Tiket Percuma vs Voucher Percuma

 Salam 1 Malaysia!! Sudah lama tidak kemaskini blog ini. Maklum la, agak sibuk "bertapa". Sehinggakan ada yang call, sms, bbm, twitter dan macam- macam bertanyakan tentang kehilangan aku. Penghargaan buat 2 jejaka dan 4 wanita yang ingat pada blog ini,

Mereka adalah Hang Tuah dan Hang Jebat. Manakala 4 wanita adalah Cik Kiah, Cik Tipah, Cik Gayah dan Cik Timah. Nantikan sesuatu untuk anda apabila aku kembali aktif berblog. Berbalik pada topik hari ini, "Pernahkah anda mendapat tiket ataupun voucher free?"

 Voucher dari Senjyu Sushi!! Ada 10 keping dan setiap satu berjumlah RM10 dan jumlahnya adalah RM 100. Tak dapat juga nak merasa sushi di Senjyu Sushi ni. Voucher ini diperoleh dari contest Majalah Men's Health.

Voucher dari Darabif!! Restoran yang baru dibuka dan lebih berkonsepkan dengan makanan burger yang dijamin halal. Voucher bernilai RM5 dan ada 3 keping kesemuanya. Tapi sayang, sudah tamat tempohnya. Voucher ini diperoleh dari contest Majalah Maskulin.

Tiket percuma Liverpool Asia Tour 2011!! Memang berhajat nak beli tiket ni, tapi termenang pula contest yang dianjurkan oleh Majalah HOT. Terdapat dua tiket yang setiap satunya bernilai RM68. Tapi sayang, tak dapat nak tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Liverpool.

Tiket percuma Lost World Of Tambun!! Setelah lama menanti, akhirnya sampai juga 5 tiket dewasa ke Lost World Of Tambun. Walaupun tak pernah pergi, masih juga tak dapat pergi walaupun dapat tiket free. Maklum la, sibuk bertapa. Tiket percuma ini diperoleh dari Majalah LIBUR.

Kesimpulannya, rajin-rajinlah sertai peraduan dalam majalah. Nikmatnya terasa bila dapat menang walaupun hadiah tu orang lain yang gunakan. Akhir kata, izinkan aku bertapa dulu ye!! Adios...

19 comment on Tiket Percuma vs Voucher Percuma :

pipoq said... on 08 July, 2011

lamanya menghilangkan diri..heehehehe

fazrol said... on 08 July, 2011

Pergi belayar ke bro?

tehr said... on 09 July, 2011

memang lama sungguh pertapaan kali ni
buat aku rindu je
hehe

iN said... on 09 July, 2011

kali nih bertapa xde tinggalkan pesanan pun..
tuh yg gue pelik tuh...
hahahaha

mie said... on 09 July, 2011

pipoq!!
biasa la, lagi lama lagi orang rindu..
hehehee

mie said... on 09 July, 2011

fazrol!!
macam biasa la,
cari sesuap nasi.. hehee

mie said... on 09 July, 2011

tehr!!!
ye ke, sudah jadi lumrah...
bertapa mencari sesuatu..
eheheee

mie said... on 09 July, 2011

ubie!!
selalu sangat tinggalkan pesan...
sesekali nak buat drama misteri nusantara juga..
ahahhaaa

iekabean said... on 09 July, 2011

aaaaa....pakcik.
Ada mana? lama menghilang.
voucher sushi tu belum expiredkan?
boleh la kasi ieka satu :P

mie said... on 09 July, 2011

alamak!!
lambat minta...
kalau bagitau awal2 leh pos..
hahahaaa

MAPPIAU said... on 10 July, 2011

Cik Kiah??? hahahaha mane ko tau name glamer daku suatu ketika dolu nih? akekekkee :P

udah2 la tu bertape dik oiii, bawak2 la mandi air bunge ke hape :P

mie said... on 11 July, 2011

gue kan penyiasat remaja...
segalanya diketahui....

xyah mandi bunga..
mandi minyak jagung lagi wangi..
ahahaha

farra8979 said... on 12 July, 2011

wah sgt best sbb dpt byk voucher n tiket bola free tu mmg menarik!!!

Prince Halilintar said... on 12 July, 2011

lame lagi prince bertapa..hahaha

Dila Halim said... on 14 July, 2011

abg mie..
aloo nk tiket liverpool tu !
haishh kempunan nk pegi tgk ni ;(

khairunnisa ♥ said... on 16 July, 2011

ingat nak dapatkan tiket chelsea free tapi hmm weekdays la plak :')

update selalu okeh ^_^

miss nina said... on 26 July, 2011

mie, orang laut begitulah :)
rajin2 jengah blog okay

puteri ain said... on 27 July, 2011

heyyy u're back ! hehehe :)

mie said... on 04 August, 2011

farra-->benda free memang menarik...

prince-->jom ramai-ramai kita berapa...

dila-->alamak, terlambat minta... hehehe

kharunnisa-->xboleh nak update selalu, agak busy dan ketandusan internet..

miss nina-->insyallah, kalau ada kelapangan...

puteri ain--> sekejap ada sekejap hilang.. heheee

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new