Salam 1 Malaysia!!
Sudah bulan Oktober baru sempat nak update tentang percutian di Bali pada bulan September lepas. Terima kasih buat Malaysia Airlines yang membuat promosi Merdeka Raya. Akhirnya berpeluang juga ke Indonesia dengan Malaysia Airlines. Dengan Air Asia boleh dapat lagi murah tapi itu untuk perjalanan tahun depan.
Walaupun kedua-dua kapal terbang MH866 dan MH867 dijadualkan semula. nasib baik dapat informasi sms. Kalau tidak, ketinggalan la nampaknya. Alhamdulillah perjalanan selama 3 jam memang memuaskan. Untuk maklumat semua, Ngurah Rai International Airport Bali sedang diperbesarkan. Jangan lupa ambil gambar semasa "landing" di Ngurah Rai international Airport!!!









