Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts

Bunga Telur VS Bunga Ferero Rocher

Salam 1 Malaysia!! Penat kenduri kembali pulih. Kini sudah bersedia pergi kenduri di pihak lelaki. Keesokkan harinya, rombongan ke Klang akan disusuli. Diharap, kesempatan ke Klang boleh terlajak ke Putrajaya. Ada event special disana!!

Bunga telur diatas adalah pemberian "Mak Tam" yang memang menjadi tarikan pengunjung. Tambahan bagi pengumpul bunga telur. Bunga Ferero Rocher pula daripada kakak Faizah, sepupuku dari Kuala Lumpur. Seronok bila sanak saudara turut memeriahkan Majlis Perkahwinan kali ini.

Macam mana pula perkahwinan aku nanti? Ada sesiapa mahu sponsor sesuatu yang menarik? 

Feel Free To Fly Contest : Barangan Body Shop Untuk Dimenangi

 Ok!! mood contest kembali lagi. Saja suka-suka tanpa ada paksaan. Click pada banner untuk keterangan lanjut. Hadiah pun agak menarik, sekadar mencuba. Kalau ada rezeki tu, Alhamdulillah la. Setiap pertandingan, pasti ada hadiahnya. Inilah hadiah yang menjadi rebutan:

1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00

Bilakah Umur Ideal Untuk Berkahwin?

 Tahun 2010 kian melabuhkan tirainya. Majlis perkahwinan untuk 2010 telah selamat di hadiri. Yang tinggal hanyalah menunggu diri sendiri diijab kabulkan. Tapi bilakah? Agak-agaknya, bilakah umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga? 19 tahun? 25 tahun? ataupun 32 tahun?

Apapun, special entry untuk member-member SMKAY yang telah selamat diijab kabulkan. Tahniah diucapkan untuk Caet, Kaam, Shamil, Wani Mas dan Apityan. Nampak gayanya, tak semua majlis dapat dihadiri. Apapun, harap sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki. Amin..

Rahsia di Sebalik Nasi Kenduri Kahwin

Undangan ke Majlis perkahwinan lagi. Nampak gayanya, dapat juga menambah berat badan yang semakin hari semakin kurang ni. Zaman sekarang ni, bukan saja nasi minyak yang dihidang. Ada yang buat Nasi Arab, Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas, dan segala jenis nasi.Kalau macam tu!! Majlis aku nanti hendak cuba hidang Chicken Chop ataupun T-bone Steak la. Boleh ke?

Semalam, ada 5 kenduri member-member SMKAY. Yang sempat pergi hanya 3 buah saja. Cadangan untuk member yang nak kahwin pada hari yang sama, korang tempah dewan sekolah saja dah la. Buat sekali harung je, baru senang member nak datang. hahaa. Eh!! apa rahsia nasi kenduri kahwin?

Pengantin Muda, Tercabarkah Anda?

 Salam 1 Malaysia!! Tercabarkah? Bila gadis berumur 14 tahun merupakan antara pasangan "Pengantin 1 Malaysia". Usia kini tak menghalang untuk berumah tangga, yang penting sudah bersedia menjalankan tanggungjawab masing-masing. 

Minggu ini saja, tiga kenduri kahwin yang aku hadiri. Semuanya rakan semasa di SMKAY!! Tahniah diucapkan buat pengantin dan berharap kekal hingga ke akhir hayat. Minggu depan, ada lagu undangan. Nak kena cari hadiah kahwin lagi la. Sorang-sorang meniti gerbang perkahwinan. Agaknya, bila seru aku nak sampai?

:: projek rahsia malam pertama ::

 إن من أشر الناس عند الله منزلة يوم القيامة الرجل يفضي إلى امرأته وتفضي إليه ثم ينشر سرها

Dari Abi Said Al-Khudhri ra berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya seburuk-buruk tempat bagi manusia pada hari kiamat di sisi Allah adalah seorang yang berhubungan dengan isterinya kemudian menyiarkan rahsia itu. Jadi beringatlah semua!! rahsia rumah tangga, janganlah dijaja ataupun di post dalam "wall" facebook.


Bertuah sungguh tahun ni, aku dapat pergi majlis kawen member-member. Tahun-tahun sebelum ni, asyik terlepas saja. Habis kenduri, takkan nak pergi basuh pinggan mangkuk pula. So, ada la projeknya bila jumpa member-member lama. Maklum la, projek tengah malam. ahaha!!!

:: perkahwinan kali ke-? ::

 "Lagi-lagi cerita tentang kahwin. Dah gila nak kahwin kot tuan blog ni!!" bila tiga entry kahwin berturut-turut. Nak buat macam mana, tengah musim kahwin sekarang ni. Tambah-tambah, member sebaya pula yang kahwin. Ini baru bulan November, bulan Disember lagi banyak jemputan. Nak tak nak, blog ni jadi blog kahwin la buat sementara waktu. hehe!!!

Kali ni, member SMKAY lagi. Pak Jan ataupun nama sebenarnya "Mohd Jannatul Firdaus". Last aku jumpa Pak Jan, masa ambil result SPM. Bila jumpa balik, macam tak kenal la pula. Maklum la, bila bahagia ni.. semua mengembang. hehehe!! Tahniah Pak Jan!! Semoga kekal hingga akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata

:: kahwin juga akhirnya ::

 Tajuk entry ini bukan la perkahwinan aku tapi salah seorang member aku. Kalau aku tak pi majlis dia, memang kena santau la. Maklum la, member terbaik dari sekolah dan ada bau-bau bacang sikit dengan salasilah keturunan ni. Cik Siti Mariam!! opss, dah tukar nama. Puan Siti Mariam macam biasa la, aku malas nak cerita panjang-panjang. Biar gambar sahaja yang menjalankan rentaknya.

Moga Puan Siti Mariam berbahagia dengan suami tercinta. hehe!!! Cantik tema "hijau & putih".Tengah sibuk-sibuk makan, dapat pula undangan kahwin dari member-member. Sorang-sorang nak tamatkan zaman bujang. Tercabar pula rasanya. Tak kisah la, janji aku dapat pergi majlis member-member. 

:: othman wedding day ::

 salam 1 malaysia!! salam hari jumaat. Hari jumaat, kena la ceria-ceria selalu. Tahun ni saja, berpuluh-puluh member aku menamatkan zaman bujang. Agak-agaknya, tahun 2010 ni tahun "seruan perkahwinan" kot. Tapi, bila la seuan untuk aku pula. hehe!! 20 November lepas, Othman!! member SMKAY melangsungkan kenduri di sebelahnya.

Tahun ni, sempat juga la pergi majlis kawen member ni. Maklum la, setiap kali kenduri kawen member, mesti ada tengah laut. Macam dah dirancang pula. Seperti biasa, biar gambar je la meceritakan segalanya. Selamat berbahagia buat Othman dan isteri. Semoga kekal hingga ke titisan terakhir...

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new