Showing posts with label budget hotel bali indonesia. Show all posts
Showing posts with label budget hotel bali indonesia. Show all posts

Warung Pink Tempong Raja Pedas

Salam 1 Malaysia!!
Trip ke Bali ini banyak jalan-jalan cari makan dari melawat tempat menarik. Jadi, banyak lah restoran atau warung yang nak diperkenalkan. Warung Pink Tempong ini terletak berdekatan dengan POP! Hotel Teuku Omar. Terdapat juga hotel-hotel lain berdekatan seperti Fave Hotel dan All Season Hotel.

Apa keistimewaan Warung Pink Tempong ini? Adakah disebabkan warna pink ataupun masakannya? Walaupun hanya sebuah warung di tepi jalan, warna pink turut menarik minat pelanggan di sini. Serba serbi warna pink saja. Tambahan pula, makanannya memang pedas. Buat peminat masakan pedas, jangan lupa singgah di Warung Pink Tempong

Nasi Jinggo Pilihan DI POP! Hotel

 Salam 1 Malaysia!!
Selain melancong tempat-tempat menarik di Bali, program Jalan-Jalan Cari Makan jangan di lupakan. Walaupun Indonesia dan Malaysia serumpun, tapi makanan juga sama tapi tidak serupa. Di POP! Hotel menyediakan sarapan percuma. Inilah peluang untuk menikmati hidangan Indonesia.

Ada dua pilihan iaitu Nasi Jinggo atau Nasi Bakar. nasi bakar ini macam pulut bakar saja manakala nasi Jinggo macam nasi ambang pula. Tapi rasanya macam berbeza sedikit. Jadi, sesiapa yang pergi ke Indonesia, jangan lupa mencuba nasi Jinggo ini.

POP! Hotel Teuku Omar Denpasar Bali

Salam 1 Malaysia!!
Tempat menginap merupakan aset penting semasa pergi melancong. Ada yang inginkan hotel budget, ada juga yang inginkan hotel bertaraf 5 bintang. Dengan bantuan hostelword, akhirnya telah memilih POP! Hotel Teuku Omar Denpasar. Hanya 328 000 rupiah satu malam dan sarapan disediakan. Hanya dua malam menginap disini.

Tempatnya agak starategik dengan deretan kedai makan Muslim. Jadi tidak susahlah untuk mencari makanan HALAL. Buat pengetahuan semua, 70% penduduk Bali adalah beragama hindu. POP! Hotel menjanjikan penginapan yang selesa dan bersih. Hotel ini juga terkenal dengan rangkaian hotel budget di Indonesia.

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new