:: MAS vs Air Asia ::


haloha....
hari ni,aku dpt email ni.....ttg peperangan MAS and air asia....tp kalo difikirkan,bagus gak tuk pengguna....biasa harga pun kurang,ramai la nk naik flight skrg ni....
MAS airlines telah melancarkan kempan Everyday Low Fare dan kini telah mengembangkan tambang murah tersebut ke beberapa destinasi di negara ASEAN. hasil drpd kempen yang dijalankan oleh MAS, maka, AirAsia pula mula bersuara dengan memperkenalkan kempen Sub-Zero mereka.

Peperangan telah meletus sehinggakan di dalam Buletin Utama , Ketua Pegawai Eksukutif AirAsia meminta Pengerusi MAS, Datuk Idris Jala untuk berdebat secara terbuka mengenai halatuju industri penerbangan negara.

AirAsia mengatakan bahawa MAS cuba menciplak konsep iklan AirAsia dan menggunakan warna merah & font yang sama. Menurut AirAsia, cara berkempen sedimikian telah menyebabkan penumpang agak terkeliru mengenai pakej masing-masing.

Melihat kepada perperangan ini, mengenai konsep, warna iklan, cara penyampaian. Bagi aku itu adalah hak dan strategi syarikat masing-masing. Cuma, apa yang cuba dielakkan janganlah cuba menjatuhkan syarikat-syarikat pesaing mereka.

Ini mengingatkan aku kepada kempan un-MaHal AirAsia yang dilancarkan bulan Mac lalu. Secara kasarnya, memanglah ia menawarkan kadar tambang yang lebih murah. Namun, jika dilihat kepada bentuk kempen mereka, ejaan un-MaHal itu, huruf M dan H telah digunakan dengan huruf besar. Jadi, jikalau sekali imbas, ia kelihatan seperti MH.

so,sbg pengguna....terpulang la pd anda tuk memilih....aku xleh nk compare la...coz aku xpenah naik air asia....cuma MAS je.....berkaitan ngan isu ni gak,aku harap kedua2 syarikat xmementingkan kuantiti.....sebalik nya,tingkatkan kualiti.....supaya industri pelancongan trus maju kehadapan.....adios....

0 comment on :: MAS vs Air Asia :: :

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new