Wordless Wednesday #11 Star Cruise


Upin Dan Ipin The Musical Memang Terbaik

 Salam 1 Malaysia!!
Kini Upin dan Ipin kembali menggegarkan pentas Istana Budaya dengan teater "Upin & Ipin The Musical". Jangan lepaskan peluang menyaksikan teater musikal ini. Upin & Ipin The Musical bermula dari 14 April hingga 6 Mei 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Harga tiket pula bermula dari RM33 hingga RM453 bergantung kepada tempat duduk. Ada kejutan juga di sesetengah tempat duduk. Nak tahu? Pergilah saksikan sendiri di Istana Budaya. Tiket juga boleh dibeli secara online di [ticket2u] atau terus ke Istana Budaya. Jom saksikan siapa Upin & Ipin.

Koleksi Diari Orang Yang Aku Baca

 Salam 1 Malaysia!!
Seronok betul baca diari orang ni!! Ini kesinambungan dari entry [Aku Suka Baca Diari Orang] Koleksi yang ada ditambah lagi. Sebelum itu, ini bukan diari yang "budak-budak gedik" tulis . Tapi sebuah novel remaja yang bertemakan diari. 

Memang menarik membacanya!! Sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, bila ada bertanya "Apa petua nak nampak muda remaja?" Jawapannya "Bacalah novel remaja" hehehe!! Melalut la pula, mari perkenalkan beberapa diari yang selamat dijadikan koleksi.

Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 2)

 Salam 1 Malaysia!!
Ini kira part terakhir la untuk entry Muzium Tentera Darat. Banyak lagi gambar yang hendak dikongsi tapi kalau nak tengok lebih lanjut. Kena la pergi melawat sendiri!! Jangan risau, tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Muzium Tentera Darat.

Untuk pengetahuan semua, Muzium Tentera Darat dibuka pada hari Rabu hingga Ahad bermula jam 10 pagi - 5 petang. Pada hari Isnin dan Selasa, tiada lawatan dibenarkan. Lokasinya pun mudah untuk dicari, iaitu berhampiran Kem Sri Rusa dan jalan menuju ke Pantai Port Dickson. Lagi gambar menarik di Muzium Tentera Darat

Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 1)

 Salam 1 Malaysia!!
Buat pertama kali, berjaya menjejak kaki di Port Dickson. Sepatutnya sudah sampai semasa umur 5 tahun tapi ditinggalkan sebab terlalu muda untuk mengikuti rombongan makcik-makcik!! Ini pun, kebetulan berada di Negeri Sembilan. 

Port Dickson juga dikenali sebagai "Bandar Tentera Darat". Di sepanjang jalan, ada saja kem tentera dan yang paling menarik adalah "Muzium Tentera Darat". Kalau bercuti di Port Dickson, jangan lupa singgah di sini. Jom saksikan beberapa kenderaan tentera di Muzium Tentera Darat.

Menerima Hadiah VS Hadiah Diterima

 Salam 1 Malaysia!!
Tak tahu nak letak tajuk apa, tapi yang pasti semua berkaitan dengan hadiah. Baru-baru ini, dapat souvenir dari orang Paris!! Terima kasih Puan Ieka, "La Rochelle" sangat menarik. Dapat juga voucher makanan "RM30 set meal" di Roast Kitchen.

Itu bab menerima hadiah, kini bab memberi hadiah pula. Hadiah kahwin untuk member-member yang baru melangsungkan perkahwinan. Hendak post malas, tunggu diorang datang claim hadiah sudah la. Hadiah untuk Kuiz HiGoat pun sudah tersedia. Siapakah pemenangnya?

First Outlet "HiGOAT Meaty And Milky Kiosk" At Alor Star

 Salam 1 Malaysia!!
Pernah dengar HiGOAT? Pernah dengar HR Marketing? Nak tahu lebih lanjut boleh melawat website [HR Group]. Lagipun ini bukan entry sponsor, cuma nak memperkenalkan produk buatan Malaysia. Berita terbaru, HR Group baru saja membuka "HiGOAT Kiosk" pertama di Malaysia.

HIGOAT Kiosk yang pertama dibuka di Alor Star Mall. Pantang nampak makanan baru, terus cuba!! Sedap dan lain dari kiosk-kiosk yang ada. Cuma harganya tidak beberapa sesuai untung dibandingkan dengan kiosk yang ada di situ. Jom tengok menu HiGOAT dan ada juga kuiznya!!

Merentasi Di Bawah Jambatan Akashi Kaikyo, Jepun

 Salam 1 Malaysia!!
Ramai pula yang "confuse" dengan cerita-cerita Jepun sebelum ini. Kebetulan saja aku berada d Jepun!! Bukannya sambung study atau melancong, tetapi atas urusan kerja. Kerjanya berkaitan dengan background blog ini. Credit gambar atas : Ann

Tahukah anda, "Jambatan Akashi Kaikyo merupakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia". Sudah banyak kali melalui jambatan ini. Itupun apabila kapal menuju ke Port Himeji. Untuk tahu lebih lanjut, boleh cari dalam wikipedia. Dalam ini, cuma ada gambar-gambar semasa merentasi di bawah jambatan Akashi Kaikyo.

Yokohama Cosmo World Hiburan Simple Di Jepun

 Salam 1 Malaysia!!
Dari Osaka kita ke Yokohama pula. kalau diikutkan banyak lagi gambar di Universal Studio Japan tu. tapi nanti ada pula yang bosan, jadi berhijrah sekejap ke Yokohama. Masih ingat Wordless Wednesday ni? Ini kesinambungannya saja.

Yokohama Cosmo World terletak berhampiran dengan Hard Rock Cafe Yokohama dan Nippon Maru Memorial Park. Jika menggunakan JR Lines, sila berhenti di Sakuragicho Station. malas nak bercerita panjang, kita layan gambar sahaja.

Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2012

 Salam 1 Malaysia!!
Tak sangka ramai pula yang yang search entry Pengambilan Tentera Udara dan Tentera Laut. Jadi, kali ini nak share pula pemilihan bagi tentera darat. Bagi yang bercita-cita sebagai tentera darat, jangan lepaskan peluang ini. Pemilihan akan bermula pada 9 hingga 15 April.

Untuk maklumat lanjut, klik sini [Tempat Temuduga Tentera Darat]. Sharing is caring!! Buat pengetahuan semua, pasukan elit tentera darat adalah Grup  Gerak Khas dan 10 briged PARA. Manakala tentera laut (PASKAL) dan tentera udara (PASKAU). Mari saksikan gambar pasukan elit atau lebih dikenali sebagai komando.

Gerai Pilihan Di Universal Studio Japan

 Salam 1 Malaysia!!
Seharian suntuk berada di Universal Studio Japan, pasti akan kelaparan. memang banyak gerai dan restoran di dalam tu. tapi faham-fahamlah harganya. Lagipun, kadet-kadet comel aku dah bawa bekalan dari kapal. Sebelum ni, mesti ramai dah lihat menu dan gerai BUN HELLO KITTY.

Kali ini, nak perkenalkan lagi gerai-gerai yang terdapat dalam Universal Studio Japan ni. Kalau restoran terlalu "high class". Lagipun gerai-gerai kat sini semuanya bermacam design dan ada unsur penarik. Jom saksikan gerai-gerai terpilih.

Gambar Mascot Comel Di Universal Studio Japan

 Salam 1 Malaysia!!
Dari Namba kita pergi pula Univesal City, Osaka. Hanya mengambil masa 30 minit dengan dua pertukaran keretapi JR Lines. Universal Studio Japan memang antara yang paling terkenal di sini. Ianya adik beradik Universal Studio Singapore.

Kalau masuk disana sepanjang hari, pasti akan bertemu dengan pelbagai mascot Universal Studio Japan. Tapi aku hanya beli "Twilight Pass" saja. Tak sempat nak jumpa ke semuanya. Jom layan mascot USJ dan sila abaikan kadet-kadet ALAM yang comel itu.

Gambar Cara Membuat Takoyaki

 Salam 1 Malaysia!!
Masih Ingat entry Wordless Wednesday #5? Ramai juga yang tertanya-tanya, apa itu takoyaki? Padahal dekat malaysia pun ada. Terutama di Jusco!! mesti ramai pernah singgah beli di Tako Tao. Takoyaki ini adalah bebola sotong yang memang popular di Jepun.

Hendak membuatnya pun mudah, asal ada kelengkapan dan bahan-bahannya. Tapi kali ini bukan nak tunjuk resepi Takoyaki. Tetapi hendak tunjuk cara membuat Takoyaki. Terima kasih Miss Sizuka yang sudi tunjukkan dan terangkan cara membuat Takoyaki walaupun aku tak paham bahasa Jepun.

Pengambilan Tentera Udara Dan Tentera Laut 2012 Untuk Lepasan SPM

Salam 1 Malaysia!!
Keputusan SPM 2011 sudah diketahui umum, ramai lepasan SPM sedang menunggu tawaran yang terbaik untuk mereka. Ada juga yang bertanya tentang Akademi Laut Malaysia walaupun aku dah lama meninggalkan dunia bilik kuliah. Bagi yang berminat dengan Kementerian Pertahanan, Akademi Laut Malaysia (ALAM) bukanlah tempat yang sesuai.

Antara soalan yang dikemukakan ;
  • Soalan 1 : Betulkah semua kadet-kadet di Akademi Laut Malaysia mendapat biasiswa ataupun sponsor dari syarikat kapal?
  • Soalan 2 : Lepas tamat pengajian di Akademi Laut Malaysia, boleh jadi tentera laut la. Kalau kahwin pun boleh lalu bawah pedang ke?

Keyword Hot Bulan Mac 2012

Salam 1 Malaysia!!
Sudah lama tak review keyword dalam blog ni. Untuk bulan Mac 2012 kita menyaksikan kemenangan keyword kuih tradisional. Ini juga persamaan dengan keyword makanan tradisional sabah. Ini pasti entry Mengidam Kuih Tradisional Sabah kiriman percuma dari Puan Sarinah

Senaman Punggung masih mengungguli carta hot keyword. Rama juga yang impikan punggung yang cantik rupanya. Agak-agaknya, ada tak yang praktikkan senaman punggung ni. Tahniah kepada yang berjaya dan yang ingin mencuba boleh lihat entry ini Senaman Untuk Punggung Menarik.

Gambar Sekitar Petronas Malaysia Grand Prix 2012

 Salam 1 Malaysia!!
Petronas Malaysia Grand Prix 2012 baru saja melabuhkan tirainya. Fernando Alonso dinobatkan sebagai juara di Sepang International Circuit. Nasib baik tahun ni dapat lagi tengok formula one secara live dengan tiket murah. Thankz!!

Malas nak cerita panjang, sebab banyak gambar nak dipamerkan ni. Tapi ada satu gambar special yang khas untuk blogger merebut souvenir. Hendak tahu lebih lanjut, mari kita saksikan gambar-gambar Petronas Malaysia Grand Prix 2012

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new