Showing posts with label melancong ke bali indonesia. Show all posts
Showing posts with label melancong ke bali indonesia. Show all posts

Tarian Kecak Di Uluwatu Memang Menarik

 Salam 1 Malaysia!!
Hari terakhir berkesempatan untuk melihat "Kedak Dance" di Uluwatu. Walaupun kurang berminat dengan jenis-jenis tarian ini, tetap ingin tengok juga. Alang-alang sudah ada di Bali, rygi rasanya tidak mengetahui budaya orang Bali. Tarian kecak tidak menggunakan sebarang alat muzik, dan hanya suara "cak cak cak" dari penarinya saja.

Tarian kecak bermual sebelum matahari terbenam, jadi dalam masa yang sama jalan-jalan di sekitar Uluwatu untuk melihat keindahannya. bayaran masuk ke Uluwatu adalah 20 000 rupiah manakala untuk melihat tarian kecak dikenakan 70 000 rupiah. Ini ada beberapa gambar sekitar Uluwatu dan tarian kecak.

Memborong Cenderahati Di Agung Bali

Salam 1 Malaysia!!
Kesempatan berada di Tanah Lot, terus terjah ke Agung Bali. Di sini menyajikan pelbagai ole-ole khas dari Bali. Walaupun banyak lagi kedai yang boleh tawar menawar untuk membeli.  Disebabkan failed dalam bab tawar menawar ni, jadi borong saja apa yang teringin tapi asalkan tak melebihi budget.

Terdapat banyak cawangan Agung Bali di sini. Konsepnya juga sama dan merupakan antara kedai terbesar yang menjual ole-ole khas dari Bali. Yang  menariknya, di dalam kedai ini juga lengkap dengan tandas dan surau untuk para pengunjung. Tempat t-shirt dicetak juga boleh dilihat di sini.

Tanah Lot Bali Tumpuan Pelancong Luar

Salam 1 Malaysia!!
Hari kedua pula hanya masa untuk bersantai dan membeli belah. Sebenarnya banyak "tour" terpaksa di cancel. Malas nak masuk tempat-tempat ala-ala temple ni. Jadi, supir mencadangkan ke Tanah Lot. Ada tempat untuk mencari cenderahati.

Disamping itu, boleh juga lihat keindahan di laut Bali. Memang tidak dinafikan, ombak laut di Bali memang kuat. Sesuai untuk "surfer" yang ingin meluncur. Bayaran juga dikenakan untuk masuk ke Tanah Lot. Sebanyak 30 000 rupiah seorang. Tempat ini juga menjadi tumpuan yang ingin melihat matahari terbenam.

Kopi Luwak Terkenal Di Bali Indonesia

Salam 1 Malaysia!!
Jika ke Bali, jangan lupa singgah di tempat pemprosessan kopi luwak. Kopi Luwak adalah kopi hasil dari pencernaan musang. Iaitu, musang yang diberi makan kopi dan hasil pencernaan dijadikan kopi. Di katakan kopi luwak ini mempunya banyak khasiatnya.

Walaupun begitu, status halal dan haramnya menjadi persoalan. Tapi menurut muzakarah juga pandangan bahawa kaedah fiqiyyah menetapkan hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi mana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya.   

 Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Gambar Hari Pertama Percutian Di Bali Indonesia

Salam 1 Malaysia!!
Hari pertama sampai Di Bali terus supir tunjukkan schedule untuk lawatan di Bali. Hari pertama sudah pergi tengok "Barong & Kris Dance". Tarian ini dipentaskan di Sari Wisata Budaya dan dikenakan 100 000 rupiah. Tapi jangan lupa ambil sinopsis yang tersedia. Kalau tidak, memang tak paham Barong & Kris Dance ini.

Kemudian, ke kawasan perusahaan Batik pula. Kalau diikutkan sama saja cara pembuatan batik di Malaysia. Tapi batik indonesia ada sedikit perbezaan. Yang paling menarik, banyak barang yang "dibatikkan" di sana. lagipun tempat perusahaan batik ini juga salah satu tempat tumpuan di Bali.

Hidangan Seafood Terkenal Di Jimbaran

Salam 1 Malaysia!!
Ada yang pula yang bertanya, pergi Bali untuk jalan-jalan atau cari makan? Alang-alang berada di negara orang, apa kata jalan-jalan cari makan. Hari terakhir sempat juga menikmati hidangan seafood di Jimbaran. Memang banyak deretan restoran seafood di Jimbaran.

Disebabkan hanya 2 orang yang makan, nak mudah ambil saja pakej yang sudah tersedia. Daripada nak memilih ikan, lobster  dan segala seafood tu. Peringatan juga buat "traveller budget" restoran seafood di Jimbaran agak mahal harganya. Tapi kalau 10 tahun sekali, boleh agaknya.

Warung D'Sawah Menyajikan Makanan Khas Bali

Salam 1 Malaysia!!
Makanan Lombok sudah dicuba, kini kita cuba makanan dari Bali pula. Kebetulan balik dari Tanah Lot, singgah makan tengahari di Warung D'Sawah. Warung yang di kelillingi dengan sawah pun ada di sini. Walaupun Kedah memang terkenal dengan nama jelapang padi, tapi susah nak jumpa warung begini. Yang mengabdikan sawah sebagai tema warung nya.

Pelayan restoran nya muda-muda lagi. Nasib baik sanggup melayan kerenah untuk memilih makanan di sini. Akhirnya, ambil saja masakan Bebek Bertutu. katanya amat terkenal di sini Warung D'Sawah. Walau bagaimanapun, tidak digalakkan untuk "traveller budget". harganya agak mahal. Tapi yang penting ada wife free. Boleh melepak lama sikit sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa.

Warung Pink Tempong Raja Pedas

Salam 1 Malaysia!!
Trip ke Bali ini banyak jalan-jalan cari makan dari melawat tempat menarik. Jadi, banyak lah restoran atau warung yang nak diperkenalkan. Warung Pink Tempong ini terletak berdekatan dengan POP! Hotel Teuku Omar. Terdapat juga hotel-hotel lain berdekatan seperti Fave Hotel dan All Season Hotel.

Apa keistimewaan Warung Pink Tempong ini? Adakah disebabkan warna pink ataupun masakannya? Walaupun hanya sebuah warung di tepi jalan, warna pink turut menarik minat pelanggan di sini. Serba serbi warna pink saja. Tambahan pula, makanannya memang pedas. Buat peminat masakan pedas, jangan lupa singgah di Warung Pink Tempong

Makanan Khas Lombok Memang Sedap

Salam 1 Malaysia!!
LOMBOK!! Memang agak terkenal di Malaysia. Tambahan pula, gadis-gadis Malaysia gemarkan lelaki yang berasal dari Lombok. Entah apa sebabnya, masih belum diketahui. Mungkin kerana masakan Lombok yang menarik minat atau sebaliknya.

Semasa di Bali, berkesempatan juga mencuba masakan khas Lombok iaitu "Ayam Bakar Taliwang". Memang sedap, dan pedas. Patut lah gadis malaysia sukakan lelaki Lombok. Fakta ataupun auta? Jika ke Bali , jangan lupa singgah di Restoran Ayam Bakar Taliwang Baru. harganya juga berpatutan. Ianya terletak di tengah pekan Denpasar. Jom mencuba makanan khas Lombok

Nasi Jinggo Pilihan DI POP! Hotel

 Salam 1 Malaysia!!
Selain melancong tempat-tempat menarik di Bali, program Jalan-Jalan Cari Makan jangan di lupakan. Walaupun Indonesia dan Malaysia serumpun, tapi makanan juga sama tapi tidak serupa. Di POP! Hotel menyediakan sarapan percuma. Inilah peluang untuk menikmati hidangan Indonesia.

Ada dua pilihan iaitu Nasi Jinggo atau Nasi Bakar. nasi bakar ini macam pulut bakar saja manakala nasi Jinggo macam nasi ambang pula. Tapi rasanya macam berbeza sedikit. Jadi, sesiapa yang pergi ke Indonesia, jangan lupa mencuba nasi Jinggo ini.

POP! Hotel Kuta Beach Bali

 
Salam 1 Malaysia!!
Jikalau sebelum ini menginap dua malam di POP! Hotel Teuku Omar Denpasar. Pada malam terakhir mencuba menginap di POP! Hotel Kuta Beach Bali pula. Lagipun hotel ini berdekatan dengan Ngurah Rai International Airport. Tambahan pula, kena ada di airport pada jam 6 pagi. Tak sempat nak bersarapan dulu.

POP! Hotel Kuta Beach agak mahal kosnya jika hendak dibandingkan dengan rangkaian POP! Hotel yang lain. Mungkin kerana berdekatan dengan Pantai Kuta dan Pantai Legian. Iaitu tempat tumpuan "surfer" dan pelancong asing. Harganya 348 000 rupiah untuk satu malam. Lokasinya agak ke dalam sedikit tapi mudah untuk di cari.

Bercuti Di Bali Bersama Malaysia Airlines

Salam 1 Malaysia!!
Sudah bulan Oktober baru sempat nak update tentang percutian di Bali pada bulan September lepas. Terima kasih buat Malaysia Airlines yang membuat promosi Merdeka Raya. Akhirnya berpeluang juga ke Indonesia dengan Malaysia Airlines. Dengan Air Asia boleh dapat lagi murah tapi itu untuk perjalanan tahun depan.

Walaupun kedua-dua kapal terbang MH866 dan MH867 dijadualkan semula. nasib baik dapat informasi sms. Kalau tidak, ketinggalan la nampaknya. Alhamdulillah perjalanan selama 3 jam memang memuaskan. Untuk maklumat semua, Ngurah Rai International Airport Bali sedang diperbesarkan. Jangan lupa ambil gambar semasa "landing" di Ngurah Rai international Airport!!!

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new