Showing posts with label gambar menarik di bali. Show all posts
Showing posts with label gambar menarik di bali. Show all posts

Tarian Kecak Di Uluwatu Memang Menarik

 Salam 1 Malaysia!!
Hari terakhir berkesempatan untuk melihat "Kedak Dance" di Uluwatu. Walaupun kurang berminat dengan jenis-jenis tarian ini, tetap ingin tengok juga. Alang-alang sudah ada di Bali, rygi rasanya tidak mengetahui budaya orang Bali. Tarian kecak tidak menggunakan sebarang alat muzik, dan hanya suara "cak cak cak" dari penarinya saja.

Tarian kecak bermual sebelum matahari terbenam, jadi dalam masa yang sama jalan-jalan di sekitar Uluwatu untuk melihat keindahannya. bayaran masuk ke Uluwatu adalah 20 000 rupiah manakala untuk melihat tarian kecak dikenakan 70 000 rupiah. Ini ada beberapa gambar sekitar Uluwatu dan tarian kecak.

Memborong Cenderahati Di Agung Bali

Salam 1 Malaysia!!
Kesempatan berada di Tanah Lot, terus terjah ke Agung Bali. Di sini menyajikan pelbagai ole-ole khas dari Bali. Walaupun banyak lagi kedai yang boleh tawar menawar untuk membeli.  Disebabkan failed dalam bab tawar menawar ni, jadi borong saja apa yang teringin tapi asalkan tak melebihi budget.

Terdapat banyak cawangan Agung Bali di sini. Konsepnya juga sama dan merupakan antara kedai terbesar yang menjual ole-ole khas dari Bali. Yang  menariknya, di dalam kedai ini juga lengkap dengan tandas dan surau untuk para pengunjung. Tempat t-shirt dicetak juga boleh dilihat di sini.

Tanah Lot Bali Tumpuan Pelancong Luar

Salam 1 Malaysia!!
Hari kedua pula hanya masa untuk bersantai dan membeli belah. Sebenarnya banyak "tour" terpaksa di cancel. Malas nak masuk tempat-tempat ala-ala temple ni. Jadi, supir mencadangkan ke Tanah Lot. Ada tempat untuk mencari cenderahati.

Disamping itu, boleh juga lihat keindahan di laut Bali. Memang tidak dinafikan, ombak laut di Bali memang kuat. Sesuai untuk "surfer" yang ingin meluncur. Bayaran juga dikenakan untuk masuk ke Tanah Lot. Sebanyak 30 000 rupiah seorang. Tempat ini juga menjadi tumpuan yang ingin melihat matahari terbenam.

Kopi Luwak Terkenal Di Bali Indonesia

Salam 1 Malaysia!!
Jika ke Bali, jangan lupa singgah di tempat pemprosessan kopi luwak. Kopi Luwak adalah kopi hasil dari pencernaan musang. Iaitu, musang yang diberi makan kopi dan hasil pencernaan dijadikan kopi. Di katakan kopi luwak ini mempunya banyak khasiatnya.

Walaupun begitu, status halal dan haramnya menjadi persoalan. Tapi menurut muzakarah juga pandangan bahawa kaedah fiqiyyah menetapkan hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi mana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya.   

 Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Gambar Hari Pertama Percutian Di Bali Indonesia

Salam 1 Malaysia!!
Hari pertama sampai Di Bali terus supir tunjukkan schedule untuk lawatan di Bali. Hari pertama sudah pergi tengok "Barong & Kris Dance". Tarian ini dipentaskan di Sari Wisata Budaya dan dikenakan 100 000 rupiah. Tapi jangan lupa ambil sinopsis yang tersedia. Kalau tidak, memang tak paham Barong & Kris Dance ini.

Kemudian, ke kawasan perusahaan Batik pula. Kalau diikutkan sama saja cara pembuatan batik di Malaysia. Tapi batik indonesia ada sedikit perbezaan. Yang paling menarik, banyak barang yang "dibatikkan" di sana. lagipun tempat perusahaan batik ini juga salah satu tempat tumpuan di Bali.

Wordless Wednessday #25 Hard Rock Hotel Bali


:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new