Salam 1 Malaysia!!
Jika ke Bali, jangan lupa singgah di tempat pemprosessan kopi luwak. Kopi Luwak adalah kopi hasil dari pencernaan musang. Iaitu, musang yang diberi makan kopi dan hasil pencernaan dijadikan kopi. Di katakan kopi luwak ini mempunya banyak khasiatnya.
Walaupun begitu, status halal dan haramnya menjadi persoalan. Tapi menurut muzakarah juga pandangan bahawa kaedah fiqiyyah menetapkan hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi mana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya.
Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.








