Salam 1 Malaysia!!
Hari raya Aidiladha lepas, satu keluarga sambut di rumah kakak sulung di Klang. Tok dan Tokwan teringin nak berhari raya dengan satu-satunya cucu kesayangan. Lagipun, ada sedikit kenduri di Klang. Dari Kedah ke Klang hanya menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTMB).
Pulang ke Kedah pula menggunakan perkhidmatan Firefly. Terima kasih Firefly kerana menyediakan promosi iaitu hanya RM49 sehala. walaupun banyak kali sudah terbang, ini pertama kali dihidangkan "air kacang soya" dalam flight. Apapun, pandai-pandai lah cari peluang untuk dapatkan harga promosi.









