mie: November 2010

30 November 2010

54 Dari Bintulu Ke Pasir Gudang...

 Salam 1 Malaysia!! Sebelum ni, aku ada cerita yang kapal Seri Ayu masuk Pasir gudang. Sekarang nak kongsi sikit gambar sebelum kapal masuk Pasir Gudang. Al-maklum la, first time sampai MMHE Pasir Gudang dan 2nd time menjejak kaki di Johor. 

Lebih kurang dua minggu saja berkampung disana. Tapi sempat juga la bawa family melawat kapal. Sebelum ni, mana pernah bawa sesiapa pun ada melawat kapal. Kira beruntung juga la sesiapa yang terpilih. haha!! Tapi yang aku pelik, ada satu Pulau misteri. Tempat apa tu? Rakyat Johor, tahukah anda??

29 November 2010

50 :: projek rahsia malam pertama ::

 إن من أشر الناس عند الله منزلة يوم القيامة الرجل يفضي إلى امرأته وتفضي إليه ثم ينشر سرها

Dari Abi Said Al-Khudhri ra berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya seburuk-buruk tempat bagi manusia pada hari kiamat di sisi Allah adalah seorang yang berhubungan dengan isterinya kemudian menyiarkan rahsia itu. Jadi beringatlah semua!! rahsia rumah tangga, janganlah dijaja ataupun di post dalam "wall" facebook.


Bertuah sungguh tahun ni, aku dapat pergi majlis kawen member-member. Tahun-tahun sebelum ni, asyik terlepas saja. Habis kenduri, takkan nak pergi basuh pinggan mangkuk pula. So, ada la projeknya bila jumpa member-member lama. Maklum la, projek tengah malam. ahaha!!!

28 November 2010

40 :: perkahwinan kali ke-? ::

 "Lagi-lagi cerita tentang kahwin. Dah gila nak kahwin kot tuan blog ni!!" bila tiga entry kahwin berturut-turut. Nak buat macam mana, tengah musim kahwin sekarang ni. Tambah-tambah, member sebaya pula yang kahwin. Ini baru bulan November, bulan Disember lagi banyak jemputan. Nak tak nak, blog ni jadi blog kahwin la buat sementara waktu. hehe!!!

Kali ni, member SMKAY lagi. Pak Jan ataupun nama sebenarnya "Mohd Jannatul Firdaus". Last aku jumpa Pak Jan, masa ambil result SPM. Bila jumpa balik, macam tak kenal la pula. Maklum la, bila bahagia ni.. semua mengembang. hehehe!! Tahniah Pak Jan!! Semoga kekal hingga akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata

27 November 2010

32 :: kahwin juga akhirnya ::

 Tajuk entry ini bukan la perkahwinan aku tapi salah seorang member aku. Kalau aku tak pi majlis dia, memang kena santau la. Maklum la, member terbaik dari sekolah dan ada bau-bau bacang sikit dengan salasilah keturunan ni. Cik Siti Mariam!! opss, dah tukar nama. Puan Siti Mariam macam biasa la, aku malas nak cerita panjang-panjang. Biar gambar sahaja yang menjalankan rentaknya.

Moga Puan Siti Mariam berbahagia dengan suami tercinta. hehe!!! Cantik tema "hijau & putih".Tengah sibuk-sibuk makan, dapat pula undangan kahwin dari member-member. Sorang-sorang nak tamatkan zaman bujang. Tercabar pula rasanya. Tak kisah la, janji aku dapat pergi majlis member-member. 

26 November 2010

32 :: othman wedding day ::

 salam 1 malaysia!! salam hari jumaat. Hari jumaat, kena la ceria-ceria selalu. Tahun ni saja, berpuluh-puluh member aku menamatkan zaman bujang. Agak-agaknya, tahun 2010 ni tahun "seruan perkahwinan" kot. Tapi, bila la seuan untuk aku pula. hehe!! 20 November lepas, Othman!! member SMKAY melangsungkan kenduri di sebelahnya.

Tahun ni, sempat juga la pergi majlis kawen member ni. Maklum la, setiap kali kenduri kawen member, mesti ada tengah laut. Macam dah dirancang pula. Seperti biasa, biar gambar je la meceritakan segalanya. Selamat berbahagia buat Othman dan isteri. Semoga kekal hingga ke titisan terakhir...

22 November 2010

28 :: megamind 3D vs harry potter ::

 Dah lama rasanya tak update blog ni. Siap ada yang suruh update blog. Terasa macam ada secret admirer pula. hehe!! so, jom review sikit movie yang baru layan ni. Megamind 3D!! memang best tapi tapi tak boleh tengok 2-3 kali. harga tiket untuk 3D terlalu mahal la pula. Maklum la, 1st time tengok wayang 3D. Itu yang rasa jakun sikit

9 November 2010

56 :: mini cooper berjaya dimiliki ::

 mini cooper!!! walaupun kecil, tetapi harganya jauh bezanya dengan bentuk tubuhnya. maybe disebabkan brandnya ataupun kecomelannya. dah lama nak mliki mini cooper ni, tapi apakan daya. harganya membuat aku berfikir 2-3 kali. kalau nak ditunggu hantaran perkahwinan sebuah "mini cooper". bisakah?maklum la, hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. kalau tak pergi mengais, kita mengail!!

7 November 2010

23 :: alor star di ishtihar darurat? ::

 Banjir kali ini adalah yang terburuk aku saksikan. Walaupun xda hujan, tapi paras air laut semkain lama semakin meningkat. Sampai melimpah ke jalan-jalan dan rumah-rumah yang berhampiran dengan Sungai Kedah. Ingat hari ni nak buat survey tentang "cenderahati perkahwinan", terpaksa pula cancel. Banyak kedai-kedai-kedai ditutup. Shopping Complex pun tutup!!! 

4 November 2010

22 :: Canon EOS 550D Jackie Chan 2010 ::

Canon China telah memperkenalkan EOS 550D Jackie Chan "Eye of Dragon" Special Edition. Rasanya dah lama diperkenalkan, cuma aku saja yang baru tahu. Semua "kit"nya dilengkapi dengan logo "Eye of dragon" dengan warna keemasan. Memang nampak agak stylo dan harganya pun terlampau stylo lebih kurang 10 000 Chinese Yuan. Yang pastinya, hanya 2010 unit saja yang dikeluarkan. Cepatlah dapatkan sebelum kehabisan stok!!!