Salam 1 Malaysia!!
Tempat menginap merupakan aset penting semasa pergi melancong. Ada yang inginkan hotel budget, ada juga yang inginkan hotel bertaraf 5 bintang. Dengan bantuan hostelword, akhirnya telah memilih POP! Hotel Teuku Omar Denpasar. Hanya 328 000 rupiah satu malam dan sarapan disediakan. Hanya dua malam menginap disini.
Tempatnya agak starategik dengan deretan kedai makan Muslim. Jadi tidak susahlah untuk mencari makanan HALAL. Buat pengetahuan semua, 70% penduduk Bali adalah beragama hindu. POP! Hotel menjanjikan penginapan yang selesa dan bersih. Hotel ini juga terkenal dengan rangkaian hotel budget di Indonesia.








