31 October 2013

Kopi Luwak Terkenal Di Bali Indonesia

Salam 1 Malaysia!!
Jika ke Bali, jangan lupa singgah di tempat pemprosessan kopi luwak. Kopi Luwak adalah kopi hasil dari pencernaan musang. Iaitu, musang yang diberi makan kopi dan hasil pencernaan dijadikan kopi. Di katakan kopi luwak ini mempunya banyak khasiatnya.

Walaupun begitu, status halal dan haramnya menjadi persoalan. Tapi menurut muzakarah juga pandangan bahawa kaedah fiqiyyah menetapkan hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi mana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya.   

 Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Muzakarah juga bersetuju memutuskan bahawa biji kopi luwak dalah bersifat mutanajis dan ia harus dijadikan bahan minum dengan syarat biji kopi masih keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam. Selain itu, biji kopi luwak hendaklah disucikan terlebih dahulu dari najis. Informasi dari E-Fatwa

Semasa di Bali berkesempatan ke TEBA SARI yang terkenal dengan pemprosessan kopi luwak. Banyak sebenarnya tempat pemprosessan kopi luwak tapi disini mempunyai keistimewaan tersendiri. Yang pasti semua minuman boleh dicuba percuma kecuali kopi luwak yang yang dikenakan bayaran 50 000 rupiah secawan. 

 Ramai pengunjung luar datang ke sini
 Banyak herba dan tanaman di tanam di persekitarannya
 Luwak @ musang yang sedang beristirehat
 Hasil pencernaan luwak!!
 Biji kopi yang telah dikupas dan disucikan!!
 Kopi di goreng secara tradisional
 Selepas digoreng, kopi ditumbuk
 lalu ditapis untuk mendapat serbuk yang halus
 Mat dan minah saleh tengah mencuba kopi luwak
 50 000 rupiah untuk secawan kopi luwak!!
 Aneka teh, kopi dan coklat yang boleh dicuba secara percuma
 Coklat keluaran TEBA SARI
 Jangan lupa masukkan gula dalam kopi yang dicuba!!
 Arak bali HARAM untuk orang ISLAM!!
Pondok jualan produk TEBA SARI
 Antara produk terdapat di TEBA SARI
Belilah dengan bijak!!


18 comments:

  1. Ada juga yg knor baca menyeksa binatang tu..ia ke idak..yapi bgknor tak akan minum pyalah air tu..

    ReplyDelete
  2. ye ke,
    xpernah dengar pun...
    tapi memang xberapa teringin pun nak minum..
    ehehhehee

    ReplyDelete
  3. Hohoho tak cuba minum ke?

    ReplyDelete
  4. tak berani nak cuba...
    sudah kena bayar 50 000 rupiah...
    lagipun bukan peminat tegar kopi
    hehehehe

    ReplyDelete
  5. kasihan dengan musang tu..

    ReplyDelete
  6. glamor kopi nih, tapi tak sanggup aku nak minum

    ReplyDelete
  7. yang penting ada pengesahan halal, tak ragu-ragu lagi.

    ReplyDelete
  8. kakiblog!!
    kenapa dengan musang itu pula?
    hehehehe

    ReplyDelete
  9. encikarman!!
    tu la, memang popular..
    bila dengar cerita sebenarnya...
    kurang selera je tapi banyak khasiat..
    eheehhehee

    ReplyDelete
  10. Denaihati!!
    walaupun masih ada keraguan..
    bila membeli pastikan ada tanda halal..
    ehehehehe

    ReplyDelete
  11. Mahal kopi ni weh! Bukan sedap sangat pun :D Cuma kopi2 yg keluar dari perut musang or binatang2 lain ni kurang rasa pahitnya dan ada yg kata baik untuk kesihatan (arguable). Apa-apa pun nak try apa salahnya kan?

    ReplyDelete
  12. memang mahal...
    ada juga dengar mcm tu..
    cuma xde keinginan pun nak cuba..
    ehehehehe

    ReplyDelete
  13. yups, berbelanja dengan bijak
    itu sangat penting tu

    ReplyDelete
  14. kadang2 kalau terlampau boros...
    memang menyeksa kana..
    sebab itu kena saling ingat mengingati

    ReplyDelete
  15. Geli kot nak minum kopi tu. Dah la mahal lak tu kan.

    ReplyDelete
  16. kalau tau sejarahnya memang geli la..
    tapi banyak juga khasiatnya..
    eehehhehe

    ReplyDelete
  17. Takdelah bab menyeksa binatang tu...musang tu cuma makan biji kopi tu...lepas tu masa dia buang air besar, diorang ambil lah najis dia yang dah tercampur dengan kopi tu...

    ReplyDelete
  18. sebenarnya musang makan isi je biji dia buang,,, lagipun biji yang dibuang ada lapisan yang tidak dihancurkan oleh musang yang melindungi biji tersebut,,, jadi lapisan itu yang menyelamatkan keadaan,,, pembuat kopi tu juga tidak mengambil kopi yang hancur dan buruk sebab mengikut piawai MUI ( Majlis Ulama Indonesia ) untuk memastikan kopi tersebut halal dan baik,, walaupun kedai mereka rata-ratanya penganut hindu yang proses,,, so yakin pada diri, yang peminat kopi mesti nak rasa,,, tapi kalau bukan peminat,, rugi xcuba,,,

    ReplyDelete