mie: April 2011

30 April 2011

66 Gambar Perkahwinan Diraja Prince William & Kate Middleton

Salam 1 Malaysia!! Kita bersiaran di Buckhingham Palace untuk menyaksikan perkahwinan Diraja Prince William dan Kate Middleton (mode berangan). Hari ni, kebanyakkan muka depan surat khabar semuanya ada gambar Prince William dan Kate Middleton.

Dari Metro, China Press, Star dan macam-macam lagi. Memang betul-betul "Wedding Of The Year". Sehingga mendapat liputan meluas seluruh dunia. Mari saksikan gambar-gambar sekitar perkahwinan diraja Prince William dan Kate Middleton

26 April 2011

61 The Great ChurpChurp Race Winner

 Salam 1 Malaysia!! Nak menang Ipad 2, Blackberry Bold, Ipod Touch ataupun tiket wayang? Apa lagi, jom sertai "churpchurp race". Hanya tiga langkah mudah untuk menyertai dan memenangi salah satu hadiah menarik. [Klik pada gambar]

Nasib baik pelumba-pelumba yang lain tidak jauh dari aku. Boleh juga mencabarnya!! Ini antara pelumba yang sedang bersaing dengan aku [mappiau] [arifshah] [zie madini] [qeat]. pelumba yang lain telah jauh meninggalkan aku. Jom ikuti langkah untuk sertainya.

25 April 2011

68 Perang Promosi Dan KFC Voucher Online

 Salam 1 Malaysia!! KFC, A&W, McDonalds, Pizza Hut, Secret Recipe dan Burger King. Mana satu pilihan anda? Perang promosi sedang giat dilancarkan. Walau bagaimanapun, sambal belacan tetap menjadi pujaan hati ku.

Macam-macam bentuk promosi giat dijalankan, demi menarik perhatian pelanggan. Adakah semua ini berbaloi? Ditambah pula dengan penyediaan "online voucher". Jom kita lihat senarai promosi dan Voucher online yang disediakan.

23 April 2011

71 Macarons From Angel Cupid Kitchen

 Salam 1 Malaysia!! Peringatan!! Entry ini bukan untuk buat anda jelous lagi. Ianya sekadar berkongsi kemenangan "Holiday Giveaway 2011" dari Cik Puan Rina. Hadiahnya samada Macarons ataupun Red Velvet Cupcakes. Mcarons juga yang menjadi pilihan.

Cik Puan Rina merupakan antara pembuat kek dan manisan terbaik. Jika ingin merasa keenakkan hasil tangan Cik Puan Rina, boleh menempah di "Angel Cupid Kitchen". Jika berminat mengikuti kelasnya macarons, boleh rujuk blog Cik Puan Rina. Jom mencuba macarons free!!

21 April 2011

86 Hadiah Dari Air Asia (Twitter Contest)

 Salam 1 Malaysia!! Terima kasih Air Asia. Kali ini terpilih pula sebagai pemenang untuk "contest twitter Air Asia". Bukan sahaja di blog ataupun facebook saja ada contest, di twitter pun banyak contest diadakan. Jom ramai-ramai buka akaun twitter.

Contest dari Air Asia sangat mudah!! hanya memberi jawapan paling kreatif untuk slogan "What Friday means to you?". Hanya 5 pemenang akan dipilih. Alhamdulillah, menjadi salah seorang darinya. Nak tahu apa hadiahnya?

20 April 2011

88 Penginapan Percuma Di Hotel De ART

 Salam 1 Malaysia!! Kita kembali dengan special entry buat Hotel de ART. Kenapa mesti special? Ini disebabkan aku telah di sponsor oleh Hotel de ART untuk menginap disana sambil memilih bilik superior deluxe yang menjadi pilihan.

Hotel de ART, Shah Alam merupakan hotel bertemakan seni yang pertama di Malaysia. Mempunyai pelbagai corak bilik dengan harga yang berpatutan, (RM88 hingga RM188). Untuk kali ini, aku telah memilih "Pharaoh's Conquer" yang lebih kepada ancient greek style.

19 April 2011

59 Adakah Ini Keretapi Baru KTMB?

 Salam 1 Malaysia!! Macam sudah lama tak update blog tapi banyak entry yang tertangguh. Benarkah KTMB ada keretapi baru? Keretapi "british style"!! Sempat juga tangkap gambar keretapi "berwarna hijau" di Stesen keretapi Ipoh.

Tak pernah pula tahu kewujudan keretapi "warna hijau" ni. Tapi. konsep dalamnya nampak menarik!! kalau tak silap, badan keretapi ada tertulis "Eastern & Oriental Express". Ada sesiapa tahu kewujudan keretapi ni? Tiba-tiba teringin pula nak naik keretapi ni.

17 April 2011

72 Big Apple Voucher From Alamanda Putrajaya

 Salam 1 Malaysia!! Akhirnya, sampai juga Putrajaya walaupun hampir tersesat. Maklum la, tak ada sesiapa nak bawa pergi Putrajaya sebelum ni. Pergi Putrajaya atas urusan yang penting. Destinasi kali ini adalah Alamanda Shopping Centre. 

Tujuan sebenar nak ambil goodies dari Alamanda Putrajaya. Setelah dicabut undi, dapat "half dozen Big Apple". Agak-agak berapa harganya? Ingat nak bagi saja pada hero & heroin Putrajaya tapi heroin tu tengah diet. Apa donut yang dipilih?

15 April 2011

44 Takeaway Bukhara Briyani @ Sepang International Circut

 Salam 1 Malaysia!! Kita kembali cerita berkaitan Malaysian Grand Prix F1. Tapi kali mengenai makanan yang terdapat disana. Banyak sebenarnya makanan yang disediakan, aku cuma tertarik "box set" dari Syed Bistro "The One And Only".

Box set menarik, makanan pun sedap. Tapi outlet Syed Bistro susah juga nak jumpa luar dari Kuala Lumpur. Antara outlet Syed Bistro terletak di Subang, Shah Alam, Kelana Jaya, Petaling Jaya dan Bangsar. Pernah juga memenangi Entrepreneur Award 2010.

14 April 2011

82 Apa Uniknya i-city Shah Alam?

 Salam 1 Malaysia!! Sudah lama rasanya pergi i-city Shah Alam. tapi bau hari ini berkesempatan nak kongsi gambar lampu-lampu i-city Shah Alam. First time datang i-city, tak tahu la pula kena bayar untuk masuk kawasan ni. Bayaran RM10 untuk setiap kereta.

Terbaca juga dalam blog Eyriqazz tentang perkara yang tidak disukai di i-city. Ada juga kebenaran di situ. Apa yang menjadi persoalan, mengapa pelancong luar kurang datang ke i-city? Mari sama-sama berfikir sambil menghayati gambar warna warni i-city Shah Alam.

13 April 2011

42 Malaysia Grand Prix Concert RAIN Live

 Salam 1 Malaysia!! Keputusan F1 Grand Prix Malaysia 2011 sudah diketahui. Alang-alang dapat ada tiket Formula One, dengan automatiknya dapat join Konsert Rain di Sepang. Memang tak dinafikan, ramai yang hadir terutamanya peminat Kpop.

Konsert dimulai dengan catwalk finalist Ford Model yang tergeliat pinggang. Diikuti pula dengan persembahan Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne. Dominic Lau dari E! News mengacarakan konsert kali ini. Akhirnya, muncul juga Rain di pentas.

12 April 2011

60 Gambar & Keputusan Formula One Grand Prix Malaysia 2011

Salam 1 Malaysia!! Formula One Grand Prix Malaysia telah melabuhkan tirainya. Teruja sedikit datang Sepang International Circuit ni. Pertama kali datang tengok F1, banyak benda yang tak dijangka. Yang itu kita cerita kemudian.

Untuk kali ini, mari kita saksikan gambar dan keputusan Formula One Grand Prix Malaysia 2011. Tahun depan, pasti tidak akan lepaskan peluang menyaksikan F1 lagi. Ada sesiapa mahu sponsor pula?

10 April 2011

72 Petronas Malaysia Grand Prix F1 2011

 Salam 1 Malaysia!! Formula 1 GP  malaysia kembali menggegarkan arena litar Sepang. Pasti ramai peminat F1 tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pasukan pilihan mereka. Seperti biasa, pilihan aku semestinya Lewis Hamilton (McLaren).

Bagaimana pula pilihan anda? Jom ramai-ramai saksikan Formula 1 yang akan berakhir pada 10 April ini. Terima kasih buat abang ipar aku yang sudi belanja tiket yang bernilai RM???. Adakah ini balasan untuk tiket konsert Maher Zain ? Bukan satu tiket tetapi, saksikanlah sendiri!!

8 April 2011

48 Keyword Bulan March 2011

Salam 1 Malaysia!! Setiap bulan pasti dikemaskini keyword penting dalam blog ini. Hanya satu, mengharapkan tiada pencarian berunsurkan 18SX. Seperti keyword Januari dan Februari, blog ini masih aktif dalam pencarian di dunia internet ini.

Kad ucapan 3d, masih mengungguli carta keyword terhangat. Walaupun dunia IT kian berkembang, tapi masih ada yang menjadikan kad sebagai perantaraan. Bencana seperti gempa bumi di Myanmar turut menjadi topik penting. Satu-satu bencana di muka bumi ini.

6 April 2011

98 Air Terjun Kampung Perigi Dalam Filem CUN

Salam 1 Malaysia!! Alamak, terlupa nak update blog. Maklum la, sibuk dengan hal yang tak dapt dielakkan. Dalam kesibukan tu, sempat lagi menonton filem CUN kat cinema. Tiket free Filem CUN masih ada, hanya boleh digunakan di TGV Cinema. Siapa nak ikut?

Tengah layan aksi romantik Maya Karin dan Remy Ishak, tiba-tiba nampak macam familiar saja air terjun dalam filem CUN. Air Terjun Kampung Perigi!! Air dari Gunung Jerai yang memang serasi dengan tubuh badan ku. Jom tengok kebenarannya.

3 April 2011

61 I Am Number One

 Salam 1 Malaysia!! Tajuk tidak ada kaitan dengan sequel filem I am number Four. hanyalah penghargaan untuk diri sendiri. Bulan March menjadi satu titik lonjak bila dinobatkan sebagai top komentar dalam blog Teh Ramuan dan Kisah Beruang.

Tak perasan la pula, banyak rupanya komen. Untung komen kedua-dua blog ini, sebab ada feedback balik bila di komen. Tambahan pula, banyak informasi yang dikongsi. Memang berbaloi bila jad top komentar di blog Teh Ramuan dan Kisah Beruang.

2 April 2011

62 Hadiah Misteri Dari tupai.com.my

 Salam 1 Malaysia!! Walaupun suasana agak suram, tetap mahu update blog. Setiap yang pergi pasti akan pergi. Kita yang masih hidup, harus bersyukur kerana masih bernyawa lagi. Ingat lagi tentang entry "Menanti Hadiah Misteri Dari TUPAI"?

Akhirnya, telah selamat terima hadiah dari TUPAI. Ingatkan sikit sahaja hadiahnya tetapi dalam satu goodies bag. Agaknya apa isi dalam tu ye? Adakah set berlian Rafflesia ataupun kunci kereta Mini Cooper

1 April 2011

55 Manhattan Fish Market One Day Sale

Salam 1 Malaysia!! 1 April bukan untuk April Fool tapi hari makan "Fish n Chip". Manhattan Fish Market mengadakan promosi untuk satu hari sahaja. Harga asal RM 15.90 dan sekarang hanya RM6.99 saja. Jangan lepaskan peluang ke Manhattan Fish Market yang berdekatan.