Salam 1 Malaysia!! Tiba-tiba teringat pula zaman muda remaja dulu. Semasa aku masih sekolah rendah di Tapah, Perak. Sesiapa yang tinggal di Tapah, pasti tahu kem tentera yang menghala jalan ke Kuala Woh. Di situlah tempat aku membesar dan memulakan status sebagai pelajar sekolah rendah.
Yang menariknya tinggal di Kem Tentera ni, pergi dan balik sekolah diangkut dengan menggunakan truck askar. Macam-macam pengalaman ada, tidak kira pahit ataupun pun manis. Yang pastinya, pengalaman berdepan dengan "si pinky berhidung comel" semasa tunggu truck askar, memang sentiasa dalam ingatan.




















