Showing posts with label celcom sale. Show all posts
Showing posts with label celcom sale. Show all posts

Bonus RM25 Dari Celcom Dan Roadblock

 Wow!! Dapat bonus RM25 dari Celcom. Tapi perlu dihabiskan dalam masa dua hari. Agak-agak, boleh tak tukar dengan nilai untuk beli accessories Blackberry?Tidak pun, untuk barangan Nestle yang berkhasiat itu. Tak kisah la, janji sudah dapat RM25 dari Celcom. Mahu bergayut dengan sapa ye? haha!!

Tengah-tengah syok dapat bonus, ada pula roadblock di sepanjang jalan. Nasib baik la, aku ni pemandu dan pengguna jalan raya yang berhemah. Lesen update sampai tahun 2013!! pasti polis-polis tu kagum. haha!! Biasa la, polis pun kena la menjalankan tugasnya. Dengan itu, "Berhati-hati di jalanraya"

Iphone 4 ke Blackberry Torch?

Salam 1 Malaysia!! Sekarang masuk mood contest. terjumpa la pula dengan contest ni dari blog Syed Muzammir. Contest yang mudah dan hadiah yang menarik. Cuma memilih samada Iphone 4 ataupun Blackberry Torch. Dan semestinya aku memilih BLACKBERRY TORCH.

Melalui pengalaman sendiri, aku susah untuk menaip dengan menggunakan keypad touch screen. so, untuk memudahkan proses menaip, Blackberry Torch la pilihan terbaik. ianya lengkap dengan touch screen dan keypad. Tapi rasanya, kelebihan Iphone 4 pada application nya. 

Jom sama-sama join contest ni dan jangan lupa, tiket Kpop Live masih ada dijual. Sale celcom pun semakin menjadi-jadi!! Blackberry Torch juga boleh didapati melalui pakej Celcom. Dapatkan segera!!!

Ferrari World Park, Abu Dhabi

 Salam 1 Malaysia!! Agak sibuk sekarang ni. Hendak update blog pun tak sempat. Nanti ada la komen macam-macam. Lain la kalau aku ni, pakwe Hanis Zalikha. sure ramai nak cari. haha!! So, layan saja la gambar-gambar honeymoon aku nanti. Ferrari World Park, Abu Dhabi

Terima kasih untuk sponsor honeymoon aku nanti. Mungkin sebab keberkatan mengunakan Blackberry. teringin nak dapatkan sponsor juga? Boleh lawati website ini ataupun >>click here<< Adios!!!

Rahsia di Sebalik Nasi Kenduri Kahwin

Undangan ke Majlis perkahwinan lagi. Nampak gayanya, dapat juga menambah berat badan yang semakin hari semakin kurang ni. Zaman sekarang ni, bukan saja nasi minyak yang dihidang. Ada yang buat Nasi Arab, Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas, dan segala jenis nasi.Kalau macam tu!! Majlis aku nanti hendak cuba hidang Chicken Chop ataupun T-bone Steak la. Boleh ke?

Semalam, ada 5 kenduri member-member SMKAY. Yang sempat pergi hanya 3 buah saja. Cadangan untuk member yang nak kahwin pada hari yang sama, korang tempah dewan sekolah saja dah la. Buat sekali harung je, baru senang member nak datang. hahaa. Eh!! apa rahsia nasi kenduri kahwin?

Benarkah Pelaut itu Playboy?

 Salam 1 Malaysia!! Jom kita survey sikit tanggapan masyarakat terhadap pelaut ni. Ataupun lebih dikenali sebagai "Popeye the Sailorman". Ramai lagi yang masih ragu dengan status seorang pelaut ni. Maklum la, tinggal anak bini berbulan-bulan. Boleh tahan ke?

Yang menjadi tanda tanya sekarang ni. Benarkah pelaut Malaysia seorang Playboy? Dengan moto "1 Port, 1 Isteri" hahaha. Terpulang lah pada kepercayaan masing-masing. Yang penting, sentiasa berfikiran positif dan elakkan tanggapan negatif. So far, jarang aku dengar pelaut yang bercerai tapi yang kahwin dua ada la.

Tron: Legacy Ice Hotel vs Movie

 Tron: Legacy 3D ditayang hari ini!!! Filem lakonan Jeff Bridges, Garett Headlund, Olivia Wilde dan ramai lagi pasti memanaskan panggung di Malaysia. Filem ni adalah sequel dari filem Tron yang ditayangkan pada tahun 1982. Eh, zaman ni aku tak lahir lagi...

Tapi kalau setakat 3D saja tak ada la menarik sangat. Apa kata cuba Tron: Legacy Ice Hotel di Sweeden. so, sesiapa yang ada duit lebih tu, boleh la honeymoon di sana atau pergi Korea. Kalau ada duit lebih lagi, boleh belanja aku tengok filem Tron: Legacy 3D ni. Di samping tu, boleh meninjau Celcom SALE yang semakin hangat ni.

Senaman Kuruskan Badan Untuk Wanita

Masalah berat badan ataupun struktur badan untuk wanita memang selalu menjadi isu pada wanita. Tidak terlepas juga ke pada lelaki. Tapi kali ini nak tunjukkan cara-cara senaman kuruskan badan khasnya untuk wanita. Mudah dan senang untuk diamalkan.

Seperti senaman untuk punggung yang menarik merupakan keyword yang dicari, Samada nak melansingkan tubuh badan mahupun mengecilkan paha. Untuk wanita, dipersilakan mengikuti langkah-langkah yang bisa dilakukan di mana anda berada. Jangan lupa, Celcom sedang mengadakan SALE besar-besaran!! Senaman sambil shopping. hehe!!

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new