Showing posts with label seruan perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label seruan perkahwinan. Show all posts

Bilakah Umur Ideal Untuk Berkahwin?

 Tahun 2010 kian melabuhkan tirainya. Majlis perkahwinan untuk 2010 telah selamat di hadiri. Yang tinggal hanyalah menunggu diri sendiri diijab kabulkan. Tapi bilakah? Agak-agaknya, bilakah umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga? 19 tahun? 25 tahun? ataupun 32 tahun?

Apapun, special entry untuk member-member SMKAY yang telah selamat diijab kabulkan. Tahniah diucapkan untuk Caet, Kaam, Shamil, Wani Mas dan Apityan. Nampak gayanya, tak semua majlis dapat dihadiri. Apapun, harap sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki. Amin..

Rahsia di Sebalik Nasi Kenduri Kahwin

Undangan ke Majlis perkahwinan lagi. Nampak gayanya, dapat juga menambah berat badan yang semakin hari semakin kurang ni. Zaman sekarang ni, bukan saja nasi minyak yang dihidang. Ada yang buat Nasi Arab, Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas, dan segala jenis nasi.Kalau macam tu!! Majlis aku nanti hendak cuba hidang Chicken Chop ataupun T-bone Steak la. Boleh ke?

Semalam, ada 5 kenduri member-member SMKAY. Yang sempat pergi hanya 3 buah saja. Cadangan untuk member yang nak kahwin pada hari yang sama, korang tempah dewan sekolah saja dah la. Buat sekali harung je, baru senang member nak datang. hahaa. Eh!! apa rahsia nasi kenduri kahwin?

Pengantin Muda, Tercabarkah Anda?

 Salam 1 Malaysia!! Tercabarkah? Bila gadis berumur 14 tahun merupakan antara pasangan "Pengantin 1 Malaysia". Usia kini tak menghalang untuk berumah tangga, yang penting sudah bersedia menjalankan tanggungjawab masing-masing. 

Minggu ini saja, tiga kenduri kahwin yang aku hadiri. Semuanya rakan semasa di SMKAY!! Tahniah diucapkan buat pengantin dan berharap kekal hingga ke akhir hayat. Minggu depan, ada lagu undangan. Nak kena cari hadiah kahwin lagi la. Sorang-sorang meniti gerbang perkahwinan. Agaknya, bila seru aku nak sampai?

:: perkahwinan kali ke-? ::

 "Lagi-lagi cerita tentang kahwin. Dah gila nak kahwin kot tuan blog ni!!" bila tiga entry kahwin berturut-turut. Nak buat macam mana, tengah musim kahwin sekarang ni. Tambah-tambah, member sebaya pula yang kahwin. Ini baru bulan November, bulan Disember lagi banyak jemputan. Nak tak nak, blog ni jadi blog kahwin la buat sementara waktu. hehe!!!

Kali ni, member SMKAY lagi. Pak Jan ataupun nama sebenarnya "Mohd Jannatul Firdaus". Last aku jumpa Pak Jan, masa ambil result SPM. Bila jumpa balik, macam tak kenal la pula. Maklum la, bila bahagia ni.. semua mengembang. hehehe!! Tahniah Pak Jan!! Semoga kekal hingga akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata

:: othman wedding day ::

 salam 1 malaysia!! salam hari jumaat. Hari jumaat, kena la ceria-ceria selalu. Tahun ni saja, berpuluh-puluh member aku menamatkan zaman bujang. Agak-agaknya, tahun 2010 ni tahun "seruan perkahwinan" kot. Tapi, bila la seuan untuk aku pula. hehe!! 20 November lepas, Othman!! member SMKAY melangsungkan kenduri di sebelahnya.

Tahun ni, sempat juga la pergi majlis kawen member ni. Maklum la, setiap kali kenduri kawen member, mesti ada tengah laut. Macam dah dirancang pula. Seperti biasa, biar gambar je la meceritakan segalanya. Selamat berbahagia buat Othman dan isteri. Semoga kekal hingga ke titisan terakhir...

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new