Showing posts with label pop hotel indonesia. Show all posts
Showing posts with label pop hotel indonesia. Show all posts

Nasi Jinggo Pilihan DI POP! Hotel

 Salam 1 Malaysia!!
Selain melancong tempat-tempat menarik di Bali, program Jalan-Jalan Cari Makan jangan di lupakan. Walaupun Indonesia dan Malaysia serumpun, tapi makanan juga sama tapi tidak serupa. Di POP! Hotel menyediakan sarapan percuma. Inilah peluang untuk menikmati hidangan Indonesia.

Ada dua pilihan iaitu Nasi Jinggo atau Nasi Bakar. nasi bakar ini macam pulut bakar saja manakala nasi Jinggo macam nasi ambang pula. Tapi rasanya macam berbeza sedikit. Jadi, sesiapa yang pergi ke Indonesia, jangan lupa mencuba nasi Jinggo ini.

POP! Hotel Kuta Beach Bali

 
Salam 1 Malaysia!!
Jikalau sebelum ini menginap dua malam di POP! Hotel Teuku Omar Denpasar. Pada malam terakhir mencuba menginap di POP! Hotel Kuta Beach Bali pula. Lagipun hotel ini berdekatan dengan Ngurah Rai International Airport. Tambahan pula, kena ada di airport pada jam 6 pagi. Tak sempat nak bersarapan dulu.

POP! Hotel Kuta Beach agak mahal kosnya jika hendak dibandingkan dengan rangkaian POP! Hotel yang lain. Mungkin kerana berdekatan dengan Pantai Kuta dan Pantai Legian. Iaitu tempat tumpuan "surfer" dan pelancong asing. Harganya 348 000 rupiah untuk satu malam. Lokasinya agak ke dalam sedikit tapi mudah untuk di cari.

POP! Hotel Teuku Omar Denpasar Bali

Salam 1 Malaysia!!
Tempat menginap merupakan aset penting semasa pergi melancong. Ada yang inginkan hotel budget, ada juga yang inginkan hotel bertaraf 5 bintang. Dengan bantuan hostelword, akhirnya telah memilih POP! Hotel Teuku Omar Denpasar. Hanya 328 000 rupiah satu malam dan sarapan disediakan. Hanya dua malam menginap disini.

Tempatnya agak starategik dengan deretan kedai makan Muslim. Jadi tidak susahlah untuk mencari makanan HALAL. Buat pengetahuan semua, 70% penduduk Bali adalah beragama hindu. POP! Hotel menjanjikan penginapan yang selesa dan bersih. Hotel ini juga terkenal dengan rangkaian hotel budget di Indonesia.

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new