mie: May 2010

22 May 2010

21 :: hubungan sulit membawa bahagia ::

 waduh!!! rasa tak selesa pula bila tak update blog ni. nasib baik ada starbuck berdekatan hotel ni. entry ini di update @ starbuck PWTC. sepeninggalan aku dari dunia blog ni, nak ajak blogger yang rasanya belum aku listkan lagi. jom la kita exchange link. boleh la pergi ke blog "exchange link" aku dengan press button sebelah kiri blog ini seperti gambar diatas.

21 May 2010

28 :: cinema mode: andartu, shrek & belukar ::

haloha!!! semalam aku telah mencatat rekod baru dengan runway movie di pawagam berhampiran. maklum la, tengah kelam kabut ni. so, nak tenangkan hati, layan movie je la. antara movie yang berjaya diterjah adalah  "andartu terlampau", "shrek forever after" dan "belukar". kira seharian menghabiskan masa di cinema. 

20 May 2010

26 :: ada apa dengan sooka central ::

 haloha!!! agak-agaknya, aku ni ketinggalan zaman rupanya. baru perasaan ada sebuah bangunan yang mmenarik sebelah kl sentral. ia lebih dikenali sebagai sooka central. terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti gymnasium, spa, saloon, restoran dan macam-macam lagi. agak menarik juga tempatnya walaupun kecil sedikit.

19 May 2010

18 :: ronda-ronda kuala lumpur ::

 fuh!!! disebabkan kapal delay. aku dengan rela hatinya malas nak stay dekat hotel lama-lama. bergerak pulang ke kedah!! tapi sebelum tu, kena la ronda-ronda kotaraya dulu. kali ni, Times Square menjadi pilihan. sempat juga tengok filem " A Nightmare On Elm Street". boleh tahan juga la ceritanya tapi aku rasa macam blur saja. mungkin ada adegan yang dipotong agaknya.

17 May 2010

26 :: stay @ legend hotel PWTC ::

 ya salam!! entr ini di update dengan menumpang wifi free kl sentral. terima kasih kl sentral!! sepatutnya, sekarang aku berada di atas kapal Seri Ayu. atas sebab tertentu, pemergian aku ke sana terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. tapi kalau nak di ikutkan agak lama juga. habis tu, aku nak makan apa? setakat breakfast saja yang disediakan.

so, dengan ini, mengambil keputusan pulang ke kampung sebentar. lepas ini, terpaksa la minta flight direct dari Kedah. rasanya, malas juga la ulang alik ke Kuala Lumpur lagi. menghabiskan beras saja. lagipun, kenapa la asyik dapat bilik yang mahal-mahal je. confirm la company malas nak bagi stay lama. hehe!! legend hotel ni menarik tapi perkhidmatan internet je yang tak berbaloi.

14 May 2010

46 :: seri ayu preparation ::

 haloha!!! sempat lagi update blog ni walaupun sibuk prepare barang. lagipun, tak ada pula checklist. cuma terpikir benda-benda yang perlu digunakan je. kalau ikutkan checklist, tak cukup satu luggage ni. kali ni, biar gambar la bercerita segalanya. ada sesiapa mau tolong kemas?? seri ayu, i'm coming...

13 May 2010

31 :: dulu anggun bergaya, kini ayu rupawan ::

 ya salam!!! dua hari lepas, aku telah melapor duty di Kuala Lumpur menanda tamatnya cuti aku ealaupun terlajak beberapa minggu. so berdasarkan hint yang lepas, kali ini aku akan servis dekat kapal Seri Ayu. mungkin seperti biasa la, servis aku selama 7-8 bulan disana. lagipun kapal Seri Ayu tak jauh bezanya dengan kapal Seri Anggun yang aku naik sebelum ini.

12 May 2010

31 :: short trip @ kuala lumpur ::

 fuh!!! penat sungguh hari ni, baru saja sampai Kedah. aku cuma berada di Kuala Lumpur selama 18 jam sahaja. lagipun, ini bukan lah trip untuk melancong mahupun membuat konsert di sana. hanyalah untuk melapor duty setelah agak lama bercuti.

10 May 2010

24 :: menghilangkan diri sementara waktu ::

haloha!!! dalam masa dua tiga hari ni, mungkin aku terpaksa menghilangkan diri sekejap sambil memikirkan masalah negara. biasa la, dulu cita-cita nak jadi Perdana Menteri. Tapi apakan daya, jodoh tak ada. ada hal yang perlu diselesaikan. alaa, hint yang aku bagi dalam entry yang lepas. agak-agaknya, ada ke yang tahu?hehehe

8 May 2010

32 :: kenapa perlu pakai pampers ::

 fuh!!! pelik benar suasana dekat tesco hari ni. berduyun-duyun orang beli pampers. bukan satu atau dua kotak je. ni sampaikan 2-3 troli!!! baby yang pakai pampers ataupun satu keluarga yang pakai. masalahnya, cuma pampers brand "mamy poko saja yang diborong. adakah ini musim mamy poko promotion?? berbalik pada tajuk, korang tahu, apa sebab utama kena pakai pampers??

7 May 2010

32 :: tag and hint ::

 fuh!!! semakin hari semakin sibuk rasanya. mcam tak cukup pula 24 jam satu hari. perlukah ditambah 25 jam sehari? hehehe!!kesibukan ini memerlukan penumpuan sepenuhnya. ok la, hint seperti gambar dia atas. adakah korang tahu apa punca kesibukkan aku sejak akhir-akhir ni. teka jangan tak teka!!!

6 May 2010

52 :: bila panda mula berbicara ::

waduh!! hari ni rasa malas saja nak update blog ni. nak kena prepare banyak benda. so, terpaksa la utamakan benda yang penting dulu. tapi blog kena update juga, baru la boleh join blogger tegar!!hehe. jom la layan gambar-gambar panda berseloka

5 May 2010

40 :: ibuku semakin muda ::

 Tanggal 5 May 1960, lahir lah seorang puteri dari keluarga Dato Aziz dan Datin Aisyah (pangkat yang diberikan oleh cucunya) yang diberi nama Madam Hatijah. Seperti biasa tiada sambutan parti di night club mahupun di hotel-hotel terkemuka. hanya sebuah kek tersedia memang dah jadi lumrah keluarga ini bila menyambut "happy birthday"

4 May 2010

40 :: honeymoon di vietnam ::

 panas sungguh sekarang ni!!! sampai bila agaknya "global warming". terasa pula nak berendam sambil menikmati pemandagan yang indah. teringin pula nak pergi ke "six sense hideaway Ninh Van Bay" di Vietnam. bila tengok gambar-gambar pun dah selesa. boleh juga dijadikan salah satu tempat honey moon ni.

3 May 2010

26 :: fifa world cup 2010 ::

 FIFA world cup 2010 akan diadakan di South Africa pada tahun ini. sebanyak 32 negara yang terpilih menyertai world cup 2010 ini. ia berlangsung selama sebulan dari 11 June hingga 11 July. setiap negara dibahagikan kepada 8 kumpulan. Antara negara-negara yang terlibat world cup 2010 ini adalah England, Itali, Spain, Portugal, France, dan banyak lagi. 

2 May 2010

22 :: jogging @ pantai murni ::

 aduh!!! letih semacam pula hari ini. dah lama tak berjogging, tiba-tiba hari ini rasa hyperactive pula. so, jogging sambil menghirup angin laut best juga. terus menuju ke destinasi, Pantai Murni. ada la dalam 4-5 round je jogging tu, pastu exercise sikit. then, cuba juga praktikkan senaman punggung dan senaman kempiskan perut. hehehe!!!

penat jogging dan exercise, masa untuk menghayati keindahan alam flora dan fauna. nasib baik camera sentiasa di bawa. maklum la, tengah berjinak-jinak dalam dunia fotografi ni. lagipun, bukan selalu nak jogging di Pantai Murni ni. jom kita terjah gambar-gambarnya.

1 May 2010

41 :: blog diserang virus malware? ::

 ya salam!!! sekarang ni, makin kerap pula aku blogwalking. bila-bila blogwalking ni, macam-macam kerenah boleh jumpa. ada yang terlebih feeling, ada yang sentiasa memberi informasi terkini dan ada juga yang cuba membangkitkan isu-isu semasa. selalunya, blogger yang datang blog aku ni, aku akan ziarah balik.