"Lagi-lagi cerita tentang kahwin. Dah gila nak kahwin kot tuan blog ni!!" bila tiga entry kahwin berturut-turut. Nak buat macam mana, tengah musim kahwin sekarang ni. Tambah-tambah, member sebaya pula yang kahwin. Ini baru bulan November, bulan Disember lagi banyak jemputan. Nak tak nak, blog ni jadi blog kahwin la buat sementara waktu. hehe!!!
Kali ni, member SMKAY lagi. Pak Jan ataupun nama sebenarnya "Mohd Jannatul Firdaus". Last aku jumpa Pak Jan, masa ambil result SPM. Bila jumpa balik, macam tak kenal la pula. Maklum la, bila bahagia ni.. semua mengembang. hehehe!! Tahniah Pak Jan!! Semoga kekal hingga akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata
.jpg)


.jpg)






















