Salam 1 Malaysia!!
Episod cuti-cuti Singapura belum habis lagi. Kali ini, jom jalan-jalan di sekitar Arab Street. Antara yang menarik di Arab Street adalah Masjid Sultan dan Murtabak Zam Zam. Terima kasih buat warga Singapura yang membantu menunjukkan jalan dan lokasinya
Hendak tahu apa yang menarik di Masjid Sultan Singapura? Boleh la lawati wikipedia Masjid Sultan! Malas pula hendak cerita panjang-panjang. Murtabak Zam Zam pula, nampaknya "not my taste". Mungkin bagi sesetengah orang, agak sedap kerana mempunyai aneka rasa seperti kambing, ayam, dan sebagainya









