4 May 2012

Gambar Bilik-Bilik Star Cruise Libra

 Salam 1 Malaysia!!
Ramai pula yang berminat dengan Percutian bersama Star Cruise. Blog ni, macam sudah jadi ejen untuk promosikkan Star Cruise. Kalau promosi sambil dapat percutian percuma kan bagus!! Tak mengapa, sekadar berkongsi pengalaman sahaja.

Bagi yang berminat untuk bercuti dengan Star Cruise, bolehlah lihat pakej yang ditawarkan oleh [itravelz]. Ini jadual untuk pakej "1 Night with Star Cruise Libra" [click here]. Harga semuanya bergantung kepada pakej bermalam dan bilik. Jom tengok gambar bilik dalam Star Cruise Libra.

 Bilik aku ditingkat 8!! Tak susah nak cari bilik, sama seperti pergi hotel saja.
 Cabin " Deluxe Ocean View Stateroom". Sesuai untuk dua orang sahaja!! Tapi boleh juga nak sumbat banyak mana pun.
 Lengkap dengan benda-benda yang patut sahaja!! Biliknya tidaklah seluah mana pun. 
 Jangan risau!! Tandas dan bilik mandi terdapat dalam bilik masing-masing. Lengkap dengan hair dryer. Boleh memuatkan 1 orang dalam 1 masa.
 Boleh juga dijadikan sebagai penyandar kerusi!!
 Jom kita melawat "Deck 7". Apa yang menarik di sini agaknya.
 Cabin "Inside Stateroom". Boleh menempatkan 3 orang dalam 1 bilik!!
 Meja solek khas buat yang suka menconteng muka!! hehe
 Televisyen standard!! Dengan almari untuk menyimpan pakaian.
Terdapat katil dibahagian atas!! Cukuplah untuk 3 orang.
 Cabin "Ocean View Stateroom With Porthole". sama saja keluasannya tapi boleh menempatkan 4 orang.
 Meja solek dengan tema merah jambu. So sweet!!!
 Televisyen dan almari standard!!
Bila katil atas dibuka!! 4 orang sekali 1 bilik.
 Ada amarannya!! Bukan bermaksud yang mempunya berat badan melebihi 100kg untuk tidur katil atas ye. hehehe
 Disebabkan bertingkat-tingkat, lift disediakan!!
Bagi yang rasa nak buat senaman kuruskan paha, boleh guna tangga sahaja. Walaupun paha tak kurus, berat badan dapat juga turun walaupun 0.5kg.

Ada lagi 3 jenis cabin. Tak dapat nak terjah sebab housekeeping tak ada. Bilik-bilik yang lain pun sebab housekeeping tengah kemas. Bilik yang lebih exclusive seperti "Junior Suites" dan "Exclusive Suites". harganya pun boleh tahan juga. 


61 comments:

  1. aku memang tak ada pengalaman dengn bilik ats kapal ni
    tak ada bilik yang ada tingkap ke, bro?

    ReplyDelete
  2. ada yang bertingkap..
    ada yang tidak....
    hehehee

    ReplyDelete
  3. wah cantik nyer mesti mahalkan...

    ReplyDelete
  4. memang cantik..
    fepend pada harga yang ditawarkan..
    ehhehehe

    ReplyDelete
  5. memang mewah betul bilik2 dlm kapal nih....

    ReplyDelete
  6. Mr tehr tu nak nengok ikan ke? Hehehehe

    Errr, ni owner star crus ke? :D

    ReplyDelete
  7. Waaaaaaa....mmg sejibik dah mcm agen star cuise..ekekeke.

    Niway, thanks sbb mie bg link tuh. Err..sekupang sehari cukup dhark nk book blik tuh heh??

    ReplyDelete
  8. rasenye bilik pakcik kt kapal lg "cantik" kot...
    hahahahahahhaahhaa

    ReplyDelete
  9. masih lagi menggunakan TV tube ? klasik atau takut kena cilok kalo letak TV flat ? hehehehe

    ReplyDelete
  10. yas!!
    itu la, setaraf hotel 5 bintang..
    tapi bilik kecil la pula..
    eheheee

    ReplyDelete
  11. melati!!
    boleh ke nak tangkap ikan tu?
    bukan owner, cuma mengharapkan ada orang sponsor naik cruise lagi..
    eheheehee

    ReplyDelete
  12. mak lagenda!!
    kira lulus la kalo buka company ejen star cruise...
    menabung amalan mulia..
    senang di hari mendatang..
    eheheheeee

    ReplyDelete
  13. ubie!!
    itu la. "cantik" dan besar..
    boleh juga nak berguling2 macam tenggiling..
    ahahahaaa

    ReplyDelete
  14. pipoq!!
    mungkin kot...
    tv flat senang je nak masuk dalam luggage..
    eheehheeee

    ReplyDelete
  15. wah, teringin nak naik dan tidur atas kapal juga..
    menarik
    thx for sharing

    ReplyDelete
  16. berapa ringgit nak naik kapal ni

    ReplyDelete
  17. Boleh la p honeymoon kat kapal ni semalam...heheeee opsssss!!! Lambat lagi, kena tunggu tahun depan ;)

    ReplyDelete
  18. gnesop!!
    kena cuba....
    semalaman pun dah puas...
    sharing is caring..
    eheheeee

    ReplyDelete
  19. shah!!
    semuanya bergantung pada pakej..
    cuba tengok website itravel untuk keterangan lanjut..
    ehehheee

    ReplyDelete
  20. myra!!
    x lama dah tu...
    untuk tahun depan pun boleh booking awal2...
    eheheeee

    ReplyDelete
  21. thanks for sharing
    dapat juga lihat keadaan dalam bilik cruise
    masih belum mampu nak pergi :)

    ReplyDelete
  22. saja berkongsi...
    dapat lihat pun ok...
    sama saja suasananya..
    hehehe

    ReplyDelete
  23. chii tertarik ngn yg bleh muat tuk 2 org.kaler nya menarik..ehehe..:p

    ReplyDelete
  24. ye ke...
    yang tu boleh ubah katil untuk bercantum dengan yang satu lagi..
    eheheee

    ReplyDelete
  25. nimoo best gak ni hee...tpi berdua ajah yah heeee

    ReplyDelete
  26. kawen nnt boleh ajk honeymoon
    cni ni, hehe ^^

    ReplyDelete
  27. suri!!!
    kalau honeymoon memang kena berdua...
    hehehee

    ReplyDelete
  28. ryu!!
    honeymoon kena ambil bilik suites la..
    baru romantik skit..
    ini untuk bilik budget biasa je..
    eheheeee

    ReplyDelete
  29. perghh , superb ar bro ,, hehe , agak2 pakej student ada tak .?

    ReplyDelete
  30. pakej ni sekali dgn makan kat restauran ke?

    ReplyDelete
  31. Assalam..
    Teringin nak naik cruise...boleh jejak kaki pun jadi la...hahaha..

    ReplyDelete
  32. memang tak penah naik...tengok sipi2 ada la...

    ReplyDelete
  33. wah best nye.. tibe rasa teringin nak duduk dalam tu..

    kalo honeymoon best tak.?? haha

    ReplyDelete
  34. The deco with the bright colors are so attractive. Must have been a great venture as the pics are all so fabulous.

    ReplyDelete
  35. saya memang dari dulu minat nak nai star cruise ni..tapi masih belum berkesempatan..

    ReplyDelete
  36. teringin sngt nak naik cruise

    ReplyDelete
  37. shafiq!!
    cruise ni xde kot pakej student...
    try la email itravel tu..
    ehehehee

    ReplyDelete
  38. denaihati!!
    makanan termasuk sekali dengan bilik..
    untuk pakej "1 night", dinner dgn breakfast je...
    ehheeee

    ReplyDelete
  39. iza!!
    wassalam...
    ada juga pakej jejak kaki...
    sekadar nak melawat cruise tu..
    RM 50 kot...
    eheheee

    ReplyDelete
  40. cikgu ma!!
    lepas ni kena naik la..
    sipi2 dah tengok..
    ehehehee

    ReplyDelete
  41. muaz!!
    kalo teringin kena naik...
    nak honeymoon, jgn amek pakej "1night"...
    ambil pakej 2-3 hari..
    eheheheee

    ReplyDelete
  42. nava!!!
    thankz, but that the cheapest room...
    if suites, maybe more attractive..
    ehehehee

    ReplyDelete
  43. bardboo!!
    unsyallah, mungkin ada kesempatan lepas ni..
    eheheheee

    ReplyDelete
  44. edy!!!
    naik la,
    kalau ada contest hadiah cruise..
    xure kena rebut..
    eheheeee

    ReplyDelete
  45. aku ni kolot sikit..seram nak bercuti atas kapal neh..pengaruh titanic kuat sangat -,-

    ReplyDelete
  46. tu dia!!
    xpe, banyak lagi boleh bercuti..
    ehehehhee

    ReplyDelete
  47. memang berminat , kalau ada duit lebih boleh g honeymoon dengan laki ai .. wakakak ..

    ReplyDelete
  48. wow!!
    honeymoon lagi..
    anak tinggal rumah la nampaknya..
    ehehehee

    ReplyDelete
  49. wahhh...boleh tahan jugak semua bilik2 ni...pengalaman menarik ni kalau dapat pergi sekali :D

    ReplyDelete
  50. memang betul!!
    yang penting ada pengalaman bersama..
    eheheheeee

    ReplyDelete
  51. sebenarnya saya tak berapa faham fare timetable tu. tapi takpe, nanti studi balik. anyway mmg best gile tempat ni. kalau gi sorang mungkin kurang fun lah kot. kene la cari member. hu~

    ReplyDelete
  52. pergi ramai2 baru best....
    table tu sepend pada harga bilik dan waktu nya..
    eehhehee

    ReplyDelete
  53. berapa sekepala ni? alahaii hebat lah

    ReplyDelete
  54. ikut la pakej tu...
    macam2 harga ada...
    paling murah RM1++
    hehehee

    ReplyDelete
  55. saya nak tanya nie....saya mmg berminat nak naik star cruise, tapi xtahu ejensi yang menyediakan pakej naik star cruise, bleh x tn/pn beri saya nama ejen pelancongan yang mengendali pakej ke star cruise, klau ader bleh send email budak_ppum@yahoo.com.my.terima kasih

    ReplyDelete
  56. alamak!!
    xpernah guna ajensi mana2 pun..
    slalu sendirian berhad dan guna internet je...
    cuba tengok link yang diberi diatas tu..
    ehehehe

    ReplyDelete
  57. Surau ada disedia? Dek berapa? Tq

    ReplyDelete
  58. Ada surau tak?

    ReplyDelete
  59. salam... nak promo sikit. kami ada menawarkan pakej star cruise dengan harga yang murah. layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

    terima kasih tuan tanah ;)

    ReplyDelete
  60. Anony!!
    xpasti la pula. kalau ambik pakej bilik boleh saja solat dalam bilik...

    ReplyDelete
  61. pakej star cruise!!
    di persilakan.....
    harap dapat sponsor skali..
    hehehee

    ReplyDelete