mie: December 2010

31 December 2010

64 Memilih Nama Nama Islam

Salam 1 Malaysia!! Sempena cuti kemenangan pasukan bola sepak Malaysia ni, mesti ada yang ambil peluang untuk ziarah menziarahi ataupun berhibur bersama keluarga. Baru-baru ni, sempat juga pergi ziarah schoolmate yang baru melahirkan anak. Tahniah diucapkan buat Firdaus & Fatimah.

Baru 10 hari, dilahirkan tapi sungguh lebat rambutnya. Itulah Aisyah Umairah!! Nama yang diberi oleh member aku. Sedap nama tu, ada unsur-unsur keislaman sikit. Rasanya, anak aku nak letak nama apa ye? John Mietos? ataupun Mamie Jolie? Oh, mungkin tidak. Tapi untuk memilih nama-nama Islam click here

30 December 2010

20 Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

 Jom join giveaway lagi!! Kali ini, giveaway dari eqbalzack. Sejak ambil PHD ni, makin rajin buat giveaway. Ini tandanya murah rezeki. Giveaway ini akan tamat tidak lama lagi, jangan lepaskan peluang. Hadiah menarik menanti anda iaitu barangan dari IKEA. Di kedah ni tak ada IKEA, beruntunglah kalau dapat. haha!!

Seperti biasa, bila ada giveaway. kena la ada mangsa yang ditag. So mangsa kali ini DEQDEQ. Maklum la, cik puan blog ni rajin join contest mahupun giveaway. Untuk keterangan lanjut, boleh klik pada banner. So, bagi tugas simple-simple saja. Mahu tengok hadiah utamanya?

29 December 2010

52 Penang Toy Museum

Salam 1 Malaysia!! Cuti sekolah hampir tamat, jualan "Kembali ke Sekolah" sedang giat dijalankan. Pasti banyak tempat yang diterokai semasa musim cuti sekolah. Pernahkah anda mendengar Toy Museum? Segala koleksi figure dan pelbagai saiz terdapat di sana. 

Toy Museum terletak di Jalan Tanjung Bungah, Penang. Berdekatan dengan Copthorne Orchid Hotel. Bayaran masuk hanyalah RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Toy Museum juga disenaraikan dalam Malaysia Book Records. So, terjahlah Toy Museum sekarang!!

12 Contest Gambar Menarik 2010

 Yehaa!! Rajin pula join contest akhir-akhir ni. Sekadar mengisi masa lapang dan memeriahkan contest yang dianjurkan oleh blogger. Makin ramai yang buat contest ni, nampaknya blogger-blogger malaysia semuanya murah rezeki. Contest kali ni, hanya mempamerkan gambar menarik untuk tahun 2010

Mudah saja, hanya pilih gambar terbaik anda. Menang atau kalah memang adat pertandingan. Yang penting kita memeriahkan contest. Untuk keterangan lanjut, boleh la klik pada banner diatas. Gambar ini hanyalah candid semasa singgah di Pantai Bersih, Seberang Perai.

28 December 2010

44 Ujibakat Akademi Fantasia 9

 Ujibakat Akademi Fantasia 9 kini dibuka. Jom ramai-ramai menghabiskan pergi audition!! Ini hanya gimik sahaja. Hanya kerana ingin mengejar glamour, sanggupkah anda meninggalkan kerjaya yang memang sedia mantap? Mungkin tidak!! Tapi pasti ada yang sanggup.

Bila dah terlampau glamour, tiada lagi privasi. Jika sudah memang berbakat, pasti akan bertahan lama. Jika tidak, terpaksa la cari income lain. Masuk Akademi Fantasia pun boleh jadi pelakon. haha!! Terima kasih untuk awek cun (gambar atas) yang menyerikan "Bachelor Bowling Day". Jom saksikan bakat-bakat baru yang akan lahir. 

10 AutoPing Entri di BlogLarian FB Sesi 2011


BlogLarian!! Satu lagi segmen untuk blogger. Selain meningkatkan trafik, melalui Bloglarian juag blogger dapat mengenali sesama blogger. Tidak kira pangkat, darjat, status, mahupun warna kulit. Aku pun baru saja terjerumus dalam dunia BlogLarian ni. So, sekarang ditempatkan di "rumah" 160.

Jom kita kenali BlogLarian ini lebih terperinci. Kalau diikutkan, banyak segmen-segmen khas yang terdapat dalam BlogLarian ni. Antaranya, tutorial BlogLarian, contest BlogLarian, santai BlogLarian, Pingsite dan BlogLarianSquare. Untuk keterangan lanjut tentang syarat-syarat AutoPing Bloglarian, boleh la click pada banner diatas.

Untuk mengetahui tentang feedback dan keberkesanan BlogLarian, boleh la kunjungi  >>click here<<

27 December 2010

44 The Battleship Island of Japan (Ghost Island)

 Salam 1 Malaysia!! Pernahkan menonton fileme Battle Royale 2 : Requiem? Movie yang mencetuskan pelbagai kontroversi. Walaupun filem ini dah lama, tapi set pengambaran filem ada sejarah silamnya. Lokasinya terletak di Hashima Island ataupun dikenali sebagai "Gunkanjima" di Jepun.

Pulau yang pernah terkenal dengan arang batu terpaksa ditutup ekoran kemajuan industri petroleum. Akhirnya, Hashima Island dikosongkan pada tahun 1974. Sehingga kini, sesiapa pun tidak dibenarkan melawat ke Hashima Island. Pulau itu terus menjadi misteri. Jom saksikan gambar-gambar Hashima Island

26 December 2010

42 Saya Blogger Kedah!!

 Salam 1 Malaysia!! Tiba-tiba rasa macam terpanggil untuk join segmen dari "Blog Pilihan Malaysia". Sekarang ni, macam-macam program ada khusus untuk blogger. Bagaimana nak join? Mudah saja, hanya ikut syarat-syaratnya dan buat entry "Saya Blogger Kedah". Untuk keterangan lanjut, boleh melawat "Blog Pilihan Malaysia"

Nama : Mie Zahari
Status : Duda muda @ Belum cukup quota
Cara Hubungi : Twitter @ Facebook
Tempat Tinggal : Bandaraya Yan
Apa yang menarik? :

25 December 2010

48 Mobile Template!! Special Untuk Blogger

 Salam 1 Malaysia!! Dunia blog kini kian berkembang, semakin ramai blogger lahir di Malaysia. Tidak kira usia, pangkat mahupun taraf pendidikan. Kini, blog juga boleh diupdate dalam pelbagai cara. Blogspot telah memperkenalkan "Mobile Template" yang memudahkan blogger untuk update blog melalui smartphone.

Walaupun Mobile Template nampak simple, tapi memang berbaloi-baloi. Bila saja dapat saja wifi free, pasti hendak tahu perkembangan blog. Kalau menggunakan web version, agak lambat untuk loading. Sekarang ni, ada satu port aku selalu lepak sambil layan Chocolate Cream Chip Ice Blender

12 Feel Free To Fly Contest : Barangan Body Shop Untuk Dimenangi

 Ok!! mood contest kembali lagi. Saja suka-suka tanpa ada paksaan. Click pada banner untuk keterangan lanjut. Hadiah pun agak menarik, sekadar mencuba. Kalau ada rezeki tu, Alhamdulillah la. Setiap pertandingan, pasti ada hadiahnya. Inilah hadiah yang menjadi rebutan:

1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00

24 December 2010

46 Perbezaan Power Mata Punca mata Juling

Mata Juling!!! Selain faktor keturunan, perbezaan power mata boleh juga menyebabkan mata anda juling. Jika perbezaan terlampau ketara, ini menyebabkan salah satu mata anda mengalami sindrom "lazy eye". Contohnya, hanya satu mata yang akan bergerak aktif.

Informasi ini aku baru tahu daripada salesgirl. Disebabkan termakan dengan pujukan salesgirl, aku ada dua pasang contact lens. Hendak beli sepasang tak boleh!! Sebab kedua-dua mata aku jauh bezanya. Itu yang boleh dapat info tentang mata juling ni. So, kepada mangsa-mangsa rabun. Sayangilah mata anda!!

16 Iphone 4 ke Blackberry Torch?

Salam 1 Malaysia!! Sekarang masuk mood contest. terjumpa la pula dengan contest ni dari blog Syed Muzammir. Contest yang mudah dan hadiah yang menarik. Cuma memilih samada Iphone 4 ataupun Blackberry Torch. Dan semestinya aku memilih BLACKBERRY TORCH.

Melalui pengalaman sendiri, aku susah untuk menaip dengan menggunakan keypad touch screen. so, untuk memudahkan proses menaip, Blackberry Torch la pilihan terbaik. ianya lengkap dengan touch screen dan keypad. Tapi rasanya, kelebihan Iphone 4 pada application nya. 

Jom sama-sama join contest ni dan jangan lupa, tiket Kpop Live masih ada dijual. Sale celcom pun semakin menjadi-jadi!! Blackberry Torch juga boleh didapati melalui pakej Celcom. Dapatkan segera!!!

23 December 2010

75 Bilakah Umur Ideal Untuk Berkahwin?

 Tahun 2010 kian melabuhkan tirainya. Majlis perkahwinan untuk 2010 telah selamat di hadiri. Yang tinggal hanyalah menunggu diri sendiri diijab kabulkan. Tapi bilakah? Agak-agaknya, bilakah umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga? 19 tahun? 25 tahun? ataupun 32 tahun?

Apapun, special entry untuk member-member SMKAY yang telah selamat diijab kabulkan. Tahniah diucapkan untuk Caet, Kaam, Shamil, Wani Mas dan Apityan. Nampak gayanya, tak semua majlis dapat dihadiri. Apapun, harap sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki. Amin..

22 December 2010

42 Ferrari World Park, Abu Dhabi

 Salam 1 Malaysia!! Agak sibuk sekarang ni. Hendak update blog pun tak sempat. Nanti ada la komen macam-macam. Lain la kalau aku ni, pakwe Hanis Zalikha. sure ramai nak cari. haha!! So, layan saja la gambar-gambar honeymoon aku nanti. Ferrari World Park, Abu Dhabi

Terima kasih untuk sponsor honeymoon aku nanti. Mungkin sebab keberkatan mengunakan Blackberry. teringin nak dapatkan sponsor juga? Boleh lawati website ini ataupun >>click here<< Adios!!!

20 December 2010

90 Rahsia di Sebalik Nasi Kenduri Kahwin

Undangan ke Majlis perkahwinan lagi. Nampak gayanya, dapat juga menambah berat badan yang semakin hari semakin kurang ni. Zaman sekarang ni, bukan saja nasi minyak yang dihidang. Ada yang buat Nasi Arab, Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas, dan segala jenis nasi.Kalau macam tu!! Majlis aku nanti hendak cuba hidang Chicken Chop ataupun T-bone Steak la. Boleh ke?

Semalam, ada 5 kenduri member-member SMKAY. Yang sempat pergi hanya 3 buah saja. Cadangan untuk member yang nak kahwin pada hari yang sama, korang tempah dewan sekolah saja dah la. Buat sekali harung je, baru senang member nak datang. hahaa. Eh!! apa rahsia nasi kenduri kahwin?

19 December 2010

4 bloglarian


Fuh!!! Rasanya tak terlewat nak join bloglarian ni. Ini pun atas desakan blogger, kalau tidak, memang aku tak tahu tentang ni. So, nak kena lengkapkan slogan la pula. Saya suka berblogwalking kerana suka melihat style blogger Malaysia dan dapat ramai kenalan.

Nak kena tag la pula!! Mangsanya, adalah Mappiau, tra, dan raji. kalau ada yang nak join, dipersilakan. jangan malu-malu!!

18 December 2010

117 Benarkah Pelaut itu Playboy?

 Salam 1 Malaysia!! Jom kita survey sikit tanggapan masyarakat terhadap pelaut ni. Ataupun lebih dikenali sebagai "Popeye the Sailorman". Ramai lagi yang masih ragu dengan status seorang pelaut ni. Maklum la, tinggal anak bini berbulan-bulan. Boleh tahan ke?

Yang menjadi tanda tanya sekarang ni. Benarkah pelaut Malaysia seorang Playboy? Dengan moto "1 Port, 1 Isteri" hahaha. Terpulang lah pada kepercayaan masing-masing. Yang penting, sentiasa berfikiran positif dan elakkan tanggapan negatif. So far, jarang aku dengar pelaut yang bercerai tapi yang kahwin dua ada la.

16 December 2010

56 Tron: Legacy Ice Hotel vs Movie

 Tron: Legacy 3D ditayang hari ini!!! Filem lakonan Jeff Bridges, Garett Headlund, Olivia Wilde dan ramai lagi pasti memanaskan panggung di Malaysia. Filem ni adalah sequel dari filem Tron yang ditayangkan pada tahun 1982. Eh, zaman ni aku tak lahir lagi...

Tapi kalau setakat 3D saja tak ada la menarik sangat. Apa kata cuba Tron: Legacy Ice Hotel di Sweeden. so, sesiapa yang ada duit lebih tu, boleh la honeymoon di sana atau pergi Korea. Kalau ada duit lebih lagi, boleh belanja aku tengok filem Tron: Legacy 3D ni. Di samping tu, boleh meninjau Celcom SALE yang semakin hangat ni.

15 December 2010

99 Senaman Kuruskan Badan Untuk Wanita

Masalah berat badan ataupun struktur badan untuk wanita memang selalu menjadi isu pada wanita. Tidak terlepas juga ke pada lelaki. Tapi kali ini nak tunjukkan cara-cara senaman kuruskan badan khasnya untuk wanita. Mudah dan senang untuk diamalkan.

Seperti senaman untuk punggung yang menarik merupakan keyword yang dicari, Samada nak melansingkan tubuh badan mahupun mengecilkan paha. Untuk wanita, dipersilakan mengikuti langkah-langkah yang bisa dilakukan di mana anda berada. Jangan lupa, Celcom sedang mengadakan SALE besar-besaran!! Senaman sambil shopping. hehe!!

14 December 2010

72 Saksikan Maher Zain di Malaysia

Malaysia Fastest Rising People, Maher Zain akan muncul di "Malam Amal Setulus Kaseh" di Summit Hotel, Subang USJ. Berlangsung pada 26 hingga 28 Disember 2010. Program yang dianjurkan Muslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ.

Penjualan tiket telah dibuka dari RM200 hingga RM1000. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Maher Zain  sambil beramal. untuk keterangan lanjut boleh la click pada poster atau "Malam Amal Setulus kaseh". Ada sesiapa nak pergi dengan aku? hehe!! Terpulanglah, mungkin ada yang simpan duit untuk ke KPOP Live di Malaysia juga

12 GiveAway Edy : Terbang Jauh-Jauh


Dah lama tak join giveaway!! Asyik post gambar, gambar dan gambar. Kali ni, menghangatkan sikit blog ni dengan "GiveAway Edy : Terbang Jauh-Jauh". Memang mudah dan simple saja giveaway ni tapi hadiah nya berbaloi-baloi. Di import dari oversea (China, Singapore & indonesia). Tak percaya?? boleh tengok "hadiah GiveAway" ni.

Kalau diberi pilihan, aku cuma minat fridge magnet dari China & Indonesia especially yang bentuk stereng tu. Kalau hendak tahu syarat-syarat giveaway ni, boleh klik je pada gambar tu.So, mangsa tag aku 

13 December 2010

79 Pengantin Muda, Tercabarkah Anda?

 Salam 1 Malaysia!! Tercabarkah? Bila gadis berumur 14 tahun merupakan antara pasangan "Pengantin 1 Malaysia". Usia kini tak menghalang untuk berumah tangga, yang penting sudah bersedia menjalankan tanggungjawab masing-masing. 

Minggu ini saja, tiga kenduri kahwin yang aku hadiri. Semuanya rakan semasa di SMKAY!! Tahniah diucapkan buat pengantin dan berharap kekal hingga ke akhir hayat. Minggu depan, ada lagu undangan. Nak kena cari hadiah kahwin lagi la. Sorang-sorang meniti gerbang perkahwinan. Agaknya, bila seru aku nak sampai?

12 December 2010

56 Apa Hadiah Terbaik Untuk Majlis Kahwin?

Musim cuti sekolah adalah musim mengawan. Banyak sangat undangan perkahwinan yang diterima. Yang menjadi persoalannya, setiap kali hadir ke majlis perkahwinan. Perlu atau tidak kita membawa hadiah untuk pengantin? Atau sekadar memberi "angpow". Bagi pengantin, mesti la mengharap sesuatu.

Apakah hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada pengantin? 
Andainya, aku yang kahwin, apa agaknya blogger-blogger akan beri?

11 December 2010

64 Indahnya Taman Tamadun Islam Terengganu

 Ya salam. Bila cuti-cuti di Terengganu, jangan lupa singgah ke Taman Tamadun Islam. Lagipun pusat convocation memang di sekita Taman Tamadun Islam. Sempat juga la pergi melawat walaupun hanya 1jam saja. Disamping tu, ambil peluang promosi sempena convocation Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Memang tak rugi datang sini. Selain Monument Park, ada juga River Cruise di Tok Ku Paloh jetty. Ada Paddle Boat dan Kanu. Dengan lain perkataan "macam-macam ada". Pasport Taman Tamadun Islam akan diberi bagi setiap kali lawatan. Ada kelebihan untuk "next visit".

10 December 2010

70 Jom Cuti-Cuti Terengganu

 Terengganu Darul Iman!! Sudah lama aku tak datang melawat Terengganu. Kali terakhir setelah aku tamat study di sana. Masa tu, supermarket Mydin yang terbesar di Terengganu tu masih dalam pembinaan. Bulan lepas, sempat juga aku pergi sempena convocation adik aku di Pusat Tamadun Islam. Tapi tak sempat pula nak singgah ke kedai Air Buah Gelas Besar di Seberang Takir.

Dari Kedah ke Terengganu lebih kurang 6-7 jam. Disebabkan satu rombongan pergi, terpaksa la sewa homestay. Nak booking hotel, alamatnya tak berjalan mana-mana la. Homestay yang aku sewa ni, memang betul-betul di Bandar Terengganu. Berdekatan dengan Taman Tamadun Islam. So, sesiapa yang cari homestay di Terengganu, boleh hubungi Pakcik Syed [0199054424] atau >>click here<<

9 December 2010

74 Soal Jawab Twitter dan ChurpChurp

 Tweet tweet!!memang dah lama dengar tentang Twitter. Churp churp pula agak abru menmbusi dunia pengiklanan mahupun blog. Tapi masih ramai yang bertanya tentang twitter mahupun churp churp. Aku tak ada la bijak sangat untuk buat tutorial dua benda ni. Tapi, boleh la juga nak membantu.

Orang bertanya, kita menjawab!! ada ke istilah ni?Sekadar berkongsi tentang twitter dan churp churp yang ditanya oleh Pencacai Alim dan Cikgu Brat. Kalau salah jangan mudah melatah ye. Banyak lagi informasi boleh dapat di alam maya ni. Kiata mulakan dengan "Bismillahirrahmanirrahim....

8 December 2010

76 Twitter With Vokalis Dadali Band

Salam 1 Malaysia!! Dah ama aku tak bertwitter. Sejak join Churp Churp ni, baru la nak buka twitter. tweet tweet!!! Baru-baru ni, dapat pula mesej dari vokalis Dadali Band, Dyrga. Rasanya tak pernah aku bertwitter dengan dia. lagipun Dyrga hanya nak tahu perkembangan Dadali Band di Malaysia saja. Maybe, sebabkan aku post lirik dan lagu Disaat Aku Mencintaimu.

7 December 2010

70 Hati di Jepun, Usus di Bintulu

 Tajuk yang pelik!! Salam 1 Malaysia. Akhirnya, masuk saja port Bintulu, dah kena hantar balik. Kapal pula akan meneruskan perjalanan ke Jepun. Masa aku balik la, baru kapal nak pergi Jepun. Rugi oh rugi!! Kalau tidak, dapat juga tengok fesyen-fesyen yang menggerunkan di Jepun tu. Tambah-tambah awek-awek sekolah dengan uniform nya. haha!!

Disebabkan frust tak dapat pergi Jepun kali ni, lepas check in hotel saja. Terus melapor diri dekat Sushi King. Dengan tiba-tiba rasa berada di Jepun pula. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan kewangian bunga sakura. haha!! Sapa yang nak pergi Jepun tu, boleh la singgah di Sushi King yang berdekatan. Ataupun, check promotion Celcom Exec ni.

6 December 2010

109 Korea!! I'm coming

 Salam 1 Malaysia!!! Dah habis musim raya, kita mulakan pelayaran. Kali ni, tak banyak port aku pergi dan yang dapat turun hanyalah Port Bintulu dan Port Tongyeong, Korea. First time masuk port ni, excited la juga. Dengan lain perkataan, mulakan photoshoot. Bukannya mengulat!!

Masa turun jalan-jalan kat Korea, boleh pula bateri camera habis. Nasib badan la!!! Nak guna handphone, aku guna Nokia 3315. Mana la ada camera. haha!!! Tak dapat nak tangkap gambar awek-awek korea yang cun melecun tu. Ok la, jangan lupa saksikan KPOP LIVE di Kuala Lumpur!!

5 December 2010

80 Raya di Tengah Laut (Part 3)

 ya salam!! "Asyik cerita tentang raya saja, sekarang kan musim Christmas". Alamak, ketinggalan rupanya aku ni. Lagipun aku tak sambut Christmas, boleh la ganti dengan raya!! Part terakhir ni, memang membuat kan perasaan tak seronok beraya atas kapal. Tak percaya? Gambar bawah ni saja dah tunjukkan segalanya. Saksikan lah!!!

4 December 2010

69 Raya di Tengah Laut (Part 2)

 Ok!! lepas saja sembahyang raya. Mula la aktiviti bergambar sambil makan-makan untuk alas perut yang semakin membesar ni. Nak pergi beraya, tak ada sapa pun yang buat "open cabin". So, ramai-ramai la bergambar sekadar menyedapkan hati.

Sebelum terlupa!! jangan ada yang konfius. Seri Ayu tu adalah nama kapal hak milik MISC Sdn Bhd. Sebab tu semua nampak ayu bila bergambar. Semua terkena saka "Seri Ayu" hahahaa. Jom layan gambar dulu sebelum menunggu jamuan raya..

3 December 2010

65 Raya di Tengah Laut (Part 1)

 Salam 1 Malaysia!!! masuk mood raya pula, walaupun raya dah lama habis. Setiap tahun, mesti aku raya atas kapal. So, terselamat la daripada nak kena bagi duit raya. Boleh la kumpul duit untuk kahwin. hehe!! Raya tahun ni pun tengah laut, di perairan Bintulu.

Raya atas kapal pun ada preparation. Cuma tak ada la nak tukar langsir ataupun sarung sofa. Tapi hanya sekadar menambah mood raya. kali ni, banyak sikit part dan gambar. Bolehkan...

2 December 2010

50 Hari Terakhir di MMHE

 MMHE Pasir Gudang!!! hanya 2 minggu saja. Tak sempat nak beronggeng. Tapi kerja memang memenatkan. So, hari-hari terakhir sempat juga la tangkap gambar sekitar kesibukan MMHE. Rasa-rasa macam nak apply saja kerja dekat sana tapi berbaloi kah?

Jom layan bebrapa keping saja gambar!! Yang lain terpaksa di sensor atas sebab-sebab tertentu. haha!! Good bye MMHE!! Kembali sailing atau pun still anchor...

1 December 2010

56 Jom Makan Seafood di Senibong

 Mesti ramai yang suka makan seafood tapi ada juga yang tak bole makan seafood. Dua minggu di MMHE Pasir Gudang, tak sah kalau tak pergi makan seafood di Senibong. Sambil menikmati angin laut serta pemandang negara seberang, Singapore. Yang paling penting, makan seafood free!! hehe

Penuh meja dengan macam-macam hidangan seafood dengan aneka citarasa. Satu yang aku pelik, burung puyuh tu boleh dikategori seafood ke? Tak kisah, janji halal dimakan dan perut kenyang. So, ada sesiapa mau belanja makan seafood lagi? hohohooo