Salam 1 Malaysia!!
Panjang lagi nampaknya cerita "Cuti-cuti di Melaka" ni. Jom kita kenali dulu tempat-tempat menarik di Melaka. Kali terakhir membuat lawatan di Melaka semasa darjah enam. Pernah juga belajar di Melaka tapi tidaklah sehingga melawat setiap pelusuk Melaka.
Niat sebenar hanyalah membawa makcik dan maksu melawat "Puteri Cinonet" saja. Kebetulan cuti Krismas, terancang pula membuat lawatan di Melaka. Anak, menantu dan cucu saja yang pergi ke Melaka. Tok dan Tokwan ditinggalkan di Kedah sebab malas nak ikut. Jom tengok tempat-tempat menarik yang sempat dilawati.








