Showing posts with label sentosa island singapore. Show all posts
Showing posts with label sentosa island singapore. Show all posts

Perjalanan Dari Singapura Bersama Keretapi Tanah Melayu

 Salam 1 Malaysia!!
Semua sudah sedia maklum yang Stesen keretapi di Tanjung Pagar tidak lagi menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. KTMB hanya menyediakan perkhidmatan dari Stesen Woodlands Singapura sahaja. Bagi yang menggunakan perkhidmatan bas, disini juga segala urusan imigresen diselesaikan.

Jika perjalanan dari Singapura dengan KTMB, tiket yang dibeli menggunakan nilai matawang Singapura. Jadi, masalah untuk menjimatkan perbelanjaan tersangkut di situ. lagipun, dari Woodlands Train Checkpoint ini ke JB Sentral hanya beberapa minit saja. Alang-alang singgah di Johor, boleh pekena Laksa Johor yang memang susah nak dijumpai tu!!

Fakta Menarik Tentang Universal Studios Singapore

Salam 1 Malaysia!!
Nampaknya, sudah sampai penghujung untuk entry mengenai Universal Studios Singapore. Cukuplah sekadar dapat berkongsi gambar di sana. Pasti ramai yang ingin menjejak kaki ke Universal Studios Singapore ini. Masih menunggu alamat dari entry [Top 4 Dari Blogger Untuk Blogger]

Setiap Universal Studio, pasti ada gambar "globe" yang bertulisan Universal. Nampaknya, globe ini lebih popular jika hendak dibandingkan dengan benda lain. Walaupun tidak masuk ke dalam Universal Studios Singapore, boleh juga bergambar bersama "globe" ini sebagai bukti pernah sampai disini. 

Gerai Makanan Universal Studios Singapore Yang Unik

 Salam 1 Malaysia!!
Terlambat lagi bersiaran di bulan Februari ini. Masih lagi dalam kelompok Universal Studios Singapore. Selain permainan dan maskpt di USS, gerai-gerai di sana juga pasti menarik perhatian pengunjung. Setiap gerai makanan dihias mengikut temanya tersendiri.

Walaupun hanya terdapat banyak restoran di Universal Studios Singapore, gerai-gerai makanan yang beraneka bentuk ini sentiasa dikunjungi. Tidak kira sama ada mahu membeli atau hanya mengambil gambar. Banyak lagi gambar gerai-gerai makanan di dalam Universal Studios Singapore

Gambar Maskot Di Universal Studios Singapore

Salam 1 Malaysia!!
Setiap tama tema pasti tidak lengkap tanpa maskot-maskot yang menjadi pujaan ramai. Di Universal Studios Singapore pun tidak terlepas dengan maskot-maskot yang sentiasa ditangkap oleh lensa kamera. Ada yang memakai kostum dan ada juga yang berdandan seperti artis mahupun kartun.

Bagi yang sudah ke Universal Studios Singapore, agak-agak maskot mana yang menjadi pilihan ye? Antaranya adalah Betty Boop, Charlie Chaplin, Kung Fu Panda dan ramai lagi. Maskot-maskot Egypt pula, siap tukar-tukar pakaian lagi. Ada kaki pendek, ada kaki panjang.

Universal Studios Singapore Memang Menarik

 Salam 1 Malaysia!!
Universal Studios Singapore? Orang cakap, sia-sia datang Singapura kalau tidak singgah ke USS. Walaupun hanya singgah di depan pintu masuk, cukuplah sekadar bergambar dengan globe Universal yang lebih popular dari artis. Jutaan pengunjung pasti tidak melepaskan peluang bergambar.

Apa yang menarik di dalam Universal Studios Singapore ni? Panjang kalau hendak diceritakan. Kalau hendak dipendekkan, rancanglah percutian ke Universal Studios Singapore. Banyak pakej yang ditawarkan. Jom kita melawat sebentar permaian yang terdapat di Universal Studios Singapore ini.

Membakar Lemak Di Pulau Sentosa Singapura

 Salam 1 Malaysia!!
Kesempatan naik Cable Car Singapore, sempat lagi singgah di Sentosa Station. Bermulalah masanya untuk membakar lemak yang dah lama terkumpul. Kalau rasa tiada lemak, boleh saja naik macam-macam kemudahan di sana. 

Jika berada disini, berhati-hatilah dengan wang anda. Pulau Sentosa memang banyak aktiviti menarik dan susah nak jumpa yang percuma kecuali public tram saja. Untuk menjimatkan bajet di Singapura, hanya bergambar dan berjalan kaki saja. Nak tahu apa yang ada disana?

Pengalaman Bersama Cable Car Singapore

 Salam 1 Malaysia!!
Kesempatan berada di Singapura pasti tidak dilupakan dengan mencuba "Cable Car Singapore". Bayarannya memang agak mahal tapi cukuplah hana sekali mencuba.Cable Car Singapore juga merupakan antara tempat  menarik yang patut dikunjungi di sini.

Untuk lebih informasi, boleh la layari Cable Car Singapore website. Terdapat juga Muzium Cable Car pertama yang terletak di stesen Cable Car Sentosa. Jadi jangan lepaskan peluang kerana muzium itu hanya dibuka sehingga jam 5 petang sahaja. Mari sama-sama kita nikmati perjalanan bersama Cable Car Singapore

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new