Perjalanan Dari Singapura Bersama Keretapi Tanah Melayu

 Salam 1 Malaysia!!
Semua sudah sedia maklum yang Stesen keretapi di Tanjung Pagar tidak lagi menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. KTMB hanya menyediakan perkhidmatan dari Stesen Woodlands Singapura sahaja. Bagi yang menggunakan perkhidmatan bas, disini juga segala urusan imigresen diselesaikan.

Jika perjalanan dari Singapura dengan KTMB, tiket yang dibeli menggunakan nilai matawang Singapura. Jadi, masalah untuk menjimatkan perbelanjaan tersangkut di situ. lagipun, dari Woodlands Train Checkpoint ini ke JB Sentral hanya beberapa minit saja. Alang-alang singgah di Johor, boleh pekena Laksa Johor yang memang susah nak dijumpai tu!!

 Keretapi Tanah Melayu yang masih berjasa membawa penumpang Malaysia ke Singapura. Selain keretapi "express", terdapat juga shuttle "express" yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.
 Anda kenal paip sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu ke Singapura ini? Dari Woodlands Train Checkpoint ke JB Sentral hanya 5 minit perjalanan.
 Jom kenali MRT @ LRT di Singapura. Kebanyakkan stesen MRT terletak di bawah tanah dan hanya beberapa stesen saja di atas jalan raya. Setiap stesen dikelilingi dengan pagar dan pintu automatik walaupun stesen MRT terletak di atas jala.n raya
 Bagi yang mahu mengelilingi Singapore tanpa menghabiskan banyak masa di suatu tempa, bolehlah ambil pakej Singapore Tourist Pass. Tidak perlu bersusah-susah mahu membeli kad lain. Terdapat pakej untuk 1 hari, 2 hari dan 3 hari perjalanan. Kad deposit 10 dolar dan akan dipulangkan jika kad ini dipulangkan.
 Standard ticket!! Yang kad warna hijau ini mesti ramai dah pernah guna. Macam touch n go saja.
 Ini pun salah satu "standard ticket"!! tapi ada tawaran menarik di situ. Siap dapat "refund" dan "discount" lagi.Walaupun hanya senipis kad KTM komuter, tapi ianya berfungsi seperti touch n go.
Ekpress Sentosa hanya beroperasi dari Vivo City ke Sentosa sahaja. Kadnya juga nipis tapi mempunyai fungsi seperti kad touch n go juga. Sentosa Ekpress lebih kurang seperti Monorail tapi agak perlahan. Inilah salah satu pengangkutan ke Universal Studios Singapore.

Jika menaiki MRT di Singapore, anda akan kedengaran banyak pengumuman. Kesemua pengumuman adalah sama seperti larangan makan di kawasan stesen MRT, mengenai "suspicious person" dan ada la beberapa lagi. Yang paling uniknya adalah, pengumuman betul-betul bersesuaian dengan "1 Singapore". ada pemhumuman dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

28 comment on Perjalanan Dari Singapura Bersama Keretapi Tanah Melayu :

pipoq said... on 12 February, 2013

segalanya menggunakan kad..

1Malaysia tak cukup budjet kot nak rakam pengumuman berbilang bahasa tu..hehehehe

suri said... on 12 February, 2013

best dpt mkn angin di sana.mkn minum mahal tak?

mie said... on 12 February, 2013

pipoq!!
kad mudah skit...
tambah2 mcm touch n go saja..
ehehehehee

mie said... on 12 February, 2013

suri!!!
bukan makan mnum saja yg mahal..
segalanya mahal..
ehehehee

iN said... on 12 February, 2013

gue teringat pegi singapore..
ingatkan lain kale perjalanan kena tukar tiket..
same cam kl..dr monorel kena tukar rapid..
rupanya..guna satu tiket je..just tukar train..3 kali gue turun naik beli tiket..gue semputttt..
hahahahaha

tehr said... on 12 February, 2013

pernah juga naik keretapi sebelum tanjung pagar ditutup
cerita lama yang dah jadi sejarah

sharafie said... on 12 February, 2013

alahai..rindunya nak pergi singapore..ada masa nanti nak berjalan ke singapore lagi la..

Kayu Manis said... on 12 February, 2013

naik keretapi..siap2 tidur2 lg..best

Bahulu Studio said... on 12 February, 2013

dulu2 dah senang boleh masuk sampai singapura .hari niii tersangkut di luar

mie said... on 12 February, 2013

ubie!!
kesian, sbb train ya semua ada connection...
tbawah tanah lain train..
double bawah tanah pun lain train...
hehehhe

mie said... on 12 February, 2013

tehr!!
untung la ada pengalaman...
sekarang susah la kalau kat woodlands saja..
eeghehehe

mie said... on 12 February, 2013

sharafie!!
sama la, xpuas rasanya kat singapore..
ehehhee

mie said... on 12 February, 2013

knor!!
itu semestinya...
nasib baik x terlajak..
ahahahhaa

mie said... on 12 February, 2013

mohd pk!!
dulu lain sekarang lain..
hahahahhaa

Dulu Lain Sekarang Lain said... on 12 February, 2013

Adehh.. lama betul tak naik KTM tu.. Walhal time budak2 dulu, tiap-tipa bulan naik keretapi. Kdg2 tiap2 minggu.
MRT tu pun dah lama tak test. Buat mengimbau kenangan silam lak. Tapi kalau kawe pi sana mungkin pakai drebar jer he he.. Adik ipar kawe rakyat Singapore :D
Btw, baju2 kat Woodland tu murah mcm dulu ker?

HeNRieTTa JoSe said... on 13 February, 2013

dah lamer xnek train ke LRT ke monorail kew...hehehe....

ewanthology said... on 13 February, 2013

lain negara, lain caranya kan

mie said... on 13 February, 2013

dulu lain!!
ok la ada driver..
mana2 senang saja nak pergi..
ehehehee

mie said... on 13 February, 2013

henrietta!!
ye ke, ni mesti slalu drive je..
ehhehe

mie said... on 13 February, 2013

the malay male!!
betul tu, macam2 caranya..
ehehehee

zool said... on 13 February, 2013

wah berjalan tu.. seronok la

Aretikz said... on 13 February, 2013

Singapore mareh.. hehe.. pernah naik keta api dekat sabah jak.. hehe..

mie said... on 14 February, 2013

zool!!
berjalan memang seronok..
duit habis tu yg xseronok..
eheheeh

mie said... on 14 February, 2013

aretiks!!
lain kali bleh cuba keretapi semenanjung pula..
ehehehe

Myra Jay said... on 14 February, 2013

Ok jugak, nanti boleh la kalau nak jenjalan ke sana :D

mie said... on 14 February, 2013

guna je kemudahan awam..
jalan sana sesak..
hihihi

Hazmin Hamudin said... on 14 February, 2013

Jejak singapore pun tak pernah lagi ni... Hehe

mie said... on 14 February, 2013

hazmin!!
insyallah akan sampai..
lagipun berjiran je kan..
eheheheee

:: instagram ::

:: banner ::

ping.sg - the community meta blog for singapore bloggers
new