Salam 1 Malaysia!!
Agak lama tak bersiaran dalam blog ini. Sikap malas menjadi-jadi sejak "lens" kamera rosak dan terpaksa gunakan "emergency" kamera. Sudah lama berkeinginan hendak ke Tokyo Tower tapi kini baru berkesempatan. Nasib baik kapal berlabuh berdekatan dengan bandar Tokyo.
Harga tiket Tokyo Tower terbahagi keapda 2 bahagian iaitu "Main Observation: dan "Special Observation". Bagi dewasa, untuk ke "Main Observation" dikenakan 820yen dan ke "Special Observation" ditambah 600yen. Untuk keterangan lanjut bleh lawati Tokyo Tower website
Tokyo Tower hanyalah berketinggian 330m dan lebih tinggi sedikit dari Eiffel Tower. "Main Observation" hanyalah 150 meter manakala "Special Observation" 250 meter. Jangan lepaskan peluang jika ada berdekatan bandar Tokyo.
Tokyo Tower terletak berhampiran dengan Stesen Akabanebashi dan Kamiyacho. Jika melalui JR Line, hanya 15 minit berjalan kaki dari Stesen Hamamatsucho.
Tokyo Tower dari pandangan bawah
Maskot Tokyo Tower iaitu Noppon Brothers
Pandangan dari "Main Observation"
Pandangan dari "Special Observation"
Lif di Tokyo Tower dilitupi cermin dan pasti membuat kita berasa gayat.
Cik adik manis akan sentiasa menemani dan memberi penerangan semasa dalam lif
Terdapat mini muzium tentang sejarah pembinaan Tokyo Tower di bahagian lobi.
8 comment on Tokyo Tower: The Best City Landmark (Part 1) :
WOW JAUH BERJALAN YE MIE..LAMA JUGA TAK DGR CERITA...
MANIS2 CIK ADIK TU..KAN..
agak lama juga la tinggalkan dunia blogger...
cik adik manis ni memang manis...
hehehehe
Bestnyer...
Tokyo Tower tuuu :)
itu pun nasib baik berkesempatan sampai sana..
ehehehhe
Bestnyer...ntah bile dapat gi sana ;)
kalau ada peluang, bila2 masa pun boleh pergi..
hihihi
Berharap ada rezeki dapat menjejak kaki di bumi Matahari terbit.
insyallah...
ada rezeki nnti...
hehehehe
Post a Comment