Showing posts with label hadiah perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label hadiah perkahwinan. Show all posts

Menerima Hadiah VS Hadiah Diterima

 Salam 1 Malaysia!!
Tak tahu nak letak tajuk apa, tapi yang pasti semua berkaitan dengan hadiah. Baru-baru ini, dapat souvenir dari orang Paris!! Terima kasih Puan Ieka, "La Rochelle" sangat menarik. Dapat juga voucher makanan "RM30 set meal" di Roast Kitchen.

Itu bab menerima hadiah, kini bab memberi hadiah pula. Hadiah kahwin untuk member-member yang baru melangsungkan perkahwinan. Hendak post malas, tunggu diorang datang claim hadiah sudah la. Hadiah untuk Kuiz HiGoat pun sudah tersedia. Siapakah pemenangnya?

Majlis Perkahwinan Ili Hawa dan Farid Maswan

 Salam 1 Malaysia!! Musim cuti sekolah kembali. Banyaklah undangan perkahwinan yang diterima. Untuk kali ini, undangan perkahwinan dari Ili dan Farid. Kedua-dua merupakan rakan sekolah menengah ku.Akhirnya, percintaan membawa ke jinjang pelamin.

Insyallah!! jika kelapangan pasti kedua-dua majlis ini akan diterjah. Siapa tidak gembira bila melihat rakan sendiri juga bergembira? Tapi pada 12 march mungkin susah sikit kerana ada Majlis perkahwinan juga di rumah aku

Pengantin Muda, Tercabarkah Anda?

 Salam 1 Malaysia!! Tercabarkah? Bila gadis berumur 14 tahun merupakan antara pasangan "Pengantin 1 Malaysia". Usia kini tak menghalang untuk berumah tangga, yang penting sudah bersedia menjalankan tanggungjawab masing-masing. 

Minggu ini saja, tiga kenduri kahwin yang aku hadiri. Semuanya rakan semasa di SMKAY!! Tahniah diucapkan buat pengantin dan berharap kekal hingga ke akhir hayat. Minggu depan, ada lagu undangan. Nak kena cari hadiah kahwin lagi la. Sorang-sorang meniti gerbang perkahwinan. Agaknya, bila seru aku nak sampai?

Apa Hadiah Terbaik Untuk Majlis Kahwin?

Musim cuti sekolah adalah musim mengawan. Banyak sangat undangan perkahwinan yang diterima. Yang menjadi persoalannya, setiap kali hadir ke majlis perkahwinan. Perlu atau tidak kita membawa hadiah untuk pengantin? Atau sekadar memberi "angpow". Bagi pengantin, mesti la mengharap sesuatu.

Apakah hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada pengantin? 
Andainya, aku yang kahwin, apa agaknya blogger-blogger akan beri?

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new