2 January 2014

Review Top 5 Entry Tahun 2013

 Salam 1 Malaysia!!
Tahun 2013 selamat melabuhkan tirainya. Walaupun agak kurang "entry" sepanjang tahun 2013 ini, tapi tetap masih menjadi tumpuan. Bak kata orang putih "sharing is caring". Agak teruja juga la, apa yang dikongsi, tidak terkategori dalam unsur negatif.

Sepanjang 2013, "entry" yang banyak dikongsi adalah mengenai "wordless wednesday", travelog dan sebaginya. Yang peliknya, "wordless wednesday" pula yang menjadi antara terbaik. Adakah disebabkan demam "spammer" yang banyak melanda sekarang ni? Apapun, nasib baik blog ini masih sihat tanpa gangguan anasir luar.

Wordless Wednesday #22 Onboard Seri Amanah. Antara top 5 entry popular sepanjang tahun 2013 ini. Padahal tiada sebarang topik yang dibincangkan. Hanya gambar kapal Seri Amanah daripada instagram sahaja. Entry ini ditulis semasa berada di atas kapal Seri Amanah juga

Bandar Sri Sendayan Menjadi Pilihan. Entry ini juga agak popular walaupun masih belum menetap di Bandar Sri Sendayan. Hanya berkongsi rumah contoh "Velonix". Banyak lagi contoh rumah menarik di Bandar Sri Sendayan. Rasa macam jadi agen jual rumah la pula. Jika ada yang berminat, masih banyak lagi fasa dibuka di Bandar Sri Sendayan.

Tempat Menarik Di Melaka Bandaraya Bersejarah. Ini merupakan salah satu trip pelancongan adik beradik sepanjang cuti persekolahan. Seronok bila dapat bercuti dengan keluarga sendiri. Kadangkala cuba untuk menyahut Tahun Cuti Melawat Malaysia. Tapi zaman sekarang kena pandai berjimat cermat.

Gambar Sekitar Puncak Gunung Jerai. Sudah lama tidak menjejak kaki ke Gunung Jerai walaupun hanya beberapa kilometer saja dari rumah. Dari rumah pun boleh nampak puncak Gunung Jerai. Trip kali ini bersama adik beradik juga. Hanya ingin melihat perubahan di puncak Gunung Jerai saja. Semakin cantik dan banyak juga pelancong yang datang.

Pulau Bunting Kedah Pulau Tergendala. Dari atas Gunung Jerai kelihatan jambatan menyusuri ke sebuah pulau. Itulah Pulau Bunting yang hanya ada jambatan tapi tiada apa projek yang dibangunkan di pulau ini. Adakah ini satu pembaziran ataupun ada unsur mistik? haha. Rugilah jika sesuatu projek yang terbiar tercemar dengan anasir luar. Fikir-fikir dan renung-renungkan

8 comments:

  1. Pulau Bunting kat Kedah tu memang lawak la projek jambatannya tu. Tak silap saya, pulau tu tak berpenghuni kan?

    ReplyDelete
  2. tak kurang cantiknya pemandangan dari gunung jerai rupanya, rasanya tak ramai yang tahu.

    ReplyDelete
  3. knor nak jejak pulau bunting tu...

    ReplyDelete
  4. cantik betul umah2 kat sri sendayan tuh.

    ReplyDelete
  5. macam lama dah tak holiday...

    ReplyDelete
  6. mahu juga aku jenguk pulau bunting tu
    pasti ada sebab mengapa mereka buat jambatan

    ReplyDelete
  7. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 1445
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete