Showing posts with label makanan halal di singapura. Show all posts
Showing posts with label makanan halal di singapura. Show all posts

Masjid Sultan Dan Murtabak Zam Zam Singapura

Salam 1 Malaysia!!
Episod cuti-cuti Singapura belum habis lagi. Kali ini, jom jalan-jalan di sekitar Arab Street. Antara yang menarik di Arab Street adalah Masjid Sultan dan Murtabak Zam Zam. Terima kasih buat warga Singapura yang membantu menunjukkan jalan dan lokasinya

Hendak tahu apa yang menarik di Masjid Sultan Singapura? Boleh la lawati wikipedia Masjid Sultan! Malas pula hendak cerita panjang-panjang. Murtabak Zam Zam pula, nampaknya "not my taste". Mungkin bagi sesetengah orang, agak sedap kerana mempunyai aneka rasa seperti kambing, ayam, dan sebagainya

Restoran Halal Di Universal Studios Singapore

 Salam 1 Malaysia!!
Selain gerai-gerai di Universal Studios Singapore, ada juga restoran yang menyediakan hidangan lauk pauk. Takkan nak makan makanan ringan saja sepanjang hari. Oasis Spice Cafe menjadi pilihan sebab menyajikan makanan "middle east" dan dijamin halal.

Selain itu, antara restoran halal yang mempunyai logo halal dari Singapura adalah Celebrity Cafe Bakery dam Mells. Mungkin ada lagi restoran halal di sana. Pandai-pandailah cari ye. Nak lebih menjimatkan, berkogsilah makanan. Nak tahu apa yang menarik di Oasis Spice Cafe? Jom menjamu selera dulu.

Membakar Lemak Di Pulau Sentosa Singapura

 Salam 1 Malaysia!!
Kesempatan naik Cable Car Singapore, sempat lagi singgah di Sentosa Station. Bermulalah masanya untuk membakar lemak yang dah lama terkumpul. Kalau rasa tiada lemak, boleh saja naik macam-macam kemudahan di sana. 

Jika berada disini, berhati-hatilah dengan wang anda. Pulau Sentosa memang banyak aktiviti menarik dan susah nak jumpa yang percuma kecuali public tram saja. Untuk menjimatkan bajet di Singapura, hanya bergambar dan berjalan kaki saja. Nak tahu apa yang ada disana?

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new