:: tentang bulan ::
'Tentang Bulan' merupakan projek terbaru terbitan Metrowhealth Movie Productions yang menjanjikan satu kelainan. Filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham ini memaparkan kisah persahabatan lima orang kanak-kanak iaitu Mawi ( Mohd Addy Ashraf), Gemuk (Nik Adruce), Ketot (Muhammad Nasiruddin) , Budi (Nor Zam Zam ) dan Ila (Fatin NurAfifah).
Setiap sahabat mempunya sikap serta sifat fizikal yang berbeza dan membesar pada suasana yang berlatarbelakangkan era 80an. Mawi merupakan hero yang berjiwa romantis, Gemuk pula seorang yang suka makan, Budi adalah kanak-kanak yang dilahirkan dengan gigi jongang dan lemah daripada segi fizikal, Ketot yang paling kecil bentuk badannya tapi bersifat berang dan Ila yang merupakan gadis tunggal di dalam kumpulan ini tetapi mempunyai perangai 'tomboy.'
Kelima-lima mereka berikrar akan menjalin persahabatan untuk selama-lamanya dan perikatan ini disaksikan oleh bulan. Semestinya ini menjadi satu idea yang begitu sinonim di kalangan kanak-kanak yang amat dikenali dengan sikap suka berimaginasi. Senario dan aktiviti riadah yang dilakukan oleh kelima-lima sahabat ini mampu menggamit memori silam para penonton yang pasti akan terkenang zaman persekolahan mereka.
Keakraban mereka turut melihat kesangggupan mempertahankan dan membantu mana-mana rakan mereka yang berada dalam kesusahan. Ila, gadis yang berketerampilan seperti budak lelaki terpaksa mengharungi sikap prejudis di kalangan kawan-kawannya sendiri dengan kehadiran Zurina. Namun, lingkaran persahabatan yang terjalin dengan erat tergugat dengan kehadiran seorang pelajar baru iaitu Zurina yang menjadi gadis idaman keempat-empat budak lelaki tersebut.
Ketot, Mawi , Gemuk dan Budi mencuba sedaya-upaya untuk memenangi hati Zurina. Dalam mengejar cinta gadis baru itu, Ila pula menjadi mangsa akan kealpaan kesemua rakan lelakinya tentang erti sebuah persahabatan. Keempat-empat kawannya itu enggan bermain bersama Ila lagi dan sering memboikotnya ketika berselisih di kawasan kampung mereka. Sudah pasti penonton akan terharu dengan adegan ketika Ila memakai gaun dan bersolek mendapat gelakan serta sindiran kawan-kawannya sehinggakan dirinya menitiskan airmata.
Best gak layan cite ni, teringat plak kisah2 lama.zaman2 remaja...hahaaa
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
1 comment:
anda dijemput untuk memeriahkan http://www.wenkt.com/pixel/
Post a Comment