hari ni, 16 May merupakan hari guru untuk guru-guru di Malaysia..... sungguh indah bila menyambut hari guru.... teringat zaman-zaman persekolahan.... x kira la, di sekolah rendah..... mahupun sekolah menengah.....hari guru selalu nya disambut untuk menghargai jasa-jasa guru sepanjang mendidik anak bangsa....terima kasih guru!!!!
setiap orang mempunyai cita-cita semasa di zaman persekolahan....pastinya mempunyai hajat untuk menjadi guru.... itulah salah satu pekerjaan yang selalu di idamkan oleh budak-budak sekolah.... tapi, apabila meningkat dewasa... semua cita-cita ini perubahan.... ini bermaksud pemikiran juga berubah.... itulah hasil pengajaran guru di sekolah....
tapi, sejak akhir-akhir ini..... masalah pelajar tidak menghormati guru semkain berleluasa..... ada saja berita di dada akhbar.... mengenai permasalahan budak sekolah.....selain itu, terdapat juga guru-guru yang bermasalah.....jangan la hanya kerana nila setitik.... habis susu sebelanga!!!!oleh itu, semua pihak perlu mempunyai inisiatif dalam meningkat sistem pendidikan.....
wahh!!!! tiba-tiba terasa terlalu formal pula....sempena hari guru ini, aku ingin mengucapakan "selamat hari guru"... buat guru-guru yang telah mendidik aku hingga ke hari ini.....terima kasih buat guru-guru & pensyarah di.....
- Tadika Perpaduan Sungai Senam, Ipoh (1990-1991)
- Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Kelana, Tapah (1992-1994)
- Sekolah Kebangsaan Yan Kechil, Yan (1995-1997)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Yan (1998-2002)
- Akademi Laut Malaysia, Melaka & Terengganu (2003-2006)
- South Tyneside College, UK (2007-2008)
