mie: May 2011

24 May 2011

56 Liverpool Asia Tour 2011 @ Malaysia

 Salam 1 Malaysia!! Tahniah buat pasukan McLaren kerana berjaya untuk tempat kedua dan ketiga Formula One di Barcelona. Berita sukan kini kembali, Liverpool telah menetapkan malaysia sebagai salah sebuah negara yang dikunjungi sempena "Liverpool Asia Tour 2011".

Selain Malaysia, China dan Korea Selatan juga turut terpilih antara negara Asia yang akan dijelajahi pasukan Liverpool. Standard Chatered bank sebagai salah satu penaja mengadakan beberapa tawaran, khususnya buat peminat pasukan Liverpool. Antaranya "Exclusive Cocktail Event", "VIP Tickets and Hospitality" & "Exclusive Meet and Greet Passes".

22 May 2011

50 Gambar Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa

Salam 1 Malaysia!! Al-Fatihah buat anak-anak yatim Al-Taqwa yang terkorban. Terasa hiba bila mengetahui tentang tragedi tanah runtuh di Hulu Langat. Berasa semakin hiba lagi bila mangsa tragedi tanah runtuh merupakan anak-anak yatim.

Hanya Al-Fatihah saja yang dapat diiringi buat anak-anak yatim Al-Taqwa yang terkorban. Semoga kerajaan dan pihak-pihak tertentu dapat membantu memulihkan segalanya. Gambar-gambar tragedi tanah runtuh di Hulu Langat ini mengingatkan kita "Setiap yang datang pasti akan pergi".

21 May 2011

32 Voucher Percuma McChicken Dari Macdonalds

Salam 1 Malaysia!! Apa program hujung minggu ini? Menonton wayang "Nur Kasih The Movie" ataupun "Kongsi". Banyak pula filem menarik yang ditayangkan. Ada sesiapa ingin belanja tiket free ataupun menjemput aku sekali?

Sebagai upahnya, aku kongsi voucher percuma dari Mcdonald. Inginkan voucher percuma McChicken dari Macdonalds? Sesuai untuk pengguna internet yang selalu menggunakan wifi free di Macdonalds. Jangan lepaskan peluang!! Ini lah vouchernya

19 May 2011

36 Nur Kasih The Movie Kini Di Pawagam

Salam 1 Malaysia!! Nur Kasih The Movie kini sedang ditayangkan. Pasti ramai peminat drama Nur kasih sedang membanjiri pawagam. Tapi aku pula tak dibenarkan menonton cerita ini. Nak kata 18SX tapi baru saja masuk 19 tahun. Tapi cerita ini untuk tontonan umum. Ini tidak adil!! 

17 May 2011

50 Selamat Hari Guru

Salam 1 Malaysia!! "Selamat Hari Guru" dan "Happy Teacher Day". Inilah ungkapan yang paling popular pada setiap 16 May. Sudah jadi tradisi memberi hadiah sewaktu Hari Guru walaupun itu bukan yang diimpikan. Apa hadiah untuk guru-guru anda?

Dikesempatan ini, nak ucapkan "Selamat Hari Guru" @ "Happy Teacher Day". Walaupun tak banyak buat masalah, tapi tetap hendak mohon ampun dan maaf. Mungkin ada kata-kata yang terguris hati terutamanya untuk guru-guru yang pernah mengajar aku di sekolah.

14 May 2011

32 Mengidam Kuih Tradisional Sabah

 Salam1 Malaysia!! Tweet tweet.. Ada sms. Posto posto.. Posmen sampai. Dua benda yang sama, tapi dari orang yang berlainan. Sampai juga kiriman orang jauh dari Sabah ni. Sudah dua kali cukur misai, akhirnya dapat juga untuk merasa makanan tradisional Sabah.

Kuih cincin dan amplang!! Diberi percuma oleh Puan Sarinah a.k.a pepatung. Puan Sarinah juga turut menceburi bidang manik. Sesiapa yang ingin belajar ataupun menempah barangan bercorak manik, boleh melawat blognya di http://sarinahkongbeads.blogspot.com/

11 May 2011

54 Mini Cooper Gold Special Edition

 Salam 1 Malaysia!! Terima kasih yang sudi menjawab soalan pada entry yang lepas. Ramai juga cadangkan dihadiahkan doa untuk ibu sempena Hari Ibu. Tidak lupa juga yang mengharapkan dihadiahkan menantu. Tapi aku tertarik dengan satu hadiah ini.

Ianya mempunyai suka duka dalam kehidupan keluarga aku. Emas!! Adakah sesuai dihadiahkan untuk ibu? Cadangan dari bakal ibu. Sebenarnya, banyak kisah "emas" dalam keluarga aku. Sebelum itu, jom kita layan gambar "mini cooper gold" koleksi aku dulu.

9 May 2011

49 Gambar Suasana Keganasan USA Terhadap Osama Bin Laden

Salam 1 Malaysia!! Kecoh kisah kematian Osama Bin Laden. Kononnya ramai memuji kehebatan komando USA. Padahal lebih ramai yang mengeji tindakan USA ini. Tapi, masih ramai juga yang meragui kematian Osama Bin Laden. Adakah ini satu kontroversi USA?

Jika benar, hanya surah Al-fatihah dapat disedekahkan. Bukan menyokong tindakan pengganas, tetapi sebagai sesama Muslim. Sampai sekarang aku masih pening dengar berita dari USA yang banyak putar belit. Mari saksikan gambar kawasan serangan terhadap Osama Bin Laden.

5 May 2011

60 Happy Birthday & Selamat Hari Ibu Puan Hatijah

Salam1 Malaysia!! Selamat hari jadi Puan Hatijah. Itu saja dapat ku ucapkan. Alhmadulillah, usia mak aku tetap dipanjangkan. Bulan May merupakan sambutan hari ibu tapi bagi aku 5 May saja hari ibu. Tak kisah hari apapun yang penting itu hari jadi ibuku.

Seperti biasa aku akan beli kek, tapi disebabkan jauh. Hanya doa dan ucapan kasih sayang diucapkan. Selain doa, apa lagi hadiah yang sesuai untuk ibu? Sekiranya anda jauh dari keluarga. Ada apa-apa cadangan untuk hadiahkan pada ibu?

4 May 2011

56 Percuma!! Tiket Wayang Filem Seru

Salam 1 Malaysia!! Terima kasih TUPAI. Sekali lagi menang contest untuk filem SERU. Walaupun hanya saguhati, aku tetap terima. Ini kali kedua dapat hadiah dari TUPAI. Tak sia-sia walaupun hanya menyertai pertandingan yang mudah itu.

Sebelum ini, menang tiket wayang untuk filem CUN tapi pengantin baru yang dapat tengok percuma. Tiba-tiba termenang lagi tiket dari TUPAI. Kali ini tiket untuk filem Water For Elephant lakonan Robert Pattinson dan Reese Whitterspoon. Jom saksikan poster nya.

2 May 2011

46 Keyword Bulan April 2011

Salam 1 Malaysia!! Bulan April meninggalkan kita, kini kembali dengan bulan penuh kasih sayang. Seperti biasa, kad ucapan 3d sentiasa menjadi keyword emas dalam blog ni. Majoritinya menjadi entry yang sama dalam dengan keyword yang berkaitan.

Senaman kuruskan badan juga semakin diminati ramai. Mungkin kempen mencegah obesiti membuatkan ramai ingin menjadi kurus. Peminat bongsai juga tidak ketinggalan dalam blog ni. Walaupun hanya gambar-gambar bongsai saja dipamerkan.