunya misi yang perlu diselesaikan. Akhir kata,

╔═════════ ೋღ❤ღೋ ═════════╗
ೋ ❤❤❤~~HAPPY NEW YEAR 2011!!~~❤❤❤ ೋ
╚═════════ ೋღ❤ღೋ ═════════╝
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸☼…♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤❤♫