Showing posts with label flight. Show all posts
Showing posts with label flight. Show all posts

:: kapal yang terbang ::

haloha.....
selalu asyik cerita tentang kapal saja, naik boring juga lama-lama. ada terbaca tentang kisah pertama kali naik flight dalam blog ni. tiba-tiba rasa nak pula buat review tentang flight yang pernah aku naik ni. lagipun, rasanya semua dah pernah naik flight. maklum la, harga tiket flight sekarang tak ada la mahal sangat.
so, flight pertama aku semesti nya MAS Airlines. tiket bukan aku yang bayar, company yang bayar. masa tu, nak pergi praktikal dekat bintulu, sarawak. maklum la, aku bukan golongan yang berada. tak mampu nak beli sendiri. tapi tahap kejakunan tu terpaksa di kontrol. biasa la, first time. mesti ada sikap keterujaaan sedikit.

:: fly emirates ::

salam.....
rasanya lebih kurang satu bulan lebih aku bercuti..... masih tak tentu hala arah mana nak ditujui!!! maklum la, duit habis dibelanjakan..... so, tak dapat pergi berjalan-jalan la aku tahun ni..... niat hati nak pergi ke dubai dengan pesawat emirates.... tapi tak berbaloi la pula!!!mahal gila harganya..... memang dah lama teringin nak menaiki pesawat emirates.... ada sesiapa nak sponsor??? hahaha!!!

:: sayonara 2009 ::

wah!!!!
dah lama rasanya blog ni tak berupdate. maklum la, rasa malas je nak menaip apa-apa pun. padahal banyak cerita nak digemparkan. walaupun sudah 5 hari kat rumah ni, rasa macam tak cukup lagi nak rehat. rasa macam tak selesa pula bila dapat pijak tanah ni. bayangkan selama 6 bulan lebih, hanya 8 jam saja dapat berpijak dibumi yang nyata. banyak pula cas positif & negatif yang nak discharge ni.....

perjalanan 7 jam 30 minit memang masa yang agak lama. nasib baik la naik Malaysia Airlines, terjaga sikit la makan minum & entertainment ni. so, menghabiskan masa dengan melayan movie yang disediakan. macam biasa la, aku dengan movie memang tak dapat dipisahkan. sempat juga melayan 3 movies yang disediakan seperti Setem, Gokusen the movie & Rookies the movie. elok-elok movie habis, dah nak sampai KLIA. terasa cepat la pula. tak kisah la, janji dapat balik Malaysia.

letih oh letih!!!belum juga nak sampai rumah. malamnya baru la flight balik kedah. sampai rumah pun dah tengah malam. sampai sekarang letih ni tak hilang-hilang lagi. best nya kalo ada orang tolong massage kan.hahahaha!!!!yang penting dah tak payah pikir soal kerja & nak bangun awal. esok dah mula program bercuti!!mungkin akan hilang sekejap dalam dunia IT ni kalau tempat yang dituju tak ada wifi & mungkin akan berjumpa awal january 2010.

di kesempatan ni, nak ucapkan Happy New Year & Happy Holiday. so, seperti yang dijanjikan, ada la sedikit gift untuk commentator terbanyak untuk blog ini sepanjang ketiadaan aku dalam dunia IT ni. pemenangnya adalah "makcik lala" & "makcik yaya". sila hantarkan alamat kepada "carlitos_yan@yahoo.com". terima kasih sebab banyak support blog ini ye. sayonara!!!!

:: pulanglah!! ::

wah!!!!
dah lama rasanya x ctive dalam dunia blog ni.....al-maklum la, sibuk dengan keje sendiri tanpa memijak di bumi yang nyata....hahahhaaa!!!!ni ada berita penting nak disampaikan...walaupun, xde la penting sangat.....esok bermula la "holiday" buat diriku.....heeheeee!!!kredit tuk member aku pinto atas gambar yang menarik ni...

so, sekarang aku berada di Narita View Hotel.....esok bermula la perjalanan pulang ke Malaysia....aku akan bertolak dari Narita airport jam 1030.....dengan menggunakan perkhidmatan MAS airlines (MH 89)...... maybe perjalanan mengambil masa 7 jam 35 minit...... dijangka sampai KLIA jam 1705.....

nampaknya, destinasi aku belum lagi tamat..... jam 2000 akan bertolak pula dari KLIA ke Alor Setar airport...... dengan menggunakan perkhidmatan MAS airlines (MH 1252).... dijangka sampai jam 2055..... sekejap saja!!!!masalahnya, siapa mau jemput aku kat airport ni..... dah la malam2 plak tu....so, tunggu dan lihat je la!!!!

:: in the sky ::

haloha....
tajuk xde kena mengena pun.... tapi ini adalah auto post!!!bukan nya aku update dari flight ye... anyway, banyak pantang larang kalo nak berjalan jauh ni.... tambah-tambah kalo tempat tu cukup muat je.... di situ la berdengkur, di situ juga tempat makan....kalo la atas flight semua kerusi mengurut....best nya!!!!
sebut pasal mengurut, korang pernah jupe alat ni x??aku pun xtau camna finction nya.... tapi orang tua-tua cakap ketuk je bahagian yg terasa lenguh tu.... nnti sedap la skit tapi bunyi nya agak mengganggu la.... xsesuai dilakukan di atas flight.... yang pasti, atas flight gue mau makan sedap-sedap.... lagipun ticket flight company yang bayor...hahaaaa
big apple??xde la kot atas flight ni.... peramugari mana la yang rajin nak mencelup sos nya.... tapi xkisah la!!!janji makan sedap..... masa aku gi amsterdam pun banyak gak makanan nya.... tengah-tengah tido pun da hidangan makanan.... tapi itu flight KLM royal dutch la.... harap-harap flight kali ni, semua berjalan lancar....adios!!!

:: sign on Seri Anggun ::

salam.....
seperti yang sedia maklum.... aku akan sign on kapal Seri Anggun pada 2 june ini.... wah!!bertambah anggun la lepas ni...hahahaa!!!kali ini kapal berada di Point Fortin, Trinidad & Tobago.... so, all new signers akan berada disana before 2 june.... aku akan bertolak ke kl pada 30 may & akan menginap sebentar di legend hotel....

pada 31 may, kami akan bertolak dari KLIA to Heathrow airport, London pada jam 2340.... so, perjalanan ini mengambil masa yang agak lama..... arrival pada jam 0550 pada GMT +1.... dengan menggunakan perkhidmatan MAS airlines (MH 0002).... korang boleh kira sendiri berapa lama perjalanan ini....

then, terpaksa bertukar airport......perjalanan di teruskan tetapi di Gatwick airport, London.... dengan menaiki British airways (BA 2155).... akan terus menuju ke Grantley Adams airport, Bridgetown, Barbados.... perjalanan bermula dari jam 1115 to 1450.... so, sekali lagi transit sebelum ke destinasi seterusnya.....letih oh letih!!!

jam 2000 to 2100.... kami akan bertolak dari Grantley Adams airport to Piarco airport, Trinidad & Tobago..... masanya dah tiba!!!!kali ini kami akan menggunakan perkhidmatan Caribbean Airlines (BW 447)..... so, pada 1 june kami akan sampai di trinidad & Tobago....harap-harap dapat la menginap di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Point Fortin.....

kenapa la jauh sangat!!!letih la macam ni..... kalo sesiapa xtau dimana letak nya Trinidad & Tobago ni.... boleh la minta bantuan makcik google.... ianya hanyalah kepulauan kecil yang berdekatan dengan Venezuela.... ada sesiapa mau ikut???boleh la aku sumbat skali dalam luggage ni....hahhaaaa!!!!

so, doakan aku selamat pergi & selamat sampai.... maybe kita akan berjumpa di episode yang akan datang.... sekarang semua persoalan sudah terjawab.... ada apa-apa pesanan??heheheee.....adios!!!!

:: i'm coming ::

haloha.....
apabila post di publish.... aku telah selamat ke destinasi seterusnya..... bukan jauh mana pun, kuala lumpur saja.....ada la halnya kalo aku pergi sana..... xkan setakat nak pergi berpoya-poya.... mesti meluangkan kerja-kerja berfaedah.... misalnya, melawt ibu mertua..... hahaha!!!!maybe post 2-3 hari ni banyak auto publish....kalo ada kesempatan, aku online la....
macam biasa, aku lebih suka guna kenderaaan awam.... especially keratapi!!!walaupun perjalanan nya mengambil masa yang lama.... tapi aku senang dan berasa selamat.... tambah-tambah bila dapt berbaring & bebas semasa dalam perjalanan yang jauh.... sejak akhir-akhir ni, memang aku xberapa suka naik bas ekspress..... heheheee!!!
niat hati nak naik flight je.... cepat skit sampai!!!tapi membazir plak.... maklum la, kalo booking last-last minutes ni.... memang harga nya tinggi..... lagipun, aku xde la mengejar masa sangat.... tapi alangkah indah kalo dapat nik flight macam ni.... hahhaa!!!mas & air asia ada ke???

:: hudson's plane crash ::



haloha....
aku baru je dapat gambar2 "US airway emergency landing"wah!!!tgk gambar pun dah kecut perut....tp kalo incident camni,jangan plak dikaitkan dengan terrorist lagi dah la...maklum la,US kan setiap cari silap negara2 Islam....kalo berdasarkan video ni,pilot melaporkan yang kapal terbang da masalah dengan engine.....so,nak x nak....flight memang kena landing.....ni bukan calalng flight,US airway,antara flight terbaik.....habis la,engineer flight tu....fyi,pilot tu merupakan warga australia......teringat plak aku ngan citer 'intention please'....hehehehe!!!layan je la video dengan gambo2 ni...
untuk gambo2 yang lain,sila klik link dibawah:
:sweaty::sweaty::sweaty:
Dramatic Photos: Plane Crash in the Hudson | NBC New York

:: MAS vs Air Asia ::


haloha....
hari ni,aku dpt email ni.....ttg peperangan MAS and air asia....tp kalo difikirkan,bagus gak tuk pengguna....biasa harga pun kurang,ramai la nk naik flight skrg ni....
MAS airlines telah melancarkan kempan Everyday Low Fare dan kini telah mengembangkan tambang murah tersebut ke beberapa destinasi di negara ASEAN. hasil drpd kempen yang dijalankan oleh MAS, maka, AirAsia pula mula bersuara dengan memperkenalkan kempen Sub-Zero mereka.

Peperangan telah meletus sehinggakan di dalam Buletin Utama , Ketua Pegawai Eksukutif AirAsia meminta Pengerusi MAS, Datuk Idris Jala untuk berdebat secara terbuka mengenai halatuju industri penerbangan negara.

AirAsia mengatakan bahawa MAS cuba menciplak konsep iklan AirAsia dan menggunakan warna merah & font yang sama. Menurut AirAsia, cara berkempen sedimikian telah menyebabkan penumpang agak terkeliru mengenai pakej masing-masing.

Melihat kepada perperangan ini, mengenai konsep, warna iklan, cara penyampaian. Bagi aku itu adalah hak dan strategi syarikat masing-masing. Cuma, apa yang cuba dielakkan janganlah cuba menjatuhkan syarikat-syarikat pesaing mereka.

Ini mengingatkan aku kepada kempan un-MaHal AirAsia yang dilancarkan bulan Mac lalu. Secara kasarnya, memanglah ia menawarkan kadar tambang yang lebih murah. Namun, jika dilihat kepada bentuk kempen mereka, ejaan un-MaHal itu, huruf M dan H telah digunakan dengan huruf besar. Jadi, jikalau sekali imbas, ia kelihatan seperti MH.

so,sbg pengguna....terpulang la pd anda tuk memilih....aku xleh nk compare la...coz aku xpenah naik air asia....cuma MAS je.....berkaitan ngan isu ni gak,aku harap kedua2 syarikat xmementingkan kuantiti.....sebalik nya,tingkatkan kualiti.....supaya industri pelancongan trus maju kehadapan.....adios....

:: airline's meal ::


japan air
kuwait airways

saudi arabian airlines

air canada

air india

china air

iran air

jamaican airways

air asia

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new