Showing posts with label tempat menarik di singapura. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik di singapura. Show all posts

Keindahan Sekitar MRT Clarke Quay

 Salam 1 Malaysia!!
Hari-hari terakhir di Singapura, sempat juga la melawat kawasan di sekitar Hostel Five Stones. banyak juga bangunan yang menarik di sana. Yang paling menjadi tarikan adalah bangunan warna-warni . Lagipun, ianya terletak berdekatan dengan MRT Clarke Quay.

Sesiapa yang mengambil pakej "taxi cruise" pasti akan dibawa mengujungi tempat ini. Dari sini juga boleh nampak bangunan-bangunan tinggi Marina Bay. Malangnya, tidak sempat ke Marina Bay!! Terlpeas peluang nak menaiki Singapore Flyer. Jom layan dulu gambar sekitar MRT Clarke Quay

Masjid Sultan Dan Murtabak Zam Zam Singapura

Salam 1 Malaysia!!
Episod cuti-cuti Singapura belum habis lagi. Kali ini, jom jalan-jalan di sekitar Arab Street. Antara yang menarik di Arab Street adalah Masjid Sultan dan Murtabak Zam Zam. Terima kasih buat warga Singapura yang membantu menunjukkan jalan dan lokasinya

Hendak tahu apa yang menarik di Masjid Sultan Singapura? Boleh la lawati wikipedia Masjid Sultan! Malas pula hendak cerita panjang-panjang. Murtabak Zam Zam pula, nampaknya "not my taste". Mungkin bagi sesetengah orang, agak sedap kerana mempunyai aneka rasa seperti kambing, ayam, dan sebagainya

Fakta Menarik Tentang Universal Studios Singapore

Salam 1 Malaysia!!
Nampaknya, sudah sampai penghujung untuk entry mengenai Universal Studios Singapore. Cukuplah sekadar dapat berkongsi gambar di sana. Pasti ramai yang ingin menjejak kaki ke Universal Studios Singapore ini. Masih menunggu alamat dari entry [Top 4 Dari Blogger Untuk Blogger]

Setiap Universal Studio, pasti ada gambar "globe" yang bertulisan Universal. Nampaknya, globe ini lebih popular jika hendak dibandingkan dengan benda lain. Walaupun tidak masuk ke dalam Universal Studios Singapore, boleh juga bergambar bersama "globe" ini sebagai bukti pernah sampai disini. 

Cenderahati Universal Studios Singapore

 Salam 1 Malaysia!!
Masih lagi di Universal Studios Singapore. Banyak sangat gambar yang hendak dikongsi, jadi banyaklah episod Universal Studios Singapore ni. Jika melancong, cenderahati pasti akan dibeli walaupun hanya sekeping "fridge magnet"

Universal Studios Singapore menyajikan berhagai-bagai cenderahati yang pasti akan mengosongkan poket. jadi, berhati-hatilah semasa memborong cenderahati di sana. Jom kita kunjungi kedai-kdai cenderahati di Universal Studios Singapore

Gerai Makanan Universal Studios Singapore Yang Unik

 Salam 1 Malaysia!!
Terlambat lagi bersiaran di bulan Februari ini. Masih lagi dalam kelompok Universal Studios Singapore. Selain permainan dan maskpt di USS, gerai-gerai di sana juga pasti menarik perhatian pengunjung. Setiap gerai makanan dihias mengikut temanya tersendiri.

Walaupun hanya terdapat banyak restoran di Universal Studios Singapore, gerai-gerai makanan yang beraneka bentuk ini sentiasa dikunjungi. Tidak kira sama ada mahu membeli atau hanya mengambil gambar. Banyak lagi gambar gerai-gerai makanan di dalam Universal Studios Singapore

Gambar Maskot Di Universal Studios Singapore

Salam 1 Malaysia!!
Setiap tama tema pasti tidak lengkap tanpa maskot-maskot yang menjadi pujaan ramai. Di Universal Studios Singapore pun tidak terlepas dengan maskot-maskot yang sentiasa ditangkap oleh lensa kamera. Ada yang memakai kostum dan ada juga yang berdandan seperti artis mahupun kartun.

Bagi yang sudah ke Universal Studios Singapore, agak-agak maskot mana yang menjadi pilihan ye? Antaranya adalah Betty Boop, Charlie Chaplin, Kung Fu Panda dan ramai lagi. Maskot-maskot Egypt pula, siap tukar-tukar pakaian lagi. Ada kaki pendek, ada kaki panjang.

Universal Studios Singapore Memang Menarik

 Salam 1 Malaysia!!
Universal Studios Singapore? Orang cakap, sia-sia datang Singapura kalau tidak singgah ke USS. Walaupun hanya singgah di depan pintu masuk, cukuplah sekadar bergambar dengan globe Universal yang lebih popular dari artis. Jutaan pengunjung pasti tidak melepaskan peluang bergambar.

Apa yang menarik di dalam Universal Studios Singapore ni? Panjang kalau hendak diceritakan. Kalau hendak dipendekkan, rancanglah percutian ke Universal Studios Singapore. Banyak pakej yang ditawarkan. Jom kita melawat sebentar permaian yang terdapat di Universal Studios Singapore ini.

Membakar Lemak Di Pulau Sentosa Singapura

 Salam 1 Malaysia!!
Kesempatan naik Cable Car Singapore, sempat lagi singgah di Sentosa Station. Bermulalah masanya untuk membakar lemak yang dah lama terkumpul. Kalau rasa tiada lemak, boleh saja naik macam-macam kemudahan di sana. 

Jika berada disini, berhati-hatilah dengan wang anda. Pulau Sentosa memang banyak aktiviti menarik dan susah nak jumpa yang percuma kecuali public tram saja. Untuk menjimatkan bajet di Singapura, hanya bergambar dan berjalan kaki saja. Nak tahu apa yang ada disana?

Pengalaman Bersama Cable Car Singapore

 Salam 1 Malaysia!!
Kesempatan berada di Singapura pasti tidak dilupakan dengan mencuba "Cable Car Singapore". Bayarannya memang agak mahal tapi cukuplah hana sekali mencuba.Cable Car Singapore juga merupakan antara tempat  menarik yang patut dikunjungi di sini.

Untuk lebih informasi, boleh la layari Cable Car Singapore website. Terdapat juga Muzium Cable Car pertama yang terletak di stesen Cable Car Sentosa. Jadi jangan lepaskan peluang kerana muzium itu hanya dibuka sehingga jam 5 petang sahaja. Mari sama-sama kita nikmati perjalanan bersama Cable Car Singapore

Tiger Balm Garden @ Haw Par Villa Singapore

 Salam 1 Malaysia!!
Tempat pertama yang dikunjungi di Singapura adalah Haw par Villa atau lebih dikenali sebagai Tiger Balm Garden. Ini kerana taman ini dibina oleh pengasas Tiger Balm. Disini terdapat beberapa patung dan diorama yang menarik. Tapi yang ingin dilihat semestinya "Journey To The West".

Mesti ada yang pernah menonton drama " Journey To The West". Dewa monyet yang mempunya pelbagai perangai pelik tu la. Mudah saja mencari taman ini, kerana ianya terletak bersebelahan dengan MRT Haw Par Villa. Di sini juga kita dapat mengetahui warisan dan budaya cina. 

Five Stones Hostel Pilihan Ramai Di Singapore

 Salam 1 Malaysia!!
Akhirnya, percutian di Singapore berjalan lancar walaupun tidak semua tempat dikunjungi. Hotel-hotel di Singapore memang agak mahal. Jadi pilihan terbaik, semestinya tinggal di hostel yang menjanjikan penginapan yang selesa. Five Stones Hostel telah menjadi pilihan dan pasti ramai suka jika melihat suasana hostel di sana.

Lokasi yang strategik dan perkhidmatan yang ditawarkan memang sesuai untuk menginap. Walaupun hanya 3 hari 2 malam sahaja, penginapan disana tetap selesa. Tambahan pula, semua penginap datang dari pelbagai pelusuk negara dan sporting. Gambar Five Stones Hostel ini diambil dari laman facebook!!

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new