mie: February 2010

28 February 2010

2 :: if i were a millionaire ::


wahh!!! bagus juga ada contest ni.... ada idea juga nak update blog.... contest ni, aku ushar kat blog aduka!!! jangan salah sangka, setiap kali nama aduka.... mengapa mesti nama aduka teruna dipersoalkan.... contest ini cuma mahu tahu angan-angan ataupun impian jika kita seorang jutawan..... untuk pengetahuan lanjut, klik pada banner atas ni.... ok la, jika aku seorang jutawan.....

26 February 2010

6 :: gambar tensi-she punya contest ::



syarat syarat adalah seperti berikut :
  1. create an entry bertajuk "gambar tensi-she punya contest".tidak wajib untuk membuat sticky entry pejadah suma.just satu entry pon sudah cukup.
  2. no elaboration needed. nak bebel panjang panjang its up to you.but i dont read it.
  3. please take note : gambar hendaklah muka anda seorang.tak nak dua atau tiga.kalau ada kembar sama rupa pon tak nak ok?oh lupa.gambar mestilah bertema kan TENSION.tak kesah la tension belajar ke,test ke,sembelit ke..
  4. kalau korang upload byk byk pon,saya cume akan menilai gambar yang paling latest.but if dalam satu entry tuh ada suplo gamba,saya amek yang paling atas sekali.
  5. sila copy and paste gambar contest ni dan link kan kepada blog ini.
  6. this contest will be end on 31 march 2010.atau kata lain nya,akan tutup bile orang dah start post kat wall fb:april fool.ade ke?;p
  7. hadiah dirahsiakan.tapi jangan risau hadiah bernilai RMXX keatas. 
so, gambar yang dipertandingkan adalah!!!!

4 :: you've got style contest ::

jom join contest!!! lagipun, simple je ni.... lagi ramai, lagi meriah.... untuk maklumat lanjut, klik banner atas ni...

Syarat-syarat Penyertaan

1. Terbuka kepada sesape saje yg ada blog tak kira lelaki atau perempuan.
2. Jadi follower Eynda's Diary dan link kan blog anda dengan Eynda's Diary.
3. Letakkan Banner di atas di side bar blog anda beserta link ke blog Eynda's Diary.
4. Buat entry mengenai contest ini dgn tajuk "You've Got Style Contest" dan anda juga perlu ada  backlink ke blog eynda.
5. Letakkan sekeping gambar individu anda yg anda rasa ada bila orang tengok orang akan cakap "Wooo ada style lah!!" Tak kisah la posing cemana pun janji gambar diri sendiri & gambar penuh ye...gambar sekerat cemana nak tengok ada style ke tak hihi...
6. Bila dah buat semua tu sila tinggalkan jejak kat komen entry ni beserta link ke entry anda tu...supaya senang eynda nak gi check satu...satu....
7. Penyertaan akan ditutup pada 15/2/2010  1/3/2010 tepat 11.59pm kerana selepas tarikh itu poll akan dibuka bila2 masa utk undian cari pemenang.

so, photo yang dipertandingkan adalah!!! 

25 February 2010

6 :: barang exclusive Nabi Muhammad SAW ::

salam....
sempena menyambut maulidur rasul pada esok hari..... di sini, aku nak kongsi antara barang-barang exclusive tinggalan Nabi Muhammad SAW..... kita semua tahu bahawa baginda sememang nya mendapat tempat di syurga tertinggi..... namun begitu, harta benda bukanlah tujuan utama beliau.....gambar-gambar ini bertujuan untuk muhasabah diri kita dan jangan terlalu taksub dengan duniawi..... (klik pada gambar untuk tumbesaran) riwayat Bukhari dan Muslim;
Ya Allah!! berkati lah Muhammad SAW dan keluarga Muhammad SAW sebagaimana engkau telah memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah

24 February 2010

21 :: aku mahu kahwin ::

salam....
baru-baru ini, aku ada dapat email tentang perkahwinan!!! semua orang tahu, perkahwinan itu indah.... dilayan seperti raja dan permaisuri..... tapi bersediakah kita untuk berkahwin?? persoalan itu sentiasa bermain-main bila umur sudah menjangkau 20-an.... tapi, kita ada keyakinan ke untuk mengakhiri hubungan percintaan ke jinjang pelamin?? banyak perkara yang perlu di titik beratkan.... oleh sebab itu lah, ramai yang belum berkahwin walaupun bertahun-tahun di alam percintaan.... antaranya;

22 February 2010

16 :: toshiba satellite vs HP pavilion ::

haloha....
hari silih berganti, masa tetap berlalu.... laptop "toshiba satellite M200-E4112" aku kini bertukar tangan..... disebabkan my sister memerlukan laptop, aku telah menjual laptop aku dengan separuh harga..... walaupun laptop itu baru setahun jagung..... dan banyak berkhidmat untuk aku...... tapi, demi kebaikan nya..... biarlah ia bertukar tangan...... so, aku terpaksa mencari laptop baru..... walaupun tengah sengkek sekarang ni.... hahhahaa!!!

21 February 2010

18 :: firdaus vs fatimah ::

salam....
sejak akhir-akhir ni.... banyak pula aku dengar tentang kisah pertunangan dan perkahwinan.... tak lupa juga member sekolah aku.... ada yang sudah bertunang.... ada yang sudah berkahwin.... dan ada juga yang mendapat cahaya mata..... cepat sungguh masa berlalu.... awal-awal pagi aku dapat kad jemputan perkahwinan "schoolmate" aku.... iaitu Firdaus dan Fatimah ....

20 February 2010

10 :: sea wave storm ::

salam.....
aku dan laut!!! memang tak ada perbezaan nya..... kalau nak ikutkan sekarang ni, hidup aku lebih lama di laut bebanding dengan darat.... mungkin sebab itu la aku tidak dikenakan cukai.... adilkah??? memang ini yang termaktub dalam undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)..... kadang-kadang rasa bertuah juga la hidup sebagai pelaut ni..... tapi ada juga risiko nya!!! macam-macam la dugaan nya..... apa pun, hidup harus diteruskan!!!hehehe.... di sini cuma nak share gambar-gambar "storm" dekat laut..... saksikan lah!!!!

19 February 2010

30 :: the wolfman ::

haloha....
musim menonton wayang tiba lagi!!!! kali ini, filem "the wolfman".... tak ada la gempak sangat..... tapi banyak aksi-aksi yang mengejutkan..... disarankan bagi yang lemah jantung tu, berfikir dua tiga kali dulu la..... kalau tak silam, filem ini di spefikasikan sebagai umum..... memang la semua boleh tengok..... kalau asyik terkejut je, sound dalam cinema tu pun gempak..... mana tak terkejut nya.....

18 February 2010

20 :: angpow collector ::

haloha.....
terlambat pula nak update blog hari ni.... biasa la, tengah kira angpow ni.... walaupun xde la banyak sangat!!!hahaha.... tak kira la "tahun baru cina" mahupun "hari raya puasa".... angpow semestinya kena ada.... tapi bukan hanya untuk budak-budak saja.... boleh juga diberi kepada teruna & dara.... maksudnya, selagi tak berkahwin, selagi itu la dibenarkan untuk menerima angpow....

17 February 2010

28 :: family barbeque ::

salam.....
sempena cuti tahun baru cina ni.... family aku telah merancang buat bbq bersama-sama sanak saudara.... almaklum la, masa ni la satu family nak berkumpul.... kalau nak tunggu hari raya, mesti aku tak ada nya!!! kitaorang cadang nak buat bbq dekat Chalet Salak Denai.... tapi tempat dah penuh la pula.... so, tukar plan pergi ke Pusat Peranginan Titi Hayun....

16 February 2010

16 :: rumah kedai hangus terbakar ::

sejak akhir-akhir ni, bumi ini terasa panas saja..... sudah beberapa hari hujan tidak turun.... adakah lapisan ozon semakin nipis??? ataupun penanda msim kemarau akan tiba??? sebut tentang kepanasan ni, tadi aku baru menyaksikan kebakaran deretan rumah kedai di pekan Sungai Limau semasa aku dalam perjalanan ke Alor Setar.... dasyat juga kebakaran itu, sehinggakan laluan terpaksa ditutup buat sementara waktu saja.....

15 February 2010

31 :: result mietos lucky draw ::

wah!!!!
mesti ramai tertunggu-tunggu result untuk lucky draw baru ni ye!!!! jangan risau, aku takkan mungkir janji.... sekarang, hadiah bertuah sedang menanti anda semua.... dan kini cabutan telah diadakan.... dan kita sudah ada peserta yang bertuah!!!! kita lihat, siapa yang kena....

14 February 2010

20 :: percy jackson & the lightning thief ::

salam....
kali ini dalam mode wayang lagi walaupun orang lain sibuk denga "sale" dan "chinese new year"..... maklum la, ada cinema baru yang dibuka di village mall.... so, pergi je la try tengok condition dan service kat sana.... not bad!!!xkisah la harga tiket mahal sikit.... tapi selesa dan menarik..... cuma ada filem chinese dan hollywood saja.... tak dapat la nak melayan cerita melayu hari ni....

13 February 2010

167 :: mietos lucky draw ::

sekarang ni, semua sibuk mengadakan contest..... maybe sebab dunia blog ini semakin berkembang..... ataupun nak naik rating blog!!!tapi bagi aku, hanya lah hiburan sahaja.... maklum la, bukan nya dapat bersama blog sepanjang masa.... aku pun selalu sertai contest2.... tapi mengikut kerajinan la!!!so, disebab kan aku ada souvenier yang tertunggak.... disini aku nak buat "MIETOS LUCKY DRAW".... jom la join!!!

12 February 2010

12 :: cinema mode vs accident ::

hari ni, tak dapat la nak membuat record online 24jam.... boleh pula blackout!!!rasanya mesti lambat diorang nak baiki ni.... so, lebih baik gi tengok wayang..... movie pertama!!! lu pikirlah sendiri on movie..... lagipun, ini saja cerita melayu yang ada kat cinema ni.... so layan la!!!malas la aku nak review tentang cerita ni.... kalau korang nak tau, pergi la tengok sendiri.... lepas tu baru tau best ke tak... hahahaa!!!

11 February 2010

11 :: us visa ::

eh!! rasanya dah lama tak update blog.... blogger lain macam nak xnak je masuk blog ni.... maklum la, dulu boleh dikatakan tiap-tiap hari update.... masalah nya, sekarang ni sibuk sikit.... macam-macam benda nak kena buat.... satu perkara dah siap!!! aku dah dapt US visa.... nanti boleh la turun jalan-jalan kat US.... sebelum ni, kena duduk atas kapal je!!! habis RM492 aku habis nak buat visa ni.... kena claim kat office la nampaknya.... hehehe!!!

8 February 2010

14 :: fly emirates ::

salam.....
rasanya lebih kurang satu bulan lebih aku bercuti..... masih tak tentu hala arah mana nak ditujui!!! maklum la, duit habis dibelanjakan..... so, tak dapat pergi berjalan-jalan la aku tahun ni..... niat hati nak pergi ke dubai dengan pesawat emirates.... tapi tak berbaloi la pula!!!mahal gila harganya..... memang dah lama teringin nak menaiki pesawat emirates.... ada sesiapa nak sponsor??? hahaha!!!

6 February 2010

16 :: birthday's present ::

salam.....
terlupa lagi aku nak update blog ni!!!penat pun tak hilang lagi.... baru je sampai rumah!!!banyak juga story yang tertunggak ni....so, kali ni aku cuma nak paparkan antara hadiah-hadiah yang aku terima sempena birthday aku yang lepas.... sebelum tu, terima kasih la untuk yang memberi hadiah ni..... tak lupa juga yang hanya wish (berjimat tak nak bagi hadiah)..hahahaa!!! inilah hadiah2 yang terpilih....
kek secret recipe pun boleh dijadikan hadiah???walaupun baru je lepas makan kek

1 February 2010

12 :: terletup terbakar terkesima ::

haloha.....
rasanya dah lama xupdate benda biasa ek!!!!asyik update contest je.... biasa la, mood ber'blog' baru nak kembali normal.... sejak akhir-akhir ni, kerap pula aku jupe tempat kebakaran..... bila lalu je jalan ni, ada saja kawasan kebkaran!!!bertuah aku ni.... oh tidak!!!!