Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-80

 Salam 1 Malaysia!!
Sambutan Hari ATM telah berlangsung pada bulan September yang lepas. Sambutan yang selama dua hari telah menarik eakyat Malaysia untuk melihat aset-aset negara dan juga mengetahui pengalaman askar-askar Malaysia. Hari pertama, dengan perarakan raksasa dari setiap unit ATM.

Hanya berkesempatan pergi pada Hari Kedua saja. Pameran yang diadakan memang menarik pengunjung di Dataran Merdeka. Celoreng digital pula mula diperkenalkan semasa Hari ATM ke-80. Pemilihan rekrut tentera darat juga turut diadakan. Sambutannya, memang diluar jangkaan. Apa kata kita tengok saja gambar sambutan ATM ke-80 ini.

 Kanak-kanak diberi peluang mencuba mencari periuk api
 Salah satu aset dari Tentera Udara Diraja Malaysia
 Team survival menunujukkan cara survival di hutan
 Ayam di masukkan ke dalam buluh, lalu dibakar seperti lemang
 "Combat Pack Portion" turut dihidangkan jika ada yang ingin mencuba biskut keras
 Bukan hanya tahu berperang, juga turut pandai mengukir buah
 Hasil ukiran dari chef tentera
 Replika kapsul masa yang mengandungi wasiat Panglima dan ditanam di Muzium Tentera Darat
Hasil rampasan dari tentera sulu oleh Rejimen Sempadan
 Meriam yang digunakan semasa Ops Daulat di Lahad Datu
 Kereta kebal dengan corak celoreng digital
 Satu lagi kenderaan yang dicorakkan dengan celoreng digital
 Antara yang dipamerkan di Dataran Merdeka
 Kantin Bergerak Angkatan Tentera Malaysia
 Tandas Bergerak Angkatan Tentera Malaysia
 Dobi bergerak Angkatan Tentera Malaysia
 Buku "Din Komando" dari bekas komando yang juga seorang blogger
KD Duyong!! Unit penyelam untuk Tentera Laut Diraja Malaysia

16 comment on Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-80 :

Hazmin Hamudin said... on 05 October, 2013

Hebat aset angkatan tentera kita ni. Best kalau dapat pergi pameran maacm ni.

mie said... on 05 October, 2013

memang hebat...
kalau diikutkan banyak lagi..
eheheh

JR said... on 06 October, 2013

Masa kecik2 pernah bercita2 nak jadi tentera. Tapi bila besar tersasar ke channel lain pula. Apa pun, patriotisme tak pernah berkurang....

Myra Jay said... on 06 October, 2013

Best bila p pameran macam ni especially klau bawak budak2 kan..

mie said... on 07 October, 2013

Jay Ar!!
betul tu, patriotisme kena ada...
heehhehee

mie said... on 07 October, 2013

myra!!
semestinya menyeronokkan..
bukan selalu diadakan..
ehehehee

Denaihati said... on 07 October, 2013

bagus bawak anak-anak jalan kat pameran ni, tengok senjata dan kelengkapan ATM depan mata.

Kayu Manis said... on 07 October, 2013

mesti bestkan baca buku din komando tu..

bab mngukir buah tu..boleh tunjuk ajar ku sifu..

Siti Nurhayati Dollah said... on 07 October, 2013

MAcam-macam kemahiran anggota tentera, sebab tu kebanyakan anggota tentera yang bersara boleh buat macam-macam. Berniaga itu ini. Yang paling best tengok cara mereka survival tu. :D

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said... on 07 October, 2013

cayalah chef tentera..!

mie said... on 07 October, 2013

Denaihati!!
itu la, kanak2 kalau diberi peluang pasti akan berminat nak tengok..
ehehehe

mie said... on 07 October, 2013

Knor!!
belum berkesempatan nak baca buku tu lagi...
memang respek betul kat pengukir buah tu..
ehehehe

mie said... on 07 October, 2013

siti nurhayati!!
tentera malaysia kan serba boleh..
bab survival memang dititik beratkan..
ehehehee

mie said... on 07 October, 2013

areleez!!
penyokong chef tentera nampaknya..
ahahahaha

tehr said... on 08 October, 2013

biskut keras tu aku dah cuba masa kat rarawak dulu
memang keras
haha

mie said... on 08 October, 2013

dah slalu sangat makan biskut tu amsa kecil2..
slalu cicah dengan jem annas je..
ehehe

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new