mie: March 2011

31 March 2011

81 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

 Salam 1 Malaysia!! 5 Blog yang kerap dilawati 2011. Satu program khas dari http://denaihati.com yang pasti menarik minat semua terutama golongan blogger. Terima kasih juga buat kulanz yang sudi senarai putihkan aku dalam blog yang sering dilawati.

Pasti semua mempunyai pilihan blog untuk dilawati. Tidak kisah samada blog personal, hiburan mahupun makanan. Jom terjah 5 blog yang sering aku lawati untuk tahun 2011.

30 March 2011

78 Majlis Bertandang Ke Rumah Pengantin Lelaki

 Salam 1 Malaysia!! Walaupun sudah satu minggu majlis selesai, kini baru kesempatan hendak update kisah kahwin kak long. Kali ini majlis di pihak pengantin lelaki. Serba hijau!! Majlis yang juga meriah dengan suasana kampung yang permai.

Terlebih dahulu, nak ucapkn terima kasih buat Pak Long Usop yang sponsor laksa semasa majlis  Perkahwinan Kak Long. Terlupa nak mention dalam entry lepas. Harap-harap nanti, majlis aku pun sponsor la juga. Maklum la, laksa memang paling laku semasa kenduri.

29 March 2011

55 Holiday Giveaway 2011

 Salam 1 Malaysia!! Sudah lama agaknya tidak menyertai mana-mana giveaway. Kali ini rasa terpanggil untuk join "Holiday Giveaway 2011" yang dikelolakan oleh Cik Puan Rina Sharif. Terima kasih juga buat Cik Min yang memperkenalkan giveaway ni.

Giveaway yang mudah tetapi hadiah yang lumayan. Hadiahnya bukan lah emas permata mahupun wang ringgit. Tetapi adalah Macarons dan Red Velvet Cupcakes. Apa lagi, marilah ramai-ramai kita sertainya.

28 March 2011

84 Birthday Adik Tapi Abang Dapat Hadiah

 Salam 1 Malaysia!! Happy Birthday Hidayah, adik perempuanku yang masih berada di asrama sekolah. Nampaknya, kek ini akan di rasmi oleh orang lain la. Tanggal 28 March pasti ada kek kerana adik perempuan kecoh sikit bila tak ada kek.

Tiada hadiah untuknya tapi ada hadiah untuk aku. Satu penginapan di hotel dan satu lagi tiket ke A'Famosa Animal Safari. Tak percaya? Jom tengok buktinya sambil mengeyangkan mata melihat gambar kek.

27 March 2011

60 Sinaran Earth Hour 2011

 Salam 1 Malaysia!! Kempen "Jom tutup lampu" ataupun Earth Hour bukan berakhir di sini saja. Kempen ini boleh diteruskan dalan kehidupan seharian. Contohnya, matikan suis jika tandas tidak digunakan. Ini juga salah satu langkah menyahut Earth Hour.

Walaupun pelbagai andaian mengenai Earth Hour kali ini, yang penting sentiasa berfikiran positif. Usah jadikan ia sebagai isu yang besar. Bila diterangi cahaya lilin ini, mulalah rasa diri ini romantik. tambah-tambah lilin yang berbau wangi. 

26 March 2011

56 Gambar Gempa Bumi di Myanmar

 Salam 1 Malaysia!! Selepas Jepun di landa Tsunami, kini satu gempa bumi berlaku di Myanmar. Gempa bumi yang berukuran 6.8 skala Richter boleh dirasai sekitar Thailand, Bangkok dan China. Dianggarkan lebih kurang 75 orang maut dalam gempa bumi di Myanmar.

Satu persatu bencana yang datang. Alhamdulillah!! Malaysia selamat dari bencana gempa bumi. Diharap semua ini menjadi pengajaran. Jom saksikan gambar-gambar gempa bumi di Myanmar. Jangan lupa, JOM TUTUP LAMPU..

25 March 2011

72 Hotel de ART Shah Alam Colourful

 Salam 1 Malaysia!! Hotel de ART, hotel seni pertama di Malaysia. Ini baru gambar bangunan sahaja, belum tengok ke bilik hotel ini. Credit to Encik Psychopath yang memperkenalkan hotel ini. Terletak di Seksyen 7, Shah Alam pasti memukau untuk menginap di sini.

Berdekatan dengan I-City dan hanya 20minit dari Kuala Lumpur. Terdapat 34 bilik yang mempunyai pelbagai design seperti Roman Holiday, The Snotty Peacock, African Fire dan banyak lagi. Satu hari nanti aku akan sampai ke Hotel de ART. Mungkin dijemput oleh pihak hotel untuk membuat review tentang hotel ini sambil menginap disana.

24 March 2011

66 Memenangi Tiket Animal World Safari Melaka


 Salam 1 Malaysia!! Sejak rajin join contest ni, banyak pula "luck" yang datang. Mula-mula dapat tiket Lost World Tambun. Selepas tu, tiket menyaksikan EPL Masters Football Malaysia Cup. Kali ini pula, menang tiket Animal World Safari, Melaka.

A'Famosa Animal World Safari, Melaka memang belum pernah di kunjungi. Terasa ingin saja dikunjungi. Terima kasih buat majalah Apartmen Impiana kerana memilih aku sebagai salah seorang pemenangnya. Adakah anda salah seorang?

23 March 2011

50 Menanti Hadiah Misteri Dari TUPAI

 Salam 1 Malaysia!! Kesibukkan melanda lagi. Tak sempat nak blogwalking mahupun update blog. Segala urusan sudah selesai tetapi hanya menanti sahaja. Baru-baru ini, dapat lagi kejutan dari TUPAI. Bukan seekor tupang tapi website hiburan.

Melalui facebook, TUPAI menyuruh mencadangkan beberapa persoalan untuk ditanya pada Maya Karin. Akhirnya soalan aku dan beberapa facebookers terpilih. So, sekarang hanya menanti hadiah misteri dari TUPAI. Tidak percaya? tengok bawah..

21 March 2011

70 Doakan Kesihatan Alim Azim

 Salam 1 Malaysia!! Entry kali ini khas buat sepupuku yang ceria. Adik kepada Nekmah!! Alhamdulillah, Alim selamat menjalankan pembedahan apendiks. Walaupun masih sakit-sakit, diharap Alim sihat walafiat. Hanya pesakit apendiks tahu kesakitannya.

Selepas kenduri kahwin di rumah abang ipar ku, aku terus menuju ke Hospital Sungai Buloh untuk melawat Alim. Aku juga pernah mengalami pembedahan apendiks. Agak-agaknya, apendiks ni penyakit keturunan ke?  Sebab ramai juga sedara mara aku sakit apendiks.

20 March 2011

28 Cenderahati Dari Pulau Langkawi

 Salam 1 Malaysia!! Niat hati nak pergi Putrajaya. Mahu melihat Hot Balloon Fiesta tapi tak ada yang mahu pergi sekali. Andai burung di atas ini dapat menerbangkan aku, rasanya masih ada kat Putrajaya lagi ni. Ops! topik hari ni adalah hadiah balik dari honeymoon.

Disebabkan pengantin baru honeymoon di Langkawi, banyak la barang dibeli. Antaranya chocolate, t-shirt langkawi, minyak gamat, kain batik dan pelikat, air gamat dan beberapa cenderahati. Kali ini, jom menjamah cchocolate dari Langkawi dengan mata sahaja. hehe!!

18 March 2011

60 Bunga Telur VS Bunga Ferero Rocher

Salam 1 Malaysia!! Penat kenduri kembali pulih. Kini sudah bersedia pergi kenduri di pihak lelaki. Keesokkan harinya, rombongan ke Klang akan disusuli. Diharap, kesempatan ke Klang boleh terlajak ke Putrajaya. Ada event special disana!!

Bunga telur diatas adalah pemberian "Mak Tam" yang memang menjadi tarikan pengunjung. Tambahan bagi pengumpul bunga telur. Bunga Ferero Rocher pula daripada kakak Faizah, sepupuku dari Kuala Lumpur. Seronok bila sanak saudara turut memeriahkan Majlis Perkahwinan kali ini.

Macam mana pula perkahwinan aku nanti? Ada sesiapa mahu sponsor sesuatu yang menarik? 

17 March 2011

64 Char Koey Teow Sungai Dua Sedap Tapi...

 Salam 1 Malaysia!! Sudahkan anda merasai keenakkan Char Koay Teow Sungai Dua yang famous itu? Kalau singgah di Seberang Perai, jangan lupa pergi ke Sungai Dua. Restoran dengan tagline "Telur Ayam Dibasuh". Kini cawangan baru dibuka di Semeling, Kedah

Memang sedap tapi sedikit saja Koay Teow nya, Tak puas nak menikmatinya. Memang restorannya sentiasa penuh dengan pengunjung. Kedainya hanya dibuka pada jam 5 petang hingga 3 pagi. Nak tahu apa menu lagi di restoran ini?

16 March 2011

59 Bergembira di Air Terjun Kampung Perigi

 Salam 1 Malaysia!! Photoshoot pengantin kali ini berlangsung di Air Terjun Kampung Perigi. iaitu tempat kelahiran ku dan kampung tercinta. Air terjun ini sebenarnya dari Gunung Jerai. Sejuk dan nyaman, sesuai untuk mandi bunga. hehehe!!

Keesokkan harinya, segala isi rumah pergi "mandi bunga" di Air terjun Kampung Perigi. Dengan harapan lepas ni, ada lagi perkahwinan meriah untuk cucu Tok Chah. Jom sama-sama mandi Air Terjun Kampung Perigi.

15 March 2011

55 Gambar EPL Masters Football Malaysia Cup

Salam 1 Malaysia!! Rasanya cukup dengan entry kawen ni. nanti ada pula yang jemu, asyik tunjuk gambar kahwin saja. Baru-baru ini, terlepas satu peluang untuk menyaksikan EPL Masters Football Malaysia Cup. Tambahan pula tiket diberi percuma.

Tiket free diberi oleh Air Asia melalui pengisian slogan di twitter. Tak sangka pula boleh menang!! Disebabkan terlalu sibuk, terlupa pula dengan tiket free ini. Akhirnya berkubur begitu saja. Lagipun, tarikh nya tidak beberapa seseuai.

14 March 2011

63 Perkahwinan Kak Long Memang Meriah

Salam 1 Malaysia!! Kini Majlis Perkahwinan di pihak perempuan telah selesai. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan hari cerah sepanjang hari. Yang paling seronoknya, ramai tetamu yang hadir. Terima kasih kerana memeriahkan majlis perkahwinan kakak aku.

Disebabkan ramai yang minta nak tengok gambar pengantin, kini aku pamerkan. Walaupun tak ada yang teringin nak tengok adik pengantin. Aku tetap gembira!! Apakah sebabnya?

12 March 2011

68 Aku Terima Nikahnya....

Salam 1 Malaysia!! Kini telah selesai Majlis Pernikahan untuk keluarga aku. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga surat nikah selesai ditandatangani. Buat pertama kalinya, aku berkesempatan "belajar" adat-adat sesi bertemu dengan Tok Imam.

Selesainya majlis akad nikah di Masjid, pengantin ditinggalkan. Adakah ini denda? nasib baik ada yang menumpangkannya. hehe!! Di kesempatan ini, sesi persalinan baju turut diadakan. Apakah konsepnya? Jom kita lihat.

11 March 2011

64 Door Gift Bukan Untuk Dijual

Salam 1 Malaysia!! Persiapan door gift diteruskan. Jom sama-sama menyiapkan door gift dan meneruskan misi penting. Jangan lupa!! "charging" diri anda dengan secawan kopi janda dan kopi jantan. Ayuh, segera ke gelanggang penyediaan door gift.

Demi menjimatkan wang dan mempamerkan kehebatan masing-masing dalam penyediaan door gift. marilah sama-sama menyiapkan door gift untuk pengunjung. Marilah sama-sama berjuang!!

10 March 2011

40 Tolong Ingatkan Aku!!

Salam 1 Malaysia!! Bila dengar lagu Ana Rafali, baru teringatkan sesuatu. Minta "tolong ingatkan aku" untuk tidak pergi makan ke restoran yang ada service charge lagi. Rasa sia-sia pula bayar jika "service" memang ditahap yang kurang memuaskan.

Dengan ini, aku nak cuba tidak memasuki mana-mana restoran yang ada "service charge". Adakah mampu bertahan? Sama-sama kita nantikan. Masa beginilah ada yang nak belanja sesuatu.

7 March 2011

79 Keyword Bulan Februari 2011

Salam 1 Malaysia!! Ulasan tentang keyword untuk bulan Februari kembali. Keyword hot kali ini semestinya mengenai "kad ucapan 3d". Ramai pula yang mencari cara-cara untuk membuat kad ucapan 3d. Tapi, kenapa tiada siapa pun menghantar kad 3d untuk aku?

Dengan kemunculan lagu Cuma Aku dari Heliza Helmi turut memeriahkan blog ini. Pencarian "lirik cuma aku" membuatkan lagu ini mulai terkenal. Semestinya, "senaman punggung" pasti antara keyword hot. Agaknya, rakyat Malaysia ni suka bersenam rupanya.

6 March 2011

52 Latihan Tentera "Road To Heaven"

 Salam 1 Malaysia!! Terlebih dahulu nak ucapkan "Selamat Ulangtahun Tentera Darat ke-78" untuk semua anggota tentera darat termasuk ayah aku yang telah lama pencen. Dengan slogan "Tetap Gagah Tetap Setia". Pelbagai aktiviti diadakan di dataran Merdeka.

Dalam tentera, pelbagai pasukan ditubuhkan. Kali ini, jom kita saksikan latihan "Road To Heaven" untuk memasuki pasukan askar elit di Taiwan. Pasukan ini dikenali dengan nama Sea Dragons. Sanggupkah anda mengikuti latihan ini?

5 March 2011

44 Kenapa Mesti Mengidam Brownies?

Salam 1 Malaysia!!
Tiba-tiba rasa mengidam nak makan
"Bownies Sundae"

Ada sesiapa pandai buat brownies?

4 March 2011

82 Hadiah Misteri Dari Lubnan

 Salam 1 Malaysia!! Anda kenal keluarga diatas? Inilah MAPPIAU family atau lebih dikenali sebagai Mamairfan dan Papairfan. Hadiah misteri yang dimaksudkan dihantar oleh keluarga ini. Teruja sehingga senyuman hampir ke cuping telinga.

Siapa tak gembira kalau dapat hadiah. Tambahan lagi hadiah dari Lebanon ataupun Lubnan. Lagipun belum pernah ke Lubnan lagi. Dapat hadiah pun dah bersyukur. Nak tahu apa hadiah tu?

3 March 2011

54 Majlis Perkahwinan Ili Hawa dan Farid Maswan

 Salam 1 Malaysia!! Musim cuti sekolah kembali. Banyaklah undangan perkahwinan yang diterima. Untuk kali ini, undangan perkahwinan dari Ili dan Farid. Kedua-dua merupakan rakan sekolah menengah ku.Akhirnya, percintaan membawa ke jinjang pelamin.

Insyallah!! jika kelapangan pasti kedua-dua majlis ini akan diterjah. Siapa tidak gembira bila melihat rakan sendiri juga bergembira? Tapi pada 12 march mungkin susah sikit kerana ada Majlis perkahwinan juga di rumah aku

38 Pemenang Contest : KPTP

 Salam 1 Malaysia!! Akhirnya, masa yang ditunggu telah tiba. Contest : Kisah Pelaut Terlampau Pilihan telah juga tamat. hanya menanti nama pemenang nya. Siapa agaknya yang membuat aku tertarik? Yang penting, simple dan tepat.

Keputusan adalah muktamad. Hanya 3 pemenang dipilih manakala hadiah selebihnya akan diberi pada blog-blog yang direview. Nak tahu siapa pemenang nya?

2 March 2011

68 Dapatkan 5 Tiket Lost World Of Tambun Secara Percuma

 Salam 1 Malaysia!! Siapa sudah pernah pergi Lost World of Tambun? Berapa harga tiket untuk masuk ke sana? Kini ada cara mudah untuk dapat 5 tiket percuma ke Lost World of Tambun. Hanya menghantar sekeping gambar pelancongan anda sahaja.

Untuk lebih informasi, sila dapatkan Majalah LIBUR di pasaran sekarang. Jika gambar anda terpilih sebagai gambar "Pilihan LIBUR", anda akan memenangi 5 tiket dewasa ke Lost World of Tambun. Jangan lupa dapatkan majalah LIBUR keluaran March!! Nak tahu gambar pilihan LIBUR?

1 March 2011

84 Gambar Konsert Maher Zain 2011 di Malaysia

 Salam 1 Malaysia!! Konsert Maher Zain di Stadium Malawati memang hebat. Pasti ramai yang berpuas hati walaupun ada sedikit konflik tentang tiket konsert. Selain Maher Zain, kumpulan Inteam turut membuat persembahan dengan menampilkan ahli lamanya.

Irfan Makki, Mesut Kurtis dan Fadly (vokalis Padi band) turut sama dalam konsert Maher Zain kali ini. Yang paling menarik sekali, harga tiket aku telah di "upgrade". Tiket RM53 upgrade kepada RM103 manakala tiket RM103 upgrade kepada RM253. Jom tengok gambar konsert Maher Zain