Cenderahati Menarik Di Tokyo Tower

 Salam 1 Malaysia!!
Rugi rasanya jikalau datang ke Tokyo Tower dan pulang dengan tangan kosong. Beli cenderahati yang mana mampu dan selebihnya ambil gambar cenderahati pun sudah berbaloi. Memang tak dinafikan, kosnya agak mahal tapi berbelanjalah ikut kemampuan.

Di "Main Observation", Terdapat kedai cenderahati yang  pasti buat kita tertawan. Selain itu, Di bahagian lobi Tokyo Tower juga terdapat banyak kedai cenderahati. Jangan risau untuk berfikir panjang dalam membeli belah. 

Tokyo Tower: The Best City Landmark (Part 2)

Salam 1 Malaysia!!
Entry kali ini lebih kepada gambar-gambar di Tokyo Tower. Alang-alang sudah sampai di Tokyo, jangan lepaskan peluang untuk menjelajah Tokyo Tower. Pemandangan di "Main Observation" dan "Special Observation" pasti berasa tidak sia-sia.

Debaran gayat menaiki lif dapat diatasi dengan ditemani cik adik manis seperti gambar di atas. Selain Tokyo Tower, jika berkesempatan boleh juga mencuba Sky Tree Tower yang lebih tinggi dari Tokyo Tower. Apapun, jom menerjah ke dunia Tokyo Tower.

Tokyo Tower: The Best City Landmark (Part 1)

 Salam 1 Malaysia!!
Agak lama tak bersiaran dalam blog ini. Sikap malas menjadi-jadi sejak "lens" kamera rosak dan terpaksa gunakan "emergency" kamera. Sudah lama berkeinginan hendak ke Tokyo Tower tapi kini baru berkesempatan. Nasib baik kapal berlabuh berdekatan dengan bandar Tokyo.

Harga tiket Tokyo Tower terbahagi keapda 2 bahagian iaitu "Main Observation: dan "Special Observation". Bagi dewasa, untuk ke "Main Observation" dikenakan 820yen dan ke "Special Observation" ditambah 600yen. Untuk keterangan lanjut bleh lawati Tokyo Tower website

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new