Salam 1 Malaysia!!
Tempat pertama yang dikunjungi di Singapura adalah Haw par Villa atau lebih dikenali sebagai Tiger Balm Garden. Ini kerana taman ini dibina oleh pengasas Tiger Balm. Disini terdapat beberapa patung dan diorama yang menarik. Tapi yang ingin dilihat semestinya "Journey To The West".
Mesti ada yang pernah menonton drama " Journey To The West". Dewa monyet yang mempunya pelbagai perangai pelik tu la. Mudah saja mencari taman ini, kerana ianya terletak bersebelahan dengan MRT Haw Par Villa. Di sini juga kita dapat mengetahui warisan dan budaya cina.











